Selasa, 7 April 2015

baik ke?

“kononnya belajar dekat pondok. Kalau cakap gegar-gegar pasal agama. Tak baiklah tak berkatlah tapi kejenya menipu jugak. Kerja bertangguh. Janji siap sebulan dah rasa macam sedekat menunggu.”rungut seorang wanita, marah benar barangkali.
“kenapa kalau belajar pondok kena baik ke?” Tanya rakannya dengan tenang.
“yer la. Kan belajar agama. Hari tu cakap macam alim jer. Sama jer la dengan orang lain,” jawab perempuan itu.
Rakannya hanya mengangguk. Seolah ada sesuatu yang difikirkan. Tapi mungkin tiada keperluannya mencurah minyak pada api.

Dialog dua sahabat itu membuatkan aku terfikir . benarkah begitu, orang yang belajar pondok baik atau lebih tepat warak?
Pada aku orang yang belajar jurusan agama tidak kiralah pondok atau sekolah menengah agama, dia hanya akan tahu tentang agama, soal melaksanakan dan mengamalkan sebagaimana yang telah dipelajari adalah pilihannya sendiri. Tahu dan amal itu berbezakan? Mungkin apa yng telah dipelajarinya tidak mampu mendorong dia mengamalkannya, mungkin.

Negara kita sememangnya banyak sekolah agama, oleh itu dalam setahun dah ada berapa ramai lepasan agama bertebaran kat bumi Malaysia ini. tapi dengan sebegitu ramai pelajar jurusan agama pastinya Malaysia boleh menjadi Negara yang lebih baik. Namun, kita terpaksa juga berhadapan dengan orang yang tak menepati masa, membuang sampah merata-rata, pemanduan yang merbahaya. Banyak lagilah. Sedangkan menepati masa adalah yang dituntut dalam islam. rasulullah juga menepati masa dan sangat menitikberatkan soal masa. bukankah itu sunnah.

Begitu juga menjaga kebersihan, bukankah menjaga kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Tapi masih lagi iklan diperlukan untuk menjadikan Negara bersih. Pemandu yang memandu secara merbahaya tak payah bincang lanjut la. Dah memang jelas dalam perkara maqasid syariah menjaga nyawa adalah salah satu daripada lima perkara. Antara lima perkara itu mengikut keutamaannya adalah memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara keturunan dan memelihara harta.

Adakah adil untuk mengatakan bahawa, orang yang ada latar belakang agama itu baik orangnya manakala yang tidak ada itu tidak baik? Adakah di sisi Allah sedemikian juga tanggapanNya?

Sememangnya manusia yang berilmu adalah tinggi darjatnya berbanding yang tidak berilmu. Tetapi apa pula kedudukan bagi yang mengetahui tetapi tidak mengamalkan? Pada aku, aku lebih suka melihat orang yang tidak berpengetahuan agama tetapi bersungguh-sungguh dalam mencarinya. Contohnya dia menghadiri kuliah agama apabila berkesempatan, merendah diri dan cuba membaiki bacaan al-Quran, cuba bangun untuk solat malam, dan jika dia ada mendengar sesuatu amalan yang baik untuk dilakukan dia istiqamah melakukannya. Kerana pada aku, mereka tidak berpeluang mempelajari agama sebagaimana budak agama, jika budak sekolah agama adalah lebih baik dari itu semua, maka ia adalah perkara biasa. Bukankah begitu? Tarbiah dan bi’ah bagi pelajar sekolah agama sememagnya begitu mengaji, solat sunat, jadi imam, bilal, program solat malam. jadi ape yang peliknya. Tapi apabila dah keluar dari sekolah apa dia nak jadi apa dia nak buat, sape kesah.


Entah sampai ke tidak kata-kata ni. Semuanya pada pandangn aku yang hina dina ini. xder petik dari mana-mana fakta atau buku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan