Agak2 korang la, kalau korang dengar orang cakap PENYAKIT
PENEMAN ORANG TUA apa penyakit akan terlintas dalam otak korang. Okay la aku
bagi clue sikit, sakit lutut, sengal sendi, nyanyuk pape la yang orang tua
selalu sakit tu..iyalah apa taknya PENYAKIT PENEMAN ORANG TUA. Tapi aku jadi
pelik giler dgn statement tu sebab masa aku dengar statement tu aku ada kat wad
pakar KANAK-KANAK aku ulang lagi kanak-kanak… Budak tu ada penyakit orang tua
ker? Meh la aku cerita dari A sampai Z..
Masa
aku tengah tunggu cik misi siapkan kerja dia kad wad pakar KANAK-KANAK tu , ada
la seorang mak cik yang pakai baju biru ni tanya kat mak cik yang dukung
seorang baby yang cute giler (cute giler wei baby dia) apa sakit baby tu? Jawab
mak baby tu PENYAKIT PENEMAN ORANG TUA.. mak cik baju biru tu pun buat muka
blur… okay aku normal, coz bukan aku jer yang xfaham.. hehehe… yela… tu baby
lagi kot apahal plak dapat PENYAKIT PENEMAN ORANG TUA… heran aku… lepas tu mak
budak tu pun explain la, budak tu ada sindrom down. Mak dia cakap PENYAKIT
PENEMAN ORANG TUA tu sebab dikala anak orang lain bila dah besar nanti akan
tinggalkan orang tua diorang tapi kanak-kanak istimewa ni akan stay kat umah
jer dengan orang tua diorang.
Emmm
betul jugak tu, sekali imbas ayat mak dia tu macam bagus giler jer kanak-kanak
istimewa ni, sedangkan budak-budak yang normal
ni akan tinggalkan orang tua diorang. Sekarang aku nak tanya berapa
orang jer antara kita ni yang dah fikir nak jaga mak bapak bila dah berjaya
nanti. Kalau korang dah nekad nak jaga mesti korang dah selesaikan persoalan
ni….
1.
Kalau korang kerja, orang
tua tu duk rumah sorang2 ker?
2.
Xbosan ker nanti? Apa yang
dia boleh buat kat rumah tu?
3.
Macam mana kalau ada
kecemasan?
4.
Nak ker orang tua tu
tinggal kat umah korang?
5.
Boleh ker korang bersabar
dengan kerenah diorang sepertimana diorang bersabar denan kerenah korang masa
kecik dulu?
Dan lain-lain la… korang senarai la sendiri. Kalau korang
pernah tengok la drama melayu, banyak cerita yang orang tua ni kalau boleh
diorag tak nak berpindah ke rumah anak-anak diorang.. sebab diorang dah selesa
sangat dah tinggal kat rumah diorang tu.. anak-anak plak, of coz la tak nak
tinggal kat kampung, ape kelas tinggal kat kampung, balik2 tengok langit biru,
hijau sawah, pagi bunyi ayam itik malam cengkerik. Diorang ni lagi suka tengok
bangunan tutup langit, hitam jalan tar bunyi moto, enjin, kilang lagi
menenangkan… huhu….
Logik
la kalau ada rumah anak-anak yatim sebab diorang tu xder mak ayah… senang citer
xder waris yang nak jaga diorang…. Tapi bila ada rumah orang tua ni boleh la
kita persoalkan mana perginya anak-anak yang diorang dah lahirkan sebagai
penyambung generasi untuk membela mereka di hari tua? Ada waris la maksud
aku… dulu masa kecik-kecik comel jer
janji macam-macam dengan mak ayah.
“mak2..
nanti bila achik dah besar, achik dah kaya, achik nak buat rumah besar, achik
nak bawa mak tinggal kat umah achik.. nanti tak payah la mak kerja berat2
lagi.. mak jadi permaisuri dalam rumah achik..”
Tapi alih-alih bila dah kaya. Mana la nak ada masa.
Keinginan manusia ni sebenarnya terlalu tamak. Bila dah dapat seuncang nak
seguni bila dah dapat sebukit nak segunung entah-entah mengidam nak sebanjaran.
Itulah fitrah, jadi bila pulak la nak ambil port pasal orang tua tu.
So
itulah dia pendirian anak yang normal. Jdi kalau suatu hari nanti kita diberi
zuriat yang ada penyakit PENYAKIT PENEMAN ORANG TUA jagalah dia dengan penuh
kasih sayang dan sabar kerana dengan kurniaan itu mungkin akan lahir kebaikan
pada hari tua kita kelak..
p/s: Allah tidak akan menguji hambaNya dengan dugaan yang
tidak mampu dia hadapi. Sekadar peringatan buat diri dan seisi pembaca…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan