assalamualaikum.. well ni cobaan pertama guek.. huhu saje nak chill jap.. sbb penat menelaah (kononnya la) dan teramatlah penat hadap latihan ilmiah..
ok la, sebenarnya nk kongsi sedikit pemandangan la.. dari sepanjang pembikinan latihan ilmiah itu, maka ketemu la satu ungkapan dari negara maju, katanya " kanak-kanak yang tidak memiliki komputer tidak memiliki masa depan". biar betol.. siap TAK MEMILIKI MASA DEPAN TU.. kesian la dekat anak2 org susah.. ye tak?
ape yang nk dikatakan komputer tu termasuklah internet, informasi dari internet, maklumat dari internet, pengetahuan dari internet bla bla bla.. persoalan yang berada di minda adalah.. kanak2 tu umur berapa kena hadap semua ni.. tak pe ke kalau umur masih belom matang dan blom dapat fikir kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan didedahkan dengan sesuatu yang maha bebas pengaruhnya.. bukanlah nk kata sume dari internet tu negatif.. xpon.. saya ni bukanlah anti ICT, anti internet bagai, sebab saya percaya pada asalnya sesuatu itu diwujudkan ada kebaikannya tapi penyalahgunaan itu ada pada kita..
contohnya la, YM pada asalnya adalah untuk menghubungkan 2 insan lebih cpt dan mudah, jimat kos masa dan tenaga.. tapi boleh juga berlaku penyalahgunaan pi guna untuk vid seks ke.. contoh semata-mata..
FB lebih kurang sama la matlamatnya, boleh kongsi macam2 la kat FB tu.. sebab macam2 tu la semua org dah macam xkesah ape yang nk dipost, akan mengguris hati org ke, maklumat salah ke, fitnah ke dah xamek port yang penting update status..
adik saya darjah 4 dah ada FB.. saya? xpayah cite la bila.. so sebagai kakak yang dedikasi stalk la FB si adiknya.. game mstla dah nama pon budak2.. n majoriti fren opkos la umur lingkungan dia jew (selain ber'friend' dgn member kakak abg nya).. xder la pelik sgt sbb saya bukan duk pedalaman sgt pon.. ape yang penting adakah adik saya ni dah mampu faham ape yang di share atau ape yang terpampang di FB tu? kalau nk nilai dari segi kelakuan kat umah, macam xberapa nak faham..
jadi, pada pemandangan saya la memangla perlu pendedahan kepada IT,ICT ni lebih awal kepada kanak2 tapi kita perlu ingat bahawa mereka masih lagi perlukan pengawasn orang lebih dewasa. mungkin kita boleh had kan masa agar kita ada masa memantau, sekat link2 yang xpatut di access, dan mungkin juga ibu bapa perlu lah lebih arif ttg komputer dari kanak2 itu sendiri, kalau x macam mana nak pantau..
memandangkan malaysia pun xder la menolak ungkapan ni.. mungkin kerana negara yang menguasai pengetahuan adalah negara yang menguasai dunia, pada saya pemantauan adalah perlu kerana sedangkan orang dewasa sendiri boleh tersilap dalam memilih kebenaran inikan pula kanak2, apa dia tahu.. jangan kerana pengetahuan yang ingin kita kuasai akan menguasai kita.. sekiranya berlaku salah laku, keruntuhan moral pada siapa jari akan ditunding? pasti bukan pada diri sendiri sedangkan masing2 ada etika yang perlu dipatuhi.. etika dalam mempublish sesuatu, melayari, berkongsi, atau mengunakannya..
itu shajalah yang ingin dikongsi, saya pon mula teringat, kalau saya xtau pape saya akan cakap "acik google kan ada"..
sekian wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan