Khamis, 10 Disember 2015

vape

assalamualaikum..

aku memang da lama nak story sal vape ni.. dah gatal sgt dah tangan aku nak menaip dan berceloteh.. entahlah aku busykan pasal ape.. huhu

ok lah aku tahu pasal vape ni dari seorang kawan lelaki aku.. kawan k.. aku jumpa dia raya puasa lepas kot. dia duk hisap la benda alah ni.. so aku tanya la.. masa tu bumi kelantan ni tak der lagi benda alah vape ni..so aku macam katak bawah tempurung la sikit.. dan benda tu tak terkenal mana juga.. alaa benda baru la kiranya..

tapi sekarang benda alah ni kecoh dah.. masa tu kawan aku macam iklan la baik untuk perokok tegar yang nak berenti la, xder nikotin la, ape benda ntah.. tapi benda2 yang baik jer la pasal vape ni ringkas cerita..

tapi sekarang orang duk kecoh la pasal masalah kesihatan yang LEBIH TERUK dari rokok.. dah tu ada perisa GANJA.. tapi rokok pon ada orang letak dadah kan.. masalah sosial la.. budak skolah dengan kreatifnya buat vape sendiri.. insyaAllah dah besar leh jadi engineer.. huahuahua..

mak ajar anak bervape?

muka cantik dah.... tapi....
ni lagi satu masalah...
aku ni sebenarnya tak berapa nak kisah ape korang nak hisap.. walaupun kalau ikotkan patut dinasihatkan.. tapi aku rasa orang yang hisap tu tahu jer baik buruk benda tu.. tapi apekan daya dah nak hisap jugak.. gini la.. hisap la, asalkan korang tak ganggu gugat ketenteraman awam..

jgn la plak dah hisap hembus kat orang (walaupun benda alah ni wangi).. jangan plak korang duk ramai2 kat kedai pastu korang asapkan satu kedai.. dah tu jangan la ajar benda pelik2 kat budak kecik.. walaupun anak kau sendriri kesian kat dia..

so ringkas cerita suka hati la kalau nak jahanamkan diri sendiri asalkan korang tak seret orang lain sekali sudah la..

wallhua'lam..

can cin cau..

Rabu, 25 November 2015

bersangka baik kepada Pencipta

Faktor bagi mendapatkan ketenangan hati ialah sentiasa bersangka baik dengan ketentuan Allah.. Esok atau masa hadapan adalah suatu misteri yang kita tak mungkin akan tahu..
Kita tidak boleh terlalu takut dengan apa yang akan terjadi kerana ia menyebabkan kita seperti bersangka Allah akan memberikan kepada kita sesuatu yang buruk.. Kita hendaklah sentiasa bertawakal, bukankah tawakal itu adalah sifat orang yang beriman..

Kita hendaklah sentiasa bersangka baik terhadap Allah, setiap cubaan dan cabaran yang mendatang pastinya akan disusuli dengan ganjaran yang berlipat kali ganda..

gambar sekadar hiasan


Ada seorang sahabat, dirinya dihina dek kemiskinan yang dialaminya.. Orang yang menghina bukan lah orang luar, saudara terdekat sahaja.. Orang yang di sayangi yang ingin dijadikan teman sehidup semati juga turut melakukan perbuatan yang sama.. Apa yang mampu hanyalah tabahkan hati.. Entah macam mana aku sendiri tidak pasti tapi selepas suatu ketika dia mendapat sejumlah wang yang agak besar sehingga mampu membeli dua buah lori.. Tunai...
Hidup nya tidaklah tersepit lagi kerana boleh cari makan dengan lori yang ada..
Manakala yang menghina bagai mendapat balasannya.. Si saudara berhadapan perniagaan yang semakin menjunam. Si bekas kekasih pula ditipu dan berkahwin dengan lelaki kononnya kaya tetapi sebenarnya buruh binaan sahaja..

Kemiskinan hari ini bukan bermakna kemiskinan selamanya, kejayaan pasti akan diperolehi bagi mereka yang berusaha dan bertawakal kepada Allah.

Apa pun bersangka baiklah dengan setiap ketentuan Allah.. Allah tidak akan mendatangkan sesuatu musibah yang tidak dapat ditanggung oleh hambaNya..

waallua'lam

 thr 19 nov 2015 ustaz nik abd rahim

Selasa, 17 November 2015

suatu pagi di JPN

Isnin lalu bersamaan 16 nov 2015 aku telah ke jabatan pendaftaran negara di machang.. Sebab sampai ke machang adalah nak buat ic baru.. Sebabnya cip rosak... Dah tu kenapa g machang macam kuala krai xder jabatan pendaftaran negara.. Sebab lambat kalau buat kat kuala krai.. Makan bulan baru siap.. G machang sejam jer..maka kerana mahu cepat, kami gigihkan juga diri ke machang..

Masa kami sampai memang dah ada agak ramai orang yang nak buat pelbagai urusan.. Ada yang nak buat ic pertama yang umur 12 tahun tu.. Kawan a.k.a kekasih hati dah gelabah segan sebab tempat ambik gambar agak terbuka dan menarik perhatian orang.. Yer la offis kecik je.. Xder benda lain dah nak tengok... Aku ape lagi makin ligat la nak menyakat.. Akhirnya dia berjaya ambik gambar dengan tenang sebab dapat kaunter hujung sekali..

Sambil menunggu masa sejam lagi tu kitorang g makan kat sekitar machang.. Dah memang stail dia cari tempat makan kena agak bersih... Aku suka sangat bila dia macam tu.. Aku tak pernah makan kat kedai tu.. Lauk2 semua kat luar.. Sebab dia ada buat ayam bakar untuk nasi kerabukan.. Nasi lauk ayam goreng pon ada, dan beberapa lauk lain.. Kitorang makan ape? Kitorang makan nasi kerabu la.. Tapi ayam dua, ayam bakar satu ayam goreng satu.. Aku air milo suam dia nescafe o panas.. Korang tau.. Total harga baru rm8 memang tanjat ahh.. Murah betol.. Kalau kedai lain, xdernya nak murah macam tu.. Air pon berapa dah...masa tengah makan tu aku dah nampak kat dinding tempek anugerah harga patut tahun2014.. Xtau la harganya semurah tu.. Mmg kagum ahh.. Makan pon best..

Sejam pon berlalu, kami pergi semula la dekat jpn tu.. Oo ada muka2 baru dan muka2 dari pagi tadi.. Mak cik yang tengah dokong bby ni pon ada lagi.. Bby tu nampak kecik lagi, mata pejam, kulit pon mcam baru lahir, rambut panjang.. Kira2nya macam baru beberapa hari lahir..rsanya mak cik tu nak buat surat beranak kot..
Masa kami tengah menunggu giliran nak ambik ic tu, makcik tu menyusu anak dia..

gambar sekadar hiasan


Dalam hati aku “macam mana la dia boleh menyusu kat kawasan terbuka?”
Katanya kawanku “ni mesti kes tok laki tak bertanggungjawab” secara tiba2 plak tu, rupanya kami tengah tengok situasi yang sama..
Aku jawab “mungkin tiada suami
Kawan aku dengan nada sedikit marah “kalau tak de tok laki takkan ada anak
Aku jawab “mungkin dah meninggal masa mengandung, atau dalam proses cerai..
Kata kawan aku yang masih tak puas hati “tak lah ni mesti sebab suami xbertanggungjawab.. Mesti dia baru beranak. Jalan pon nampak macam seksa lagi.."
Aku dalam hati sebab malas nak gaduh “ ada la tu cerita disebaliknya yang kita tak tahu, tapi papehal moga akak tu baik2 saje...”

Dan ramai juga bapa2 buat surat beranak anak aku pon dah feeling2 mengelamun masa depan.. Hhahahaha


Sekian kisah suatu pagi di jpn.

Isnin, 2 November 2015

menghadam THE ART OF THINKING CLEARLY

Assalaualaikum... Wahh lama betol tak mengjengah.. Apa khabar kalian?? Harapnya sihat-sihat sahaja dan sentiasa dibawah lindugan yang Maha Esa. Aku ada alasan yang agak kukuh la jugak kenapa aku lama tak menjengah.. Adik aku ambik lappy aku dan bagi desktop dia.. Mmg la desktop dia best tapi kalau dah terpasang tempat tak berapa nak strategik malas la aku kan...

Oklah.. Sudah-sudah la membebel, macam mak nenek da.. Pada hari yang penuh barakah ini aku nak share kat korang pasal satu buku yang aku tengah baca.. Tapi tak habis lagi.. Jadi aku bukan nak review buku tapi salah satu tajuk dalam ni.. Pada aku menarik, dan kena sangat la dengan situasi aku sekarang...

Tajuk buku ni”The Art of Thinking Clearly” penulis Rolf Dobelli tapi aku baca edisi bahasa melayu hihi yang telah diterjemahkan oleh Norliza Abu Bakar.. Walaupun adik aku membebel aku beli buku terjemahan, sebab katanya adalah lebih afdal aku baca dari penulisan asal, ada aku kesah.. Aku membaca pon dah bagus sangat.. Hahahaha

Well anyway, buku ni bagus la jugak... Ehhh kaedahnya bagus la jugak ke?.. Memang bagus kalau dihayati memang apa yang ada dalam buku ni memang berlaku la kat dunia ni... Ofcoz la dia dah buat kajian kot nak tulis, suka hati kau je kan...

Aku nak review bab 21 buku ni, tajuknya kekurangan itu adalah lebih baik (paradox of choice). Di dalam bab ini mengisahkan betapa dunia hari ini kita terdedah kepada banyak pilihan sampai la kita keliru dalam membuat keputusan dan seterusnya menjadi satu bebanan kepada otak kita..

Contoh yang mudah digunakan dan nak faham, dahulu kita hanya ada tiga siaran tv, dah tu bertambah lagi beberapa tv9 dan ntv7, sekarang hampir setiap rumah ada astro basic pakej dia pon dah berapa siaran.. Memang tak habis nak tengok, kalau ikot logik nya la.. Tapi pernah tak korang belek2 siaran satu sampai habis dah tu korang cakap xder cite la hari ni.. Aku selalu la jugak.. Huhu.. Teringat jugak masa tv tiga siaran dulu... Tgk jer tv tu xkesah la sebodo mana cerita tengah main, layan jer... Xder la kusut nak pilih2 sebab ada tiga jer pilihan... harith iskandar pernah buat lawak pasal ni dalam lawak ke der..

Contoh lain yang dewasa ini alami, pilihan smartfone yang bertambun.. Dan pilihan line yang semakin banyak.. Membanding harga call sms dan internet mana yang lebih murah dan berbaloi, namun akhirnya aku guna jer yang mana aku dah guna sekarang sebab memang aku malas dah nak fikir.. Sebab biasanya kalau murah dari satu segi satu segi lagi memang mahal.. Biasa la nak meniaga kan... Aku malas la nak hurai panjang line mana yang aku ngah sembang..

Kalau korang baca la buku ni nanti akan ada dinyatakan tiga faktor semua ni jadi dari ahli psikologi Barry Schwartz :

1) pilihan yang luas melumpuhkan kekuatan dalaman diri manusia.
2) Pilihan yang luas mendorong manusia membuat keputusan yang lebih lemah
3) Pilihan yang luas menerbitkan perasaan yang tidak puas hati.

Dah tu kalau nak lagi faham korang baca la sendiri yer.. Berbaloi-baloi kalau kita membaca ni.. Ilmu bertambah masa pon terisi dengan benda berfaedah.. Ke guaner..

Selamat membaca u ollss..



Khamis, 6 Ogos 2015

tersangat bz *__*

assalamualaikum..
sian bby yang sorang ni.. nampak nya mmg btol2 terabai..
kita memang la tengah bz..
hari tu bising.. bosan xde benda nak buat duk saje je hari2
sekarang ambik nak sangat..
kesana sini.. huhu

biasa la tu..
kita memang susah nak hargai apa yang kita ada sampai la kita kehilangannya..
dalam kes aku ni masa lapang la...

huhu.. alhamdulillah.. bisnes dah beroperasi macam biasa.. nampaknya
rakyat mula pulih dari episod banjir hari tu..
dan hari ni dah mencapai usia setahun..

huhu.. itu jer la.. nak lena jap.. esok ada keje lagi..

Selasa, 19 Mei 2015

rabu suwei????

nak tahu la jugak.. kepercayaan ni dari mana.. ada pelanggan xnak buat jual beli hari rabu.. tk cakap lak nape.. tapi gaya nya mcam nak kata rabu tu suwei.. hmmm kalut aku dibuatnya.. ada jugak pelanggan yang gembira bila dapat setel hari yang dia percaya baik..

ada jugak aku pernah dengan xbaik mula perjalanan hari rabu... boleh ke percaya? tak tahyul ker?

entah ler.. t la klu aku ada masa aku cari.. tapi macam malas jer.. hahahahah

Jumaat, 8 Mei 2015

pemergian NOR ARTIKAH

05-05-15 
perginya seorang sahabat setelah dijemput oleh Pencipta.. dalam sebuah kebakaran ketika dia berjihad dalam menuntut ilmu di Negara orang (Rusia).. malam itu, adik aku telah membacakan beritanya namun kerana kepenatan setelah menghadapi temuduga pada pada siang harinya, bacaannya hanya aku dengar 50-50 sahaja.. facebook juga sudah lama tidak dijenguk..

Lalu pagi keesokkannya sampailah perkhabaran di wassap ku.. terkejutnya aku.. yang telah dijemput itu adalah sahabatku.. kami sekelas dari darjah empat sampai enam.. setelah itu masing2 membawa diri mengejar cita2.. pertemuan seterusnya hanya pada reunion… jujurnya setelah tmat sekolah rendah,, hubungan xserapat mana.. namun aku pasti arwah seorang yang baik, riang dan mesra.. begitulah dia yang aku kenali..

Pemergian arwah mengetuk hati yang terlupa, terlupa bahawa kematian itu sering mengejar kita, tapi kita sering mengejar cinta, harta, secara ringkasnya dunia.. maut itu tidak mengenal usia.. terasa awal pemergiannya.. namun kita hanya hamba.. sayang nya kita kepada dia, betapa kita tidak inginkn pemergiannya.. namun tuhan lebih menyayanginya.. kita pula entah bila saat kita akan tiba, bagaimana pula kematian akan datang pada kita,,

Sahabat, pergilah.. damailah kamu disana.. semoga roh mu mendapat perlindungan dari yang maha Esa.. dan engkau akan ditempatkan dikalangan orang yang mulia.. al-Fatihah..


Telah tiba.. saat waktu kau tinggalkan kami.. kerana takdir yang maha Esa telah menetapkan.. pedih rasanya hati ini bila mengenangkan.. kau sahabat ku kau teman sejati.. tika ditakdirkan kau pergi dulu.. disaat kau masih diperlukan…

Khamis, 16 April 2015

review buku : ADA APA DI BAWAH SEJADAH


Bukunya tidaklah setebal mana hanya 94 muka surat yang memuatkan 25 kisah yang memberikan tauladan. Penggunaan bahasa pula agak puitis hahaha kadang-kadang susah nak faham, kena baca dua kali.. menurut adik 11 tahun aku, dia memang lagi susah la nak faham.. Buku ni hasil penulisan DR. MOHD SHAFIEE HAMZAH..
Menariknya buku ini ada ruangan untuk tulis pengajaran yang diperolehi dari cerita yang dibaca..  yerla kan ilmu ni kenalah diikat dengan catatan kalau tak nanti terlepas atau lari.. 
Jadi meh ler aku kongsi beberapa kisah yang ada di dalam buku ni. 
1) ANTARA KEMAMPUAN FIKIRAN = Otak kita ini selalu nak benda senag-senang jer, tapi kita lupa hakikat dalam memperolehi kejayaan itu berliku. Syaitan sering menghasut supaya mengambil jalan yang kelihatan mudah padahal penuh dengan jerangkap samar.

2) SEJERNIH HATIMU = yang penting hati, mulut laser tak pakai tudung tapi hati baik. Analogi yang digunakan adalah tentang limau memang sesuai dan membuka minda, bermula dengan persolan yang mana akan diutamakan semasa membeli buah kulit atau isinya. Isilah yang penting, tapi jika nak tahu keadaan isinya pasti kita tengok kulitnya. Kulit buah yang telah rosak tidak akan menghasilkan buah yang manis.. betol juga.

3) NIKMAT SETITIS HUJAN = hujan itu adalah analoginya apa yang sebenarnya ingin diceritakan adalah berkenaan mengapakah harta yang banyak tidak menjadikan seseorang itu lebih baik, tidak riak atau sombong diri. Demikianlah harta dan hujan, kerana hujan yang sedikit itu adalah rahmat dan sekiranya banyak akan menyebabkan banjir dan menjadi bencana.

Yang lain baca la sendiri klu aku dah review satu-satu korang xpyah beli dan baca plak buku tukan.. pandai betol. Anyway buku ni menarik.. sila baca..

Rabu, 15 April 2015

review drama : Fashion King (cerita lama ulang tengok)

assalamualaikum.. ermmm sebenarnya nak review satu buku ni.. dah tulis, xjumpa kat mana plak simpan.. xper la nanti jumpa la tu..

okay la masa aku tengok balik cerita ni emangnya aku tengah bosan yang amat kat kedai.. takder la gigih macam first time tgok sampai tak bergerak.. tapi tak langkau episod la.. kebetulan adik aku ada kat tempat kejadian.. dia pon tanya la best ker cerita ni, bersemangat jer.. aku jawab la mana ada bersemangat.. kan aku pasang tapi aku tinggal jer..



aku jawab la soalan adik aku dengan satu soalan, kau tak rasa cerita ni bagus ker.. cerita ni memaparkan kisah perjalanan kehidupan pereka fesyen dalam dunia fesyen.. bagaimana seorang yang miskin pada asalnya hanya meniru rekaan dan menjualnya.. macam baju cetak rompak la.. berjaya jadi kaya raya, namun pengakhirannya dia berjaya jugakla memberikan apa yang diinginkan oleh orang sekelilingnya.. dia dapatkan balik butik untuk heroin.. tapi mungkin jalan yang dia pilih untuk menikmati kekayaan tu terlalu melampau.. boleh la dikatakan macam Qarun.. akhirnya dia bunuh diri tak silap aku, bunuh diri dekat rumah mewah di New York..

ringkasnya orang kaya tidak perlu bongkak dengan harta yang dimilikinya, manakala orang miskin yang tiba2 murah rezeki perlulah sentiasa bersyukur dan menggunakan harta itu dengan sebaiknya.. sesungguhnya aku rasa kekayaan adalah ujian Allah yang besar.. adakah kita akan terus rendah diri setelah kaya.. adakah kita akan mengingati orang yang memerlukan.. adakah kita tidak akan memandang hina pada orang yang berada di bawah kita.. entahlah.. bagaimanalah kedudukan aku sendiri..apa kategori aku.. moga aku dilindungi dari segala sifat keji...

sepanjang proses dia nak berjaya tu ada banyak la adegan berebut heroin dengan orang kaya.. ada sekali tu orang kaya ni dah bagi tahu kat perempuan ni dia suka dekat perempuan ni.. da tu perempuan ni macam lebih suka bersama orang miskin.. ermm mula2 mmg xfaham la ape perempuan tu fikir.. tapi dia asyik jer nak duk dalam kilang kecil orang miskin tu.. ermmm aku rasa sekarang aku da faham kenapa.. aku rasa aku dalam situasi pompuan tu.. tapi part orang kaya datang melamar tu memang tak hado lagi la... hmmm tapi memori cinta luka je semua tu..tak penting...
korang tahu apa laki miskin tu cakap dekat laki kaya tu bila dia tanya nape tak bagi tau lagi yang si miskin ni syok kat heroin.. jawab dia "KERANA KAMI TIDAK MACAM ORANG KAYA YANG BOLEH FOKUS HANYA PADA CINTA. KAMI PERLU BEKERJA." aku payah la nak gitau kat korang macam mana sedihnya cerita ni.. masing2 mata asyik berkaca jer.. tengok la sendiri..

papepon bila la malaysia nak buat cerita yang bertema pekerjaan yang bagus.. mcm king of drama, fashion king, coffee house, little chef, the queen classroom hmm hari tu ada la tertengok cerita cikgu kamisah kirby.. tapi macam tak menarik jer jalan ceritanya.. yang lain2 aku tak tahulah.. kot ada tapi aku jer la yang tak tahu.. mohon pencerahan dari pembaca sekalian... hahaha.. chow dulu nak istrirehat la pulok...

assalamualaikum

Selasa, 14 April 2015

whatsApp SHHHHHHHH...

errrggghhh bila la wassap ni nak berhenti bincang sal GST.. video lagu, gambar yang dah diubah suai, pasal perbahsan ala-ala parlimen pon ada. masing-masing meluahkan pendapat.

tapi aku suka satu jawapan dari kawan aku ni...

"aku bukanlah nak sokong sangat, tpi xsokong pon kena bayar jugak.. buat-buat macam sokong sajelah"

walaupun dah lambat, selamat mengahadapi GST semua..

Selasa, 7 April 2015

baik ke?

“kononnya belajar dekat pondok. Kalau cakap gegar-gegar pasal agama. Tak baiklah tak berkatlah tapi kejenya menipu jugak. Kerja bertangguh. Janji siap sebulan dah rasa macam sedekat menunggu.”rungut seorang wanita, marah benar barangkali.
“kenapa kalau belajar pondok kena baik ke?” Tanya rakannya dengan tenang.
“yer la. Kan belajar agama. Hari tu cakap macam alim jer. Sama jer la dengan orang lain,” jawab perempuan itu.
Rakannya hanya mengangguk. Seolah ada sesuatu yang difikirkan. Tapi mungkin tiada keperluannya mencurah minyak pada api.

Dialog dua sahabat itu membuatkan aku terfikir . benarkah begitu, orang yang belajar pondok baik atau lebih tepat warak?
Pada aku orang yang belajar jurusan agama tidak kiralah pondok atau sekolah menengah agama, dia hanya akan tahu tentang agama, soal melaksanakan dan mengamalkan sebagaimana yang telah dipelajari adalah pilihannya sendiri. Tahu dan amal itu berbezakan? Mungkin apa yng telah dipelajarinya tidak mampu mendorong dia mengamalkannya, mungkin.

Negara kita sememangnya banyak sekolah agama, oleh itu dalam setahun dah ada berapa ramai lepasan agama bertebaran kat bumi Malaysia ini. tapi dengan sebegitu ramai pelajar jurusan agama pastinya Malaysia boleh menjadi Negara yang lebih baik. Namun, kita terpaksa juga berhadapan dengan orang yang tak menepati masa, membuang sampah merata-rata, pemanduan yang merbahaya. Banyak lagilah. Sedangkan menepati masa adalah yang dituntut dalam islam. rasulullah juga menepati masa dan sangat menitikberatkan soal masa. bukankah itu sunnah.

Begitu juga menjaga kebersihan, bukankah menjaga kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Tapi masih lagi iklan diperlukan untuk menjadikan Negara bersih. Pemandu yang memandu secara merbahaya tak payah bincang lanjut la. Dah memang jelas dalam perkara maqasid syariah menjaga nyawa adalah salah satu daripada lima perkara. Antara lima perkara itu mengikut keutamaannya adalah memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara keturunan dan memelihara harta.

Adakah adil untuk mengatakan bahawa, orang yang ada latar belakang agama itu baik orangnya manakala yang tidak ada itu tidak baik? Adakah di sisi Allah sedemikian juga tanggapanNya?

Sememangnya manusia yang berilmu adalah tinggi darjatnya berbanding yang tidak berilmu. Tetapi apa pula kedudukan bagi yang mengetahui tetapi tidak mengamalkan? Pada aku, aku lebih suka melihat orang yang tidak berpengetahuan agama tetapi bersungguh-sungguh dalam mencarinya. Contohnya dia menghadiri kuliah agama apabila berkesempatan, merendah diri dan cuba membaiki bacaan al-Quran, cuba bangun untuk solat malam, dan jika dia ada mendengar sesuatu amalan yang baik untuk dilakukan dia istiqamah melakukannya. Kerana pada aku, mereka tidak berpeluang mempelajari agama sebagaimana budak agama, jika budak sekolah agama adalah lebih baik dari itu semua, maka ia adalah perkara biasa. Bukankah begitu? Tarbiah dan bi’ah bagi pelajar sekolah agama sememagnya begitu mengaji, solat sunat, jadi imam, bilal, program solat malam. jadi ape yang peliknya. Tapi apabila dah keluar dari sekolah apa dia nak jadi apa dia nak buat, sape kesah.


Entah sampai ke tidak kata-kata ni. Semuanya pada pandangn aku yang hina dina ini. xder petik dari mana-mana fakta atau buku.

Khamis, 5 Mac 2015

review buku : BEDUK DIKETUK

Assalamualaikum apa khabar semua? moga berada di dalam limpahan rahmat yang Esa.
beberapa hari ini sempatlah juga saya menumpukan perhatian membaca dan menghabiskan sebuah buku.. buku BEDUK DIKETUK hasil penulisan PAHROL MOHD JUOI.. memang banyak jugalah yang diketuk.. huhu.. apa yang ditulis hakikatnya memang terjadi.. rasa mata terbuka sedikit..



buku ini memang bagus.. harap semua akan baca dan manfaatkan.. tahniah ustaz satu hasil penulisan yang baik.. gaya penulisannya santai, ilmu yang di sampaikan tidaklah berat dan senang difahami.. dan misi sekarang dalam usaha mencari buku penulisan ustaz yang lain.. NOTA HATI SEORANG LELAKI.. tapi kedai buku berkenaan tak der.. kecewa betol.. akan diusahakan lagi..

tapi yang kelakar owner buku ini hanya tulis nota dekat tajuk jodoh.. nape erk... nakal erk

hihi saya pernah tengok dalam tv seorang penulis negara luar ni kata, manusia sekarang terlalu sibuk untuk membaca buku walaupun di dalamnya sarat dengan ilmu.. mereka hanya akan membaca sebahagian darinya sahaja dan mengabaikan sebahagian yang lain..

oleh itu nak cuba cari masa membaca lebih banyak buku.

itu saja assalamualaikum..

sesiapa hadiahkanlah untuk saya buku NOTA HATI SEORANG LELAKI hihi tanpa segan silunya

Selasa, 3 Mac 2015

terasa terlalu lama khabar tidak ditanya, tiada juga sebarang nasihat mahupun kata-kata.. oleh itu apa khabar semuanya.. harapnya segala urusan semua dipermudahkan oleh yang maha Esa.. aku pula?? entahla.. masih lagi sama agaknya.. kenapa sudah lama tak menjengah? entahla terlalu banyak untuk dicerita smpaikan jari malas nak menaip kata-kata.. mungkinlah..

ehh awak ok ke? tanya seorang sahabat.. teruk sangat ke keadaan saya..

entahla.. bulan ni terasa terlalu sukar bagaikan menaiki roller coster duduk seat paling depan dengan kelajuan 400km/j dan tengah buat terjunan menjunam selajunya.. jantung terasa terhenyak pada kerusi.. minda tak dapat nak berfikir.. yang mampu memekik sekuatnya.. ingatkan terjunam itu pengakhiran rupanya ada lagi beberapa laluan yang membunuh.. begitu la lebih kurang.. kalau boleh aku analogikan keadaan aku...

selain itu pada sesuatu masa.. boleh jugak digambarkan dengan kau minat sangat shoping.. minat sangat2 kalau pergi shoping compleks mmg akan berbelanja.. tapi orang xbagi kau shoping.. tapi bagi duit.. da tu orang yang sama selalu bagi tugas untuk kau pergi ke shoping kompleks tu.. seksa kan.. macam tu lah.. lebih kurangnya..



secara ringkasnya otak badan emosi saya sangat penat, sampai saya tidak ingin nak berblog... tpi xpe.. saya ok kot sekarang.. ok la... nanti nak review satu buku.. baru habis baca..