Faktor bagi mendapatkan ketenangan hati ialah sentiasa bersangka
baik dengan ketentuan Allah.. Esok atau masa hadapan adalah suatu misteri yang
kita tak mungkin akan tahu..
Kita tidak boleh terlalu takut dengan apa yang akan terjadi kerana
ia menyebabkan kita seperti bersangka Allah akan memberikan kepada kita sesuatu
yang buruk.. Kita hendaklah sentiasa bertawakal, bukankah tawakal itu adalah
sifat orang yang beriman..
Kita hendaklah sentiasa bersangka baik terhadap Allah, setiap cubaan
dan cabaran yang mendatang pastinya akan disusuli dengan ganjaran yang berlipat
kali ganda..
![]() |
gambar sekadar hiasan |
Ada seorang sahabat, dirinya dihina dek kemiskinan yang dialaminya..
Orang yang menghina bukan lah orang luar, saudara terdekat sahaja.. Orang yang
di sayangi yang ingin dijadikan teman sehidup semati juga turut melakukan
perbuatan yang sama.. Apa yang mampu hanyalah tabahkan hati.. Entah macam mana
aku sendiri tidak pasti tapi selepas suatu ketika dia mendapat sejumlah wang
yang agak besar sehingga mampu membeli dua buah lori.. Tunai...
Hidup nya tidaklah tersepit lagi kerana boleh cari makan dengan lori
yang ada..
Manakala yang menghina bagai mendapat balasannya.. Si saudara
berhadapan perniagaan yang semakin menjunam. Si bekas kekasih pula ditipu dan
berkahwin dengan lelaki kononnya kaya tetapi sebenarnya buruh binaan sahaja..
Kemiskinan hari ini bukan bermakna kemiskinan selamanya, kejayaan
pasti akan diperolehi bagi mereka yang berusaha dan bertawakal kepada Allah.
Apa pun bersangka baiklah dengan setiap ketentuan Allah.. Allah
tidak akan mendatangkan sesuatu musibah yang tidak dapat ditanggung oleh
hambaNya..
waallua'lam
thr 19 nov 2015 ustaz nik abd rahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan