Khamis, 10 Julai 2014

paperwork 3 : KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG ISLAM SEBELUM DAN SEMASA PENJAJAHAN INGGERIS

1.0              PENDAHULUAN
Dalam sesebuah masyarakat, sistem pentadbiran mahupun corak aturan kehidupan adalah amat penting bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, undang-undang di Tanah Melayu digubal dan dibentuk bagi membantu pemerintah dalam usaha menjaga keharmonian dalam kalangan masyarakat. Pemakaian Undang-Undng Islam telah dapat dilihat dalam Undang-Undang Melaka, Pahang, Kedah, Terengganu dan lain-lain lagi. Namun begitu disesetengah tempat, pemakaian undang-undang adat lebih lazim digunakan.1 Namun begitu, British sama ada secara langsung atau tidak langsung telah campur tangan dalam hal-ehwal agama dan pentadbiran. Dengan secara tidak angsung perkembangan pengaruh British telah menyebabkan kemasukan undang-undang Inggeris.

2.0              SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU

Hasil kajian sejarah menunjukkan bahawa Tanah Melayu merupakan antara kawasan terawal yang menerima Islam di rantau ini. Namun begitu, tidak dapat ditentukan secara pasti tarikh kedatangan Islam ke Tanah Melayu kerana para sejarawan tidak sependapat dalam menentukan tarikh tersebut. Terdapat beberapa pendapat dalam menentukan tarikh kedatangan Islam. Antaranya ialah:

2.1       Abad pertama Hijrah (abad ke 7 masihi)
            Menurut laporan daripada penulisan cina dan penemuan beberapa kesan sejarah, Islam berkemungkinan telah sampai ke kepuluan Melayu sekitar abad pertama hijrah (abad ke 7 masihi) apabila pendatang arab membuat penetapan di Kedah serta Plembang setelah melarikan diri dari Canton, China. Pendpat ini agk meyakinkan disebabkan faktor yang diberikan seperti hubunga perdagangan dan kegiatan dakwah.2
                              
2.2       Abad ketiga Hijrah
            Terdapat bukti kukuh yang menunjukkan Islam telah sampai ke Tanah Melayu pada abad ketiga Hijrah (abad kesepuluh masihi). Pendapat ini berdasarkan penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris, kedah pada tahun 1965.

2.3       Sekitar 702 Hijrah (1303 Masihi)
            Terdapat hli sejarah pula berpendapat Islam telah bertapak di Negara ini pada tahun 702 Hijrah atau 1303 masihi. Pendapat ini adalah berdasarkan penemuan Batu Bersurat di Terengganu.3

3.0       KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI TANAH MELAYU SEBELUM KEDATANGAN INGGERIS DI DALAM UNDANG-UNDANG ADAT.

Tanah melayu merupakan sebuah negara yang kaya dengan adat masyarakat setempat. Sebelum kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu, agama Islam telah diamalkan secara meluas. Oleh tu dapatlah diperhatikan terdapat penerapan unsur-unsur Islam di dalam adat orang melayu yang terbahagi kepada dua iaitu Adat Temenggug dan Adat Pepatih.

3.1       Adat Temenggung.
Adat temenggung merupakan adat yang diamalkan oleh semua negeri di Tanah Melau kecuali Negeri Sembilan. Penggubalan undang-undang ini mempunyai pengaruh Islam yang kuat dan berdasarkan kepada Mazhab Syafi’e.
            Pengaruh Islam di dalam Adat Temenggung dikatakan sangat kuat kerana sekiranya terdapat pertembungan atau percanggahan diantara adat dan undang-undang Islam, undang-undang Islam akan diterima pakai dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Keadaan ini menunjukkan  bahawa Islam memainkan peranan penting di Tanah Melayu sebelum kedatangan Inggeris.4
            Bagi melihat terdapatnya pengaruh agama Islam dalam pengamalan Adat Temenggung adalah melalui beberapa contoh yang menyentuh soal perkahwinan seperti sesuatu perkahwinan itu adalah dilarang sekiranya terdapat perbezaan agama, pertalian darah, sepersusuan, dua wanita yang bersaudara dan melarang seorang lelaki kembali keada isteri yang telah diceraikan dengan talak tiga, melainkan isteri itu telah berkahwin dengan orang lain dan bercerai.
            Berdasarkan contoh yang telah dinyatakan dapatlah diperhatikan bahawa larangan yang dibuat di dalam Adat Temenggung itu berdasarkan apa yang telah ditetapkan di dalam Islam. Oleh itu, jelaslah pengaruh Islam begitu kuat dalam Adat Temenggung ini. Selain itu, adat ini juga membenarkan perkahwinan berlainan agama namun masih dibatasi dengan syarak iaitu seorang lelaki Islam boleh berkahwin dengan perempuan dari kalangan Ahli Kitab tetapi seorang perempuan Islam tidak boleh berkahwin dengan lelaki dari kalangan Ahli Kitab.
            Selain itu terdapat juga pengaruh Islam di dalam persoalan undang-undang jenayah. Undang-undang Adat Temenggung menitik beratkan prinsip pembalasan. Walaubagaimanapun hukum Islam ini tidak digunakan secara menyeluruh walaupun diterima di dalam Adat Temenggung. Hal ini kerana di dalam Adat Temenggung walaupun prinsip yang digunakan adalah pembalasan, namun seringkali hukuman yang dijatuhkan adalah lebih ringan.

3.2       Adat Pepatih
Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.
            Prinsip dalamAdat Pepatih tidak mengikut hokum Islam sepenuhnya. Hal ini demikian kerana dalam adat pepatih terdapat perkara-perkara yang bertentangan dan tidak bertepatan dengan hukum syarak.
            Antaranya ialah dalam perkara berkaitan perkahwinan. Menurut amalan Adat Perpatih, perkahwinan sesama ahli suku adalah dilarang. Di dalam sesuatu perut (unit sosio-politik yang kecil) atau suku hubungan adalah rapat dan lelaki mengganggap perempuan dari perut atau sukunya adalah saudaranya. Begituah sebaliknya. Di sebabkan inilah perkahwinan antara suku dilarang. Perintah larangan ini bertentangan dengan hokum syarak yang tidak melarangnya.
            Selain itu, Adat Pepatih ini juga dapat dilihat dalam soal undang-undang jenayah. Undang-undang jenayah Adat Pepatih merupakan undang-undang yang betimbang rasa dan berperikemanusiaan. Hal ini kerana Adat Pepatih menghukum sesuatu kesalahan tidak berlandaskan pembalasan tetapi lebih cenderung kepada pemulihan.
Antara hokum yang terdapat dalam Adat Pepatih yang yang mengikut hokum Islam adalah hukuman bunuh bagi penderhaka. Ini adalah bertepatan dengan dengan syariat Islam kerana dalam Islam iaitu hudud, mereka yang menderhaka atau memberontak dikenakan hukuman bunuh.
Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa undang-undang Islam begitu penting di Tanah Melayu sebelum kedatangan Inggeris samaada secara langsung atau menyeluruh.

4.0       UNDANG-UNDANG ISLAM DI TANAH MELAYU SEBELUM KEDATANGAN INGGERIS MENGIKUT NEGERI

Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu mengikut undang-undang adat yang sedikit sebanyak dipengaruhi dengan unsur-unsur Hindu. Namun begitu setelah raja-raja dan orang Melayu memeluk agama Islam, perubahan sedikit demi sedikit telah dibuat untuk mengubahsuai adat Melayu supaya bersesuaian dengan agama Islam. Proses ini dapat dilihat dalam pelbagai versi undang-undang di Tanah Melayu antaranya Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Pahang dan Undang-undang Johor.

4.1       Melaka
Sultan Melaka yang pertama iaitu Parameswara selepas menganut agama Islam telah menerima pakai undang-undang Islam sebagai undang-undang Negara. Undang-undang Melaka terbahagi kepada dua iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka yang diandaikan ditulis pada tahun 1444 masihi. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Liow York Fang, beliau mendakwa bahawa Undang-undang Laut Melaka telah digubal pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah dan telah disempurnakan pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, iaitu sewaktu zaman keemasan kesultanan Melaka. Bahagian undang-undang Islam mungkin telah disusun selepasnya.5
            Undang-undang Melaka yang asal iaitu bermula dari fasal 1-23.1 telah terdapat pengaruh Islam yang menunjukkan bahawa telah ada pengaruh Islam yang menyerap masuk dalam kehidupan orang Melayu pada ketika itu. Oleh itu, kita dapat melihat penyusunan penulisan hokum selepas meletakkan hukuman tempatan, penulis juga akan meletakkan penilaian berdasarkan hokum Islam (Law Of God). Contohnya ialah pada fasal14.2 bersabit dengan tuduhan dan pembunuhan kepada seseorang pesalah. Hokum Kanun Melaka memperuntukkan bahawa:

            “Adapun jikalau menuduh orang mengambil isteri orang, maka menang yang dituduh itu, dibunuh orang yang menuduh itu, sebab hokum mengambil isteri orang itu mati hukumnya. Jikalau tiada dibunuh, didenda sepuluh tahil sepaha. Di dalam pada iu syafa’at segala hakim juga, sebab mati hukumnya mati. Adapun pada hokum Allah tiada demikian, hanya disuruhkan hakim bersumpah atas bertaubat daripada perbuatan itu. Demikianlah hokum Allah.”

            Selain itu setelah pengislaman raja Melaka, Melaka telah mejadi pusat perkembangan Islam. Kadi dan ahli agama diangkat martabatnya. Ramai rakyat Melaka yang keluar untuk menjalankan aktiviti dakwah dan ramai pula yang bertumpu di Melaka bagi menuntut ilmu. Tidak boleh diragukan lagi bahawa semasa zaman kegemilangannya Melaka telah menjadi pusat perkembangan Islam.
            Bagi melihat dengan lebih jelas kedudukan undang-undang Islam dalam pentadbiran Melaka kita boleh meneliti beberapa bab yang berkaitan dengan perkahwinan, urusniaga atau ekonomi, dan yang berkaitan dengan jenayah.
a)      Undang-undang perkahwinan
Fasal 25.1 menyentuh tentang orang yang boleh bertindak sebagai pihak penjaga dalam perkahwinan sorang wanita, serta umur beliau, bersabit dengan soal keizinan.
 Fasal 27 rukun-rukun yang boleh dipakai untuk khiyar iaitu kedua-dua pihak lelaki atau perempuan boleh menggunakan hak mereka untuk memilih dan membatalkan kontrak perkahwinan jika terdaat sebarang kecacatan. 6
b)      Undang-undang urusniaga dan ekonomi.
Fasal 30 menyentuh undang-undang tentang penjualan dan laranan terhadap riba (usury) dalam urusniaga.
Fasal 31.2 menyenu tentang pengembalian barangan yang telah dibeli disebabkan barangan berkenaan telah pun rosak di tangan pihak penjual
Fasal 32.3 dan 34.4 rukun-rukun mengenai penjaminan dan pinjaman.7
c)      Undang-undang jenayah
Fasal 36 rukun-rukun mengenai murtad
Fasal 39 rukun-rukun mengenai pembunuhan (qisas)
Fasal 40 rukun-rukun mengenai persetubuhan uar nikah (zina)
Fasal 41 rukun-rukun mengenai slander
Fasal 42 rukun-rukun mengenai minuman keras.8

4.2       Pahang

Selain Melaka, Islam di Tanah Melayu juga telah disebarkan secara meluas. Ia dapat dilihat melalui undang-undng yang telah di amalkan. Antaranya ialah melalui undang-undang Pahang. Undang-undang ini telah disusun semasa pemerintahan Sultan Abdulghafur Muhaiyuddin Shah (1592-1614).9  Penggubalan undang-undang ini adalah dibaah pengaruh undang-undang Melaka.
            Dari segi kandungannya pula, undang-undang Pahang mempunyi lebih banyak bab berbanding undang-undang Melaka. Walaupun masih terdapat pengaruh adat melayu di dalamnya, tetapi berbanding dengan undang-undang Melaka , undang-undang Pahang ini mengandungi lebih banyak pengaruh Islam di dalamnya. Hal ini berkemungkinan kerana undang-undang Melaka disusun ketika Islam masih belum bertapak dengan kuat di Tanah Melayu manakala undang-undang pPahang pula ditulis setelah berkembangnya pengaruh Islam dan Islam telah diamalkandengan begitu mendalam sekali di Tanah Melayu. 0
            Sebagaiman undang-undang Melaka, undang-undang Islam yang terkandung dalam undang-undang Pahang juga dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian.
a)      Ekonomi dan urusniaga
Bab 24 menyentuh tentang urusniaga mengikut undang-undang dan kesalahan mengambil keuntungan daripada banyak faedah.
Bab 26 rukun-rukun mengenai pengambilan barangan yang rosak kepada penjual dengan syarat-syart tertentu.
Bab 27 rukun-rukun mengenai cagaran yang wajib diberikan terhadap sesuatu hutang, yang juga meliputi bankrap.
Bab 35 menyentuh mengenai penualan dusun.11
b)      Testimoni dan persaksian
Bab 40 jenis-jenis testimoni dan sifat-sifatnya.
Bab 63 rukun-rukun mengenai persaksian dalam Islam dan ciri-cirinya
Bab 64 rukun-rukun mengenai kedudukan hamba dan tuannya tau bekas tuannya.
Bab 65 hukum ta’zir terhadap saksi yang berbohog. Ia juga menyentuh rukun-rukunmengenai prosedur untuk hakim.
c)      Undang-undang Jenayah dan denda.
Bab 46-47 rukun-rukun berkenan dengan qisas dalam kes yang mengkibatkan kematian.
Bab 48 rukun-rukun yang bersabit dengan kesalahan jenayah yang dinyatakan dalam fasal 46, 47 dan 49.
Bab 49 rukun-rukun mengenai persetubuhan di luar nikah dan hukumnnya.
Bab 51 rukun-rukun mengenai denda terhadap perbuatan fitnah.
d)     Obligasi atau kewajipan asasi keagamaan
Bab 58 rukun-rukun mengenai sesiapa yang tidak mmbayar zakat dan tanggugjawab terhadap golongan miskin.
Bab 60 rukun-rukun mengenai sesiapa yang meeninggalkan solat.
Bab 61 rukun-rukun mengenai perang jihad.

4.3       Johor

Johor telah menerima pengaruh Islam sejak kedatangan pedagang-pedagang Arab ke Nusantara pada abad ke-9 Masihi lagi dan telah diIslmkan secara rasminya oleh kerajaan Islam Melaka pada abad ke 14  Masihi. Walaubagaimanapun Johor juga ernah diIslamkan oleh kerajaan Islam Samudera-Pasai semasa Johor berada dibawah kekuasaannya. Bagi membuktikanbahawa Islam telah sampai ke Johor pada waktu-waktu yang awal dapat dilihat melalui penemuan inskripsi batu nisan kubur Sultan Alauddin Riayat Shah, inskripsi batu nisan kubur Sultan Sulaiman Shah dan inskripsi duit syiling. Inskripsi ini bertulisan arab antaranya bermaksud:
           
            “Tiada Tuhan melainkan Allah. Ini adalah kubur yang bercahaya al-Marhum Sultan Alauddin ibn Sultan Mansur Shah ibn Sultan Muzaffar Shah (disejahterakan Allah wahai Marhum yang tinggi lagi bersih). Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim Allah tiada tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus menguruskan makhlukNya, tiada mengantok dan tiada tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya Allah mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang mereka,……”

            Melalui terjemahan inskripsi yang ditemui ini dapatlah kita katakan bahawa Islam telah samai ke Johor sejak sebelum tahun 1488 Masihi lagi.13 Selain itu kita juga dapat melihat penggunaan undang-undang Islam dalam perundangan negeri Johor yang disematkan di dalam Majalah Ahkam Johor. Terdpat enam belas kitab yang menyentuh mengenai undang-undaang sivil Islam  bagi kerajaan negeri Johor 1331 hijrah atau 1913 masihi. Antaranya ialah:
  1. Kitab pertama: jual beli
  2. Kitad kedua: sewa dan upah serta gaji
  3. Kitab ketiga: kafalah atau tanggungan (menghimpunkan satu tanggungan kepada satu tanggungan pada menuntut akan sesuatu, yakni menghimpunkan oleh seseorang akan tanggungannya kepada tanggungan orang lain dan melazimkan pula bleh dituntut hak yang ditanggung itu).111
  4. Kitab keempat: hiwalah ( memindahkan hutang daripada satu tanggungan lain)
Kesemua kitab ini mempunyai pendahuluan yang menyentuh tentang persoalan fiqh. Ini menunjukkan penggunaan undang-undang Islam dalam sistem perundangan negeri Johor.

4.4                Negeri Semenanjung Tanah Melayu yang Lain

Di Kedah terdapat undang-undang Kedah. Peruntukan undang-undang Dato’ Sri Paduka Tuan (1667 s.m) yang berkait dengan undang-undang Islam menyebut bahawa:
a)      Pencuri, perompak, penyabung ayam, pengedar candu, penjudi, pemuja pokok dan batu, pemabuk, segala perbuatan terebut adalah bertentangan dengan perintah Allah dan mesti dilaorkan oleh penduduk kampung kepada penghulu (kweng). Kegagalan brbuat demikian boleh dikenakan denda.
b)      Penghuu hendaklah mengarahkan penduduk kampong mematuhi sembahyang lima waktu, puasa dan sembahyang Jumaat. Sesiapa yang engkar hendaklah dibawa ke masjid dan dihukum dengan meletakkan telur kuning disekeliling lehernya
c)      Pemiik tanah hendaklah membayar zakat.

Di Kelantan seperti yang berlaku di negeri-negeri lain sebelum campur tangan penjajah Inggeris, raja-raja memainkan peranan utama dalam bidang perundangan. Dalam abad kesembilan belas W.R. Roff mencatatkan, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pada sekitar tahun 1830-an dan kemungkinan pada tahun-tahun yang lebih awal telah ada jawatan mufti negeri dan jawatan hakim di Kota Bharu.
            Bidang kuasa mufti lebih tertumpu  kepada soal-soal kehakiman daripada khidmat nasihat dalam Mahkamah Syariah yang sebahagian besarnya merujuk kepada undang-undang diri orang Islam (khususnya menyentuh soal perkahwinan, perceraian dan pengurusan harta). Ia juga mempunyai bidang kuasa di dalam soal-soal yang behubug dengan pelanggaran tatasusila undang-undang moral dan perkara yang berhubung  dengan amal ibadat: manakala bidang kuasa pihak yang kedua sebagai hakim. Bidang kuasanya bertumpu kepada mahkamah jenayah iaitu gabungan di antara Undang-undang Islam dengan Undang-undang Adat Melayu.14


5.0 KEMASUKAN UNDANG-UNDANG INGGERIS

Tanah Melayu telah dijajah selama lebih 500 tahun oleh penjajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Dalam tempoh tersebut, boleh dikatakan setiap penjajah tersebut telah membawa masuk undang-undang mereka. Walaubagaimanapun kesan kedatangan para penjajah berkenaan ke atas kedudukan undang-undang Islam jelas berbeza antara satu sama lain. Walaupun telah menjajah Melaka lebih daripada 100 tahun, penjajah Portugis tidak banyak mengganggu kedudukan undang-undang Islam di kalangan para penganutnya. Undang-undang yang diperkenalkan hanya terpakai ke atas orang-orang Portugis sahaja, sedangkan ke atas penganut-penganut agama lain termasuk Islamdiserahkan sahaja kepada ketua-ketua agama mereka. Hal yang sama juga telah dilakukan  oleh penjajah Belanda.
            Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu telah memberi impak yang besar terhadap masyarakat pada ketika itu dan khususnya umat Islam. Apa yang dilakukan oleh penjajah Inggeris amat berbeza sekali dengan apa yang dilakukan oleh penjajah Portugis dan Belanda.15 Kemasukan pengaruh undang-undang Inggeris dalam pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu dan perluasan tanah jajahannya, maka pengaruh undang-undang Inggeris juga turut berkembang sehingga ia berjaya mengeneikan undang-undang Islam dan adat yang merupakan undang-undang dasar sebelum kedatangan mereka.16 Cara penyerapan undang-undang Inggeris boleh dilihat melalui tiga wilayah yang berasingan iaitu Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Berekutu dan Negeri-negeri Borneo (Sabah dan Sarawak).

5.1       Negeri-negeri Selat
5.1.1    Pulau Pinang
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula di Pulau Pinang pada tahun 1786 setelah Pulau Pinang diserahkan oleh Sultan Kedah kepada Inggeris melalui ketunya Francis Light. Ia adalah balasan bantuan ketenteraan oleh Inggeris kepada Kedah yang takut akan serangan dari Siam dan Burma. Hal ini telah menjadi asas kepada campur tangan Inggeris di Tanah Melayu. Pada masa kedatangan Inggeris, mereka mendakwa tiada undang-undang yang dikuatkuasakan di Pulau Pinang. Dalam kes Fatimah vs Logan, Hackett J berkata (maksudnya)17

            “Pada tahun 1786 Pulau Pinang adalah sebuah pulau yangseperti padang pasir dan tidak diusahakan, tidak ada penduduk kecuali beberapa orang nelayan tanpa sebarang institusi yang tetap.”

            Maka atas dasar itu, Inggeris telah memperkenalkan Piagam Keadilan Pertama padaa tahun 1807. Sejajar dengan pengenalan piagam ini, mahkamah-mahkamah Inggeris telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan ketetapan ia akan menguatkuasakan Undang-undang Inggeris seperti mana yang terdapat pada tahun 1807.18
            Tidak cukup dengan Piagam Keadilan Pertama, Inggeris telah memperkenalkan Piagam Keadilan Kedua pada tahun 1826 di Melaka dan Singgapura.19 Ia bertujuan untuk meluaskan lagi pengaruh undang-undang Inggeris di Tanah Melayu. Pada tahun 1855 pula, Piagam Ketiga telah diperkenalkan di seluruh Negeri-negeri Selat. Piagam ini hanyalah bertujuan untuk menyusun semula struktur mahkamah yang sedia ada. Secara umumnya semua piagam ini adalah bertujan untuk mengangkat taraf undang-undang Inggeris dan menyisihkan sedikit demi sedikit undang-undang Islam yang dulunya diiktraf sebagai lex loci.
            Ini dapat dilihat dalam kes In the Goods of Abdulah. Dalam kes ini, isu yang timbil ialah bolehkah seorang muslim yang meninggal dunia di Pulau Pinang memberikan keseluruhan hartanya dengan cara wasiat? Menurut huum Islam, seseorang itu hanya boleh berwasiat dengantidak melebihi 1/3 daripada hartanya. Mahkamah berpegang dengan keputusan dalam kes Rodyk &Ors vs Williamson & Ors. dengan menggunakan undang-undang Inggeris, wasiat itu sah. Keputusan mahkamah itu secara tidak langsung telah mengiktiraf undang-undang Inggeris walaupun ia bercanggah dengan undang-undang Islam.
            Hal yang sama juga berlaku dalam kes Fatimah & Ors. vs ogan & Ors.20  Dalam kes inj, seorang lelaki muslim telah meninggal dunia di Pulau Pinang dan telah meninggalkan wasiat. Isunya ialah undang-undang apakah yang harus digunakan untuk mengesahkan kesahihan wasiat itu. Peguam bagi plaintif telah berhujah bahawa undang-undang Islam harus digunapakai. Mahkamah berpegang dengan keputusan bahawa sejak undang-undang Inggeris telah menjadi undang-undang tempatan di Pulau Pinang, maka undang-undang yang terpakai adalah undang-undang Inggeris.

5.1.2 Melaka dan Singapura
Di Melaka, sesudah mengambil kembali negeri itu daripada Belanda melalui perjanjian Inggeris Belanda pada tahun 1824, usaha-usaha untuk melaksanakan undang-undang Inggeris segera dilakukan.21 sebagai kemuncak kepada usaha-usahaa perlaksanaan undang-undang Inggeris di Melaka dan Singapura ini, Piagam Keadilan Kedua telah diisytiharkan pada tahun 1826 iaitu bersempena dengan penubuhan Negeri-negeri Selat. Piagam kedua ini mengandungi peruntukan yang sama seperti yang terdapat dalam piagam pertama dahulu dan telah dianggap telah membawa undang-undang Inggeris seperti yang terdapat dalam tahun 1826. Berdasarkan kepada piagam tersebut, sebuah mahkamah telah ditubuhkan dengan ketetapan bahawa undang-undang Inggeris sebagaimana yang terdapat pada tahun 1826.
            Dengan pengisytiharan Piagam Keadilan Kedua ini, Inggeris telah memperuntukkan dengan secara rasmi bahawa common low dan prinsip ekuiti yang berkuatkuasa di England hendaklah diamalkan di negeri-negeri Selat. Undang-undang  Inggeris juga akan terpakai jika ia tidak bertentangan dengan adat tempatan dan agama Islam. Walaupun telah digariskan bahawa undang-undang Inggeris akan terpakai, namun dalam beberapa kes ia masih lagi tertakluk kepada sistem masyarakat tempatan.
            Kenyataan ini dijelaskan lagi dalam kes Sahrip vs Mitchell & Anor.22 Berdasarkan undang-undang Melaka, apabila sultan menjadi pemilik kepada tanah, setiap rakyat memiliki hak mutlak untuk menghapuskan dan menduduki hutan dn tanah terbiar, sesuai dengan bayaran sepersepuluh dari hasil tanah kepada sultan. Adat ini diakui oleh penjajah Portugis dan Belanda, dan ketika undang-undang Inggeris diperkenalkan ke negeri-negeri Selat melalui Piagam Keadilan, undang-undang Inggeris telah menggantikan undang-undang Islam dan adat ini.
            Plaintif telah membawa satu tindakn defenden, menyatakkan bahawa defenden telah membuat keputusan yang bercanggah dengan undang-undang menghalangnya dari tanahnya. Menghalaunya dari tanahnya. Defennden berhujah bahawa plaintif telah dihalau dari tanahya mengikut peruntukan undang-undang yang sah kerana dia gagal mendaftarkan geran tanahnya tanahnya sepertimana yang dikehendaki oleh peruntukan undang-undang Inggeris. Mahkamah memutuskan berdasarkan undang-undang adat Melaka, plaintif merupakan pemilik sah kepada tanah terebut. Keputusan itu jelas membuktikan bahawa undang-undang Islam masih lagi berpengaruh walaupun undang-undang Inggeris diperkenalkan.

5.2       Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Pengaruh undang-undang Inggeris di Negeri-negeri Melayu Bersekutu adalah bertitik tolak daripada Perjanjian Pangkor 1874. Antara intipati perjanjian itu ialah penerimaan raja-raja Melayu terhada seorang penasihat Inggeris yang dipanggil residen. Residen berfungsi sebagi penasihat kepada kerajaan dalam hal-hal pentadbiran kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
            Di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, sebelum campur tangan Inggeris, pentadbiran undang-undang di setiap negeri termasuklah hal ehwal orang Islam terletak di bahu Raja-raja Melayu. Undang-undang yang terpakai pula adalah undang-undang yang berasakan hokum syarak dan adat seperti Adat Temenggung dan Adat Perpatih..
            Prinsip perjanjian yang sama juga termetrai di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Seterusnya pada tahun 1895, keempat-empat negeri ini disatukan menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu supaya negeri-negeri ini boleh ditadbir di bawah satu sistem pentadbiran. Secara dasarnya, boleeh dikatakan bahawa penerimaan Residen di negeri-negeri ini adalah berpunca daripada kekacauan politik yang berlaku. Untuk menyelesaikannya, Sutan terpaksa meminta bantuan daripada pihak Inggeris.
            Beberapa tahun selepas berlakunya perjanjian atau triti ini, penjajah Inggeris mula menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri yang terdiri daripada raja dan pembesar-pembesar Melayu di negeri-negeri berkenaan dan turut disertai oleh orang-orang Inggeris sendiri. Majlis Mesyuarat Negeri ini digunakan untuk membuat undang-undang negeri mengikut cara Inggeris.
            Di samping itu, Inggeris juga telah menubuhkan mahkamah-mahkamah di negeri-negeri berkenaan mengikut sistem kehakiman di Negeri-negeri Selatdengan sedikit sebanyak penyesuaian dengan mahkmah-mahkamah tempatan. Hakim-hakim bagi mahkamah ini kebanyakannya terdiri daripada orang-orang Inggeris sendiri denan dibantu oleh beberapa pembesar Melayu.
            Pada tahun 1937, satu enakmen yang dikenali sebagai Enakmen Undang-undang Sivil 1937 telah digubal sebagai satu statut untuk memperkenalkan undang-undang Inggeris ke Negeri-negeri Melayu secara rasminya telah menerima undang-undang Inggeris. Walaubagaimanapun, pemakaiannya tidaklah secar menyeluruh. Ia masih lagi memberi ruang kepada undang-undang tematan untuk bernafas. Ini membuktikan dengan beberapa kes yang perlu diputuskan.
            Dalam kes Rahmah binti Taat vs Laton binti Laton Satan23. Mahkamh memutuskan bahawa undang-undang Islam bukanlah undang-undang asing, tetapi undang-undang tempatan. Mahkamah mesti mengambil perhatian kepada undang-undang ini dan mengisytiharkannya.
            Penghakiman dalam kes Shaik Abdul Latif & Ors vs Shaik Elias Bux24. Menguatkan lagi kenyataan ini. Edmunds, JC dalam penghakimannya mengakui bahawa undang-undang yang terpakai kepada orang Melayu di Negeri-negeri Melayu Bersekutu sbelum kedatangan Inggeris adalah undang-undang Islam yang disesuaikan denagn adat Melayu. Kedua-dua kes ini jelas menunjukkan masih wujud pengiktirafan Inggeris terhadap undang-undang tempatan.

5.3       Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

Terdaat lima buah negeri di Negeri-negeri Meelayu Tidak Bersekutu, empat daripadanya adalah jajahan Siam iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Johor diiktiraf oleh Inggeris sebagai negeri yag merdek pada tahun 1885 dan dalam tahun1914 menerima eorang penasihat Inggeris.25
                Oleh kerana Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu adalah negeri-negeri lindungan Inggeris, maka kedudukan negeri-negeri ini adalah berbeza daripada Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Oleh yang demikian, undang-undang Inggeris tidak diterima dalam sistem mereka. Negeri-negeri ini tidak pernah secara formal menerima undang-undang Inggeris ke negeri mereka walaupun Enakmen Undang-undang Sivil Negeri-negeri Melayu Bersekutu dilanjutkan ke negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menerima undang-undang Inggeris secara tidak formal kerana kebanyakan undang-undang yang diluluskan berlandaskan undang-undang Inggeris dan hakim juga adalah hakim yang terlatih di England.
            Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan adalah negeri-negeri ini adalah bebas dan ditadbir di bawah raja yang berdaulat. Kedudukan ini sama sekali berbeza dengan apa yang berlaku di negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Akan tetapi persoalan yang timbul, adakah benar Inggeris tidak campur tangan dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu? Memang pada peringkat permulaanya undang-undang Islam di negeri-negeri ini tidak diganggu, namun ianya tidak diberi perhatian kepada lacuna yang wujud dalam undang-undang tempatan, termasuklah undang-undang Islam akibat daripada perubahan masyarakat yang timbul kerana perlindungan dan pengaruh daripada Inggeris.
            Akibatnya, undang-undang Islam telah berjaya disempitkan sehingga ia hanya dipakai dalam bidang kekeluargaan sahaja dengan mewujudkan undang-undang khusus bagi pentadbiran hokum Islam, menyempitkan bidangkuasa institusi-institusi pengadilan Islam dan sebagainya.

6.0       KESIMPULAN

Melalui setiap penilaian yang telah dijalankan dapatlah diperhatikan bahawa undang-undang yang digunakan di Tanah Melayu adalah undang-undang adat dan undang-undang Islam yang kemudiannya telah disesuaikan dengan undang-undang adat di Tanah Melayu. Namun begitu kedatangan penjajah Inggeris ke Tanah Melayu telah menyebabkan pemakaian undang-undang Islam ini terbatas kepada beberapa perkara sahaja antaranya hal ehwal kekeluargaan dan beberapa peraturan yang lain. Namun begitu pemakaian undang-undang Inggeris ini adalah secara tidak konsisten. Hal ini demikian kerana terdapat setengah kes hakim mengiktiraf undang-undang tempatan dan sesetengah kes adalah sebaiknya.
            Pemakaian undang-undang Inggeris di negeri-negeri selat telah meminggirkan undang-undang Islam melalui pengenalan Piagam Keadilan Pertama, Kedua dan Ketiga. Pigam ini secara jelas mengisytiharkan penerimaan undang-undang Inggeris secara menyeluruh di negeri yang dikuasai oleh Inggeris itu. Natijahnya, penguatkuasaan undang-undang Islam yang sedia terpakai terutamanya di Melaka telah terhapus dan diganti dengan undang-undang Inggeris.
            Sebaliknya di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, penyisihan undang-undang Islam dilakukan dengan cara yang lebih licik iaitu dengan memisahkan hal ehwal agama dengan urusan kehidupan yang lain. Melalui sistem Residen, sultan dikehendaki menerima nasihat Residen dalam semua hal kecuali dalam soal hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Pengertian agama Islam tlh disempitkan dengan hanya mengfokuskan kepada urusan ibadat, perkahwinan, perwarisan dan beberapa perkara yang termasuk dalam kategori undng-undang peribadi. Sementara dalam urusan jenayah, pentadbiran negeri, pecukaian dan lain-lain terletak di bawah bidangkuasa undang-undang Inggeris yang merujuk kepada common low dan ekuiti serta statut-statut berkaitan.

            Hal yang sama juga berlaku di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Undang-undang Islam telah dihadkan skopnya kepada undang-undang diri yang terpakai kepada orang Islam dengan cara mewujudkan beberapa peruntukan undang-undang berkaitan.

RUJUKAN
1.      Abd Jalil Borham. 2002. Pentadbiran Undang-undang Islam Negeri Johor. Johor : Universiti Teknologi Malaysia.
2.      Abd Jalil Borham. 2002. Majalah Ahkam Undang-undang Sivil Islam Kerajaan Negeri Johor 331h/1913m. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
3.      Abdul Kadir bin Haji Muhammad. 1996. Sejarah Penulisan Undang-undang Islam di Malaysia. Kula Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
4.      Ahmad Ibrahim & Ahilemah Joned. 2007. Sistem Undang-undang di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
5.      Hamid Jusoh. 1992. Kedudukan Undang-undang Islam Dalam Perlembagaan Malaysia, Suatu Rujukan Khas Terhadap Kes-Kes Konvensi Dalam Undang-undang Keluarga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6.      Liaw Yock Fang. 1976. Undang-undang Melaka, The Hague-Martimus Nijhoff. Singapura: Netherlands Ministry og Education and Lee Faundation.
7.      Mahmood Zuhdi Abd Majid. 1997. Pengenalan Undang-undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
8.      Mahmud Saedon A.Othman. 1996. Institusi Pentadbiran Undang-undang dan Kehaakiman Islam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
9.      Noor Aziah Mohd Awal 2010 Pengenalan Kepada Sistem Perundangan di Malaysia. Selangor: International Law Book Servise.

2 ulasan: