assalamualaikum.. ape khabar?
ok hari ni xhado la menarik sangat sebab saya mengalami masalah dalam menjawab paper exam huhu punya la panjang dan dengan muka penuh kekonfidenan saya menjawab.. sekali kuar dewan... mak aihhh lain daripada mereka ini.. ok, end of test dan kekecewaan itu.
apa yang nak dikatakan disini,,, perrrghhh skemA nya la ayat.. haha saya nak bercerita tentang beberapa bentuk individu-individu yang berada dalam dekan list owhh sungguh pelik bila gabung dua bahasa begitu.. dean list actually, ok saya tak berada di dalam senarai kedekanan yer pembaca.. xder la bijak sangat..
ok, ada beberapa bentuk mereka ini berkawan mungkin di sebabkan oleh sikap atau memang untuk kepentingan diri sendiri.. entah la.. xkan la nak tanya kan.. so anggap la dah memang dia macam tu..
ada orang yang akan kongsi apa yang dia ada, ape yang dia dapat sepanjang pembacaan dia.. seseorang yang sangat mudah didekati, yang akan cuba mengajar sahabat lain bagai anak kecil yang kesesatan.. mungkin juga mereka percaya bahawa ilmu itu berkembang apabila dikongsi.. bercita2 ingin berjaya bersama..
manakala sebahagian yang lain merasakan dia lebih perlu untuk berkawan atau mendekati mereka2 yang lain yang tergolong di dalam dean list (daa.. like i care).. sebenarnya dah memang care la kalau saya men"spend" masa membebel kat sini.. ok orang2 macam ni memang jelas la cuba untuk hanya menjaga periuk nasi sendiri dan agak selfish mungkin.. menghabiskan masa dengan mereka2 yang lebih bijak sedangkan pada waktu yang lain ketika nak berhuha huha (berjimba) tau plak cari yang kurang cemerlang.. well maybe coz yang kurang cemerlang ni pandai berjimba..dan yang paling jelas yang kurang cemerlang ni xhado la xberguna dalam semua perkara.. ni saya jamin.. well opkos la setiap orang ada kelebihan.. iyer dak? so dalam keadaan mereka ini kurang cemerlang n ada kelebihan ada gak individu ini yang turut rapat2 dengan yang kurang cemerlang ini untuk merasa atau menghisap kelebihan dia.. owhh perangai apakah itu..
well, ada yang bersifat lebih senang mengatakan 'entah la tak tahu!' atau 'tak pasti la!' atau 'saya bukan pandai pon dalam subjek tu!'(kalau dengar ayat2 ni rasa macam nak sepak.. heloooo korang budak dean list kot).. ermm bila sebenarnya soalan korang tu sepatutnya diorang boleh jer jawab sambil makan kuaci.. bila diorang gila gigih study n bila korang cuba tanya satu part daripada note yang sama yang diorang dah study, bleh plak diorang kata tak tahu.. bukankah ini mengundang kebengangan dalam diri..
anyway perangai yang lain2 tu korang cari la sendiri.. nasihat saya, kalau kita duk diatas bukan bermakna ia adalah peluang bagi kita nak memandang hina siapa dibawah.. kerana yang dibawah itu tak kan selamanya di bawah dan yang di atas itu bukanlah selamanya akan berada di atas.. kedekut ilmu itu xbaik untuk kesihatan.. percaya la peluang untuk bekerja atau rezeki itu bukan ada pada "dekan" semata-mata.. banyak aspek lain lagi yang akan dinilai..
SEMUA DI ATAS DI TULIS EKORAN DARI KESAN EXAM TADI DAN JAWAPAN YANG DITERIMA DARI RAKAN2 SEBELUM MASUK DEWAN DAN PERUBAHAN SIKAP SESETENGAH INDIVIDU DI KALA MOOD EXAM MELANDA..
have a nice and better day u guys.. assalamualaikum..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan