1.0
PENDAHULUAN
Dalam
sesebuah masyarakat, sistem pentadbiran mahupun corak aturan kehidupan adalah
amat penting bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan dalam kalangan
masyarakat. Oleh itu, undang-undang di Tanah Melayu digubal dan dibentuk bagi
membantu pemerintah dalam usaha menjaga keharmonian dalam kalangan masyarakat. Pemakaian
Undang-Undng Islam telah dapat dilihat dalam Undang-Undang Melaka, Pahang,
Kedah, Terengganu dan lain-lain lagi. Namun begitu disesetengah tempat,
pemakaian undang-undang adat lebih lazim digunakan.1 Namun begitu,
British sama ada secara langsung atau tidak langsung telah campur tangan dalam
hal-ehwal agama dan pentadbiran. Dengan secara tidak angsung perkembangan
pengaruh British telah menyebabkan kemasukan undang-undang Inggeris.
2.0
SEJARAH
KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU
Hasil
kajian sejarah menunjukkan bahawa Tanah Melayu merupakan antara kawasan terawal
yang menerima Islam di rantau ini. Namun begitu, tidak dapat ditentukan secara
pasti tarikh kedatangan Islam ke Tanah Melayu kerana para sejarawan tidak
sependapat dalam menentukan tarikh tersebut. Terdapat beberapa pendapat dalam
menentukan tarikh kedatangan Islam. Antaranya ialah:
2.1 Abad pertama Hijrah (abad ke 7 masihi)
Menurut laporan daripada penulisan
cina dan penemuan beberapa kesan sejarah, Islam berkemungkinan telah sampai ke
kepuluan Melayu sekitar abad pertama hijrah (abad ke 7 masihi) apabila
pendatang arab membuat penetapan di Kedah serta Plembang setelah melarikan diri
dari Canton, China. Pendpat ini agk meyakinkan disebabkan faktor yang diberikan
seperti hubunga perdagangan dan kegiatan dakwah.2
2.2 Abad ketiga Hijrah
Terdapat bukti kukuh yang
menunjukkan Islam telah sampai ke Tanah Melayu pada abad ketiga Hijrah (abad
kesepuluh masihi). Pendapat ini berdasarkan penemuan batu nisan di Tanjung
Inggeris, kedah pada tahun 1965.
2.3 Sekitar 702 Hijrah (1303 Masihi)
Terdapat hli sejarah pula
berpendapat Islam telah bertapak di Negara ini pada tahun 702 Hijrah atau 1303
masihi. Pendapat ini adalah berdasarkan penemuan Batu Bersurat di Terengganu.3
3.0 KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI TANAH
MELAYU SEBELUM KEDATANGAN INGGERIS DI DALAM UNDANG-UNDANG ADAT.
Tanah
melayu merupakan sebuah negara yang kaya dengan adat masyarakat setempat.
Sebelum kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu, agama Islam telah diamalkan secara
meluas. Oleh tu dapatlah diperhatikan terdapat penerapan unsur-unsur Islam di
dalam adat orang melayu yang terbahagi kepada dua iaitu Adat Temenggug dan Adat
Pepatih.
3.1 Adat Temenggung.
Adat
temenggung merupakan adat yang diamalkan oleh semua negeri di Tanah Melau
kecuali Negeri Sembilan. Penggubalan undang-undang ini mempunyai pengaruh Islam
yang kuat dan berdasarkan kepada Mazhab Syafi’e.
Pengaruh Islam di dalam Adat Temenggung
dikatakan sangat kuat kerana sekiranya terdapat pertembungan atau percanggahan
diantara adat dan undang-undang Islam, undang-undang Islam akan diterima pakai
dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Keadaan ini menunjukkan bahawa Islam memainkan peranan penting di
Tanah Melayu sebelum kedatangan Inggeris.4
Bagi melihat terdapatnya pengaruh
agama Islam dalam pengamalan Adat Temenggung adalah melalui beberapa contoh
yang menyentuh soal perkahwinan seperti sesuatu perkahwinan itu adalah dilarang
sekiranya terdapat perbezaan agama, pertalian darah, sepersusuan, dua wanita
yang bersaudara dan melarang seorang lelaki kembali keada isteri yang telah
diceraikan dengan talak tiga, melainkan isteri itu telah berkahwin dengan orang
lain dan bercerai.
Berdasarkan contoh yang telah
dinyatakan dapatlah diperhatikan bahawa larangan yang dibuat di dalam Adat
Temenggung itu berdasarkan apa yang telah ditetapkan di dalam Islam. Oleh itu,
jelaslah pengaruh Islam begitu kuat dalam Adat Temenggung ini. Selain itu, adat
ini juga membenarkan perkahwinan berlainan agama namun masih dibatasi dengan
syarak iaitu seorang lelaki Islam boleh berkahwin dengan perempuan dari
kalangan Ahli Kitab tetapi seorang perempuan Islam tidak boleh berkahwin dengan
lelaki dari kalangan Ahli Kitab.
Selain itu terdapat juga pengaruh
Islam di dalam persoalan undang-undang jenayah. Undang-undang Adat Temenggung
menitik beratkan prinsip pembalasan. Walaubagaimanapun hukum Islam ini tidak
digunakan secara menyeluruh walaupun diterima di dalam Adat Temenggung. Hal ini
kerana di dalam Adat Temenggung walaupun prinsip yang digunakan adalah
pembalasan, namun seringkali hukuman yang dijatuhkan adalah lebih ringan.
3.2 Adat Pepatih
Adat
Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang
pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang.
Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat
Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang
tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke
Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau
Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.
Prinsip dalamAdat Pepatih tidak
mengikut hokum Islam sepenuhnya. Hal ini demikian kerana dalam adat pepatih
terdapat perkara-perkara yang bertentangan dan tidak bertepatan dengan hukum
syarak.
Antaranya ialah dalam perkara
berkaitan perkahwinan. Menurut amalan Adat Perpatih, perkahwinan sesama ahli
suku adalah dilarang. Di dalam sesuatu perut (unit sosio-politik yang kecil)
atau suku hubungan adalah rapat dan lelaki mengganggap perempuan dari perut
atau sukunya adalah saudaranya. Begituah sebaliknya. Di sebabkan inilah
perkahwinan antara suku dilarang. Perintah larangan ini bertentangan dengan hokum
syarak yang tidak melarangnya.
Selain itu, Adat Pepatih ini juga
dapat dilihat dalam soal undang-undang jenayah. Undang-undang jenayah Adat
Pepatih merupakan undang-undang yang betimbang rasa dan berperikemanusiaan. Hal
ini kerana Adat Pepatih menghukum sesuatu kesalahan tidak berlandaskan
pembalasan tetapi lebih cenderung kepada pemulihan.
Antara
hokum yang terdapat dalam Adat Pepatih yang yang mengikut hokum Islam adalah
hukuman bunuh bagi penderhaka. Ini adalah bertepatan dengan dengan syariat
Islam kerana dalam Islam iaitu hudud, mereka yang menderhaka atau memberontak
dikenakan hukuman bunuh.
Oleh
itu, jelaslah kepada kita bahawa undang-undang Islam begitu penting di Tanah
Melayu sebelum kedatangan Inggeris samaada secara langsung atau menyeluruh.
4.0 UNDANG-UNDANG ISLAM DI TANAH MELAYU
SEBELUM KEDATANGAN INGGERIS MENGIKUT NEGERI
Sebelum
kedatangan Islam, orang Melayu mengikut undang-undang adat yang sedikit
sebanyak dipengaruhi dengan unsur-unsur Hindu. Namun begitu setelah raja-raja
dan orang Melayu memeluk agama Islam, perubahan sedikit demi sedikit telah
dibuat untuk mengubahsuai adat Melayu supaya bersesuaian dengan agama Islam.
Proses ini dapat dilihat dalam pelbagai versi undang-undang di Tanah Melayu
antaranya Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Pahang dan Undang-undang Johor.
4.1 Melaka
Sultan
Melaka yang pertama iaitu Parameswara selepas menganut agama Islam telah
menerima pakai undang-undang Islam sebagai undang-undang Negara. Undang-undang
Melaka terbahagi kepada dua iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut
Melaka yang diandaikan ditulis pada tahun 1444 masihi. Berdasarkan kajian yang
dibuat oleh Liow York Fang, beliau mendakwa bahawa Undang-undang Laut Melaka
telah digubal pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah dan telah
disempurnakan pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, iaitu sewaktu zaman
keemasan kesultanan Melaka. Bahagian undang-undang Islam mungkin telah disusun
selepasnya.5
Undang-undang Melaka yang asal iaitu
bermula dari fasal 1-23.1 telah terdapat pengaruh Islam yang menunjukkan bahawa
telah ada pengaruh Islam yang menyerap masuk dalam kehidupan orang Melayu pada
ketika itu. Oleh itu, kita dapat melihat penyusunan penulisan hokum selepas
meletakkan hukuman tempatan, penulis juga akan meletakkan penilaian berdasarkan
hokum Islam (Law Of God). Contohnya ialah pada fasal14.2 bersabit dengan
tuduhan dan pembunuhan kepada seseorang pesalah. Hokum Kanun Melaka
memperuntukkan bahawa:
“Adapun jikalau menuduh orang
mengambil isteri orang, maka menang yang dituduh itu, dibunuh orang yang menuduh
itu, sebab hokum mengambil isteri orang itu mati hukumnya. Jikalau tiada
dibunuh, didenda sepuluh tahil sepaha. Di dalam pada iu syafa’at segala hakim
juga, sebab mati hukumnya mati. Adapun pada hokum Allah tiada demikian, hanya
disuruhkan hakim bersumpah atas bertaubat daripada perbuatan itu. Demikianlah
hokum Allah.”
Selain itu setelah pengislaman raja
Melaka, Melaka telah mejadi pusat perkembangan Islam. Kadi dan ahli agama
diangkat martabatnya. Ramai rakyat Melaka yang keluar untuk menjalankan aktiviti
dakwah dan ramai pula yang bertumpu di Melaka bagi menuntut ilmu. Tidak boleh
diragukan lagi bahawa semasa zaman kegemilangannya Melaka telah menjadi pusat
perkembangan Islam.
Bagi melihat dengan lebih jelas
kedudukan undang-undang Islam dalam pentadbiran Melaka kita boleh meneliti
beberapa bab yang berkaitan dengan perkahwinan, urusniaga atau ekonomi, dan
yang berkaitan dengan jenayah.
a) Undang-undang
perkahwinan
Fasal
25.1 menyentuh tentang orang yang boleh bertindak sebagai pihak penjaga dalam
perkahwinan sorang wanita, serta umur beliau, bersabit dengan soal keizinan.
Fasal 27 rukun-rukun yang boleh dipakai untuk
khiyar iaitu kedua-dua pihak lelaki atau perempuan boleh menggunakan hak mereka
untuk memilih dan membatalkan kontrak perkahwinan jika terdaat sebarang
kecacatan. 6
b) Undang-undang
urusniaga dan ekonomi.
Fasal
30 menyentuh undang-undang tentang penjualan dan laranan terhadap riba (usury)
dalam urusniaga.
Fasal
31.2 menyenu tentang pengembalian barangan yang telah dibeli disebabkan
barangan berkenaan telah pun rosak di tangan pihak penjual
Fasal
32.3 dan 34.4 rukun-rukun mengenai penjaminan dan pinjaman.7
c) Undang-undang
jenayah
Fasal
36 rukun-rukun mengenai murtad
Fasal
39 rukun-rukun mengenai pembunuhan (qisas)
Fasal
40 rukun-rukun mengenai persetubuhan uar nikah (zina)
Fasal
41 rukun-rukun mengenai slander
Fasal
42 rukun-rukun mengenai minuman keras.8
4.2 Pahang
Selain
Melaka, Islam di Tanah Melayu juga telah disebarkan secara meluas. Ia dapat
dilihat melalui undang-undng yang telah di amalkan. Antaranya ialah melalui
undang-undang Pahang. Undang-undang ini telah disusun semasa pemerintahan
Sultan Abdulghafur Muhaiyuddin Shah (1592-1614).9 Penggubalan undang-undang ini adalah dibaah
pengaruh undang-undang Melaka.
Dari segi kandungannya pula,
undang-undang Pahang mempunyi lebih banyak bab berbanding undang-undang Melaka.
Walaupun masih terdapat pengaruh adat melayu di dalamnya, tetapi berbanding
dengan undang-undang Melaka , undang-undang Pahang ini mengandungi lebih banyak
pengaruh Islam di dalamnya. Hal ini berkemungkinan kerana undang-undang Melaka
disusun ketika Islam masih belum bertapak dengan kuat di Tanah Melayu manakala
undang-undang pPahang pula ditulis setelah berkembangnya pengaruh Islam dan
Islam telah diamalkandengan begitu mendalam sekali di Tanah Melayu. 0
Sebagaiman undang-undang Melaka,
undang-undang Islam yang terkandung dalam undang-undang Pahang juga dapat
dibahagikan kepada beberapa bahagian.
a) Ekonomi
dan urusniaga
Bab
24 menyentuh tentang urusniaga mengikut undang-undang dan kesalahan mengambil
keuntungan daripada banyak faedah.
Bab
26 rukun-rukun mengenai pengambilan barangan yang rosak kepada penjual dengan
syarat-syart tertentu.
Bab
27 rukun-rukun mengenai cagaran yang wajib diberikan terhadap sesuatu hutang,
yang juga meliputi bankrap.
Bab
35 menyentuh mengenai penualan dusun.11
b) Testimoni
dan persaksian
Bab
40 jenis-jenis testimoni dan sifat-sifatnya.
Bab
63 rukun-rukun mengenai persaksian dalam Islam dan ciri-cirinya
Bab
64 rukun-rukun mengenai kedudukan hamba dan tuannya tau bekas tuannya.
Bab
65 hukum ta’zir terhadap saksi yang berbohog. Ia juga menyentuh
rukun-rukunmengenai prosedur untuk hakim.
c) Undang-undang
Jenayah dan denda.
Bab
46-47 rukun-rukun berkenan dengan qisas dalam kes yang mengkibatkan
kematian.
Bab
48 rukun-rukun yang bersabit dengan kesalahan jenayah yang dinyatakan dalam
fasal 46, 47 dan 49.
Bab
49 rukun-rukun mengenai persetubuhan di luar nikah dan hukumnnya.
Bab
51 rukun-rukun mengenai denda terhadap perbuatan fitnah.
d) Obligasi
atau kewajipan asasi keagamaan
Bab
58 rukun-rukun mengenai sesiapa yang tidak mmbayar zakat dan tanggugjawab
terhadap golongan miskin.
Bab
60 rukun-rukun mengenai sesiapa yang meeninggalkan solat.
Bab
61 rukun-rukun mengenai perang jihad.
4.3 Johor
Johor
telah menerima pengaruh Islam sejak kedatangan pedagang-pedagang Arab ke
Nusantara pada abad ke-9 Masihi lagi dan telah diIslmkan secara rasminya oleh
kerajaan Islam Melaka pada abad ke 14
Masihi. Walaubagaimanapun Johor juga ernah diIslamkan oleh kerajaan
Islam Samudera-Pasai semasa Johor berada dibawah kekuasaannya. Bagi
membuktikanbahawa Islam telah sampai ke Johor pada waktu-waktu yang awal dapat
dilihat melalui penemuan inskripsi batu nisan kubur Sultan Alauddin Riayat
Shah, inskripsi batu nisan kubur Sultan Sulaiman Shah dan inskripsi duit
syiling. Inskripsi ini bertulisan arab antaranya bermaksud:
“Tiada Tuhan melainkan Allah. Ini
adalah kubur yang bercahaya al-Marhum Sultan Alauddin ibn Sultan Mansur Shah
ibn Sultan Muzaffar Shah (disejahterakan Allah wahai Marhum yang tinggi lagi
bersih). Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim Allah tiada tuhan melainkan Dia Yang
Hidup kekal lagi terus menerus menguruskan makhlukNya, tiada mengantok dan
tiada tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat
memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya Allah mengetahui apa yang di
hadapan dan di belakang mereka,……”
Melalui terjemahan inskripsi yang
ditemui ini dapatlah kita katakan bahawa Islam telah samai ke Johor sejak
sebelum tahun 1488 Masihi lagi.13 Selain itu kita juga dapat melihat
penggunaan undang-undang Islam dalam perundangan negeri Johor yang disematkan
di dalam Majalah Ahkam Johor. Terdpat enam belas kitab yang menyentuh mengenai
undang-undaang sivil Islam bagi kerajaan
negeri Johor 1331 hijrah atau 1913 masihi. Antaranya ialah:
- Kitab
pertama: jual beli
- Kitad
kedua: sewa dan upah serta gaji
- Kitab
ketiga: kafalah atau tanggungan (menghimpunkan satu tanggungan kepada satu
tanggungan pada menuntut akan sesuatu, yakni menghimpunkan oleh seseorang
akan tanggungannya kepada tanggungan orang lain dan melazimkan pula bleh
dituntut hak yang ditanggung itu).111
- Kitab
keempat: hiwalah ( memindahkan hutang daripada satu tanggungan lain)
Kesemua
kitab ini mempunyai pendahuluan yang menyentuh tentang persoalan fiqh. Ini menunjukkan
penggunaan undang-undang Islam dalam sistem perundangan negeri Johor.
4.4
Negeri
Semenanjung Tanah Melayu yang Lain
Di
Kedah terdapat undang-undang Kedah. Peruntukan undang-undang Dato’ Sri Paduka
Tuan (1667 s.m) yang berkait dengan undang-undang Islam menyebut bahawa:
a) Pencuri,
perompak, penyabung ayam, pengedar candu, penjudi, pemuja pokok dan batu,
pemabuk, segala perbuatan terebut adalah bertentangan dengan perintah Allah dan
mesti dilaorkan oleh penduduk kampung kepada penghulu (kweng). Kegagalan brbuat
demikian boleh dikenakan denda.
b) Penghuu
hendaklah mengarahkan penduduk kampong mematuhi sembahyang lima waktu, puasa
dan sembahyang Jumaat. Sesiapa yang engkar hendaklah dibawa ke masjid dan
dihukum dengan meletakkan telur kuning disekeliling lehernya
c) Pemiik
tanah hendaklah membayar zakat.
Di
Kelantan seperti yang berlaku di negeri-negeri lain sebelum campur tangan
penjajah Inggeris, raja-raja memainkan peranan utama dalam bidang perundangan.
Dalam abad kesembilan belas W.R. Roff mencatatkan, terdapat bukti yang
menunjukkan bahawa pada sekitar tahun 1830-an dan kemungkinan pada tahun-tahun
yang lebih awal telah ada jawatan mufti negeri dan jawatan hakim di Kota Bharu.
Bidang kuasa mufti lebih
tertumpu kepada soal-soal kehakiman
daripada khidmat nasihat dalam Mahkamah Syariah yang sebahagian besarnya
merujuk kepada undang-undang diri orang Islam (khususnya menyentuh soal
perkahwinan, perceraian dan pengurusan harta). Ia juga mempunyai bidang kuasa
di dalam soal-soal yang behubug dengan pelanggaran tatasusila undang-undang
moral dan perkara yang berhubung dengan
amal ibadat: manakala bidang kuasa pihak yang kedua sebagai hakim. Bidang
kuasanya bertumpu kepada mahkamah jenayah iaitu gabungan di antara
Undang-undang Islam dengan Undang-undang Adat Melayu.14
5.0
KEMASUKAN UNDANG-UNDANG INGGERIS
Tanah
Melayu telah dijajah selama lebih 500 tahun oleh penjajah Portugis, Belanda,
Inggeris dan Jepun. Dalam tempoh tersebut, boleh dikatakan setiap penjajah
tersebut telah membawa masuk undang-undang mereka. Walaubagaimanapun kesan
kedatangan para penjajah berkenaan ke atas kedudukan undang-undang Islam jelas
berbeza antara satu sama lain. Walaupun telah menjajah Melaka lebih daripada
100 tahun, penjajah Portugis tidak banyak mengganggu kedudukan undang-undang
Islam di kalangan para penganutnya. Undang-undang yang diperkenalkan hanya
terpakai ke atas orang-orang Portugis sahaja, sedangkan ke atas
penganut-penganut agama lain termasuk Islamdiserahkan sahaja kepada ketua-ketua
agama mereka. Hal yang sama juga telah dilakukan oleh penjajah Belanda.
Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu
telah memberi impak yang besar terhadap masyarakat pada ketika itu dan
khususnya umat Islam. Apa yang dilakukan oleh penjajah Inggeris amat berbeza
sekali dengan apa yang dilakukan oleh penjajah Portugis dan Belanda.15 Kemasukan
pengaruh undang-undang Inggeris dalam pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu
dan perluasan tanah jajahannya, maka pengaruh undang-undang Inggeris juga turut
berkembang sehingga ia berjaya mengeneikan undang-undang Islam dan adat yang
merupakan undang-undang dasar sebelum kedatangan mereka.16 Cara
penyerapan undang-undang Inggeris boleh dilihat melalui tiga wilayah yang
berasingan iaitu Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan
Negeri-negeri Melayu Tidak Berekutu dan Negeri-negeri Borneo (Sabah dan
Sarawak).
5.1 Negeri-negeri Selat
5.1.1 Pulau Pinang
Campur
tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula di Pulau Pinang pada tahun 1786 setelah
Pulau Pinang diserahkan oleh Sultan Kedah kepada Inggeris melalui ketunya
Francis Light. Ia adalah balasan bantuan ketenteraan oleh Inggeris kepada Kedah
yang takut akan serangan dari Siam dan Burma. Hal ini telah menjadi asas kepada
campur tangan Inggeris di Tanah Melayu. Pada masa kedatangan Inggeris, mereka mendakwa
tiada undang-undang yang dikuatkuasakan di Pulau Pinang. Dalam kes Fatimah
vs Logan, Hackett J berkata (maksudnya)17
“Pada tahun 1786 Pulau Pinang
adalah sebuah pulau yangseperti padang pasir dan tidak diusahakan, tidak ada
penduduk kecuali beberapa orang nelayan tanpa sebarang institusi yang tetap.”
Maka atas dasar itu, Inggeris telah
memperkenalkan Piagam Keadilan Pertama padaa tahun 1807. Sejajar dengan
pengenalan piagam ini, mahkamah-mahkamah Inggeris telah ditubuhkan di Pulau
Pinang dengan ketetapan ia akan menguatkuasakan Undang-undang Inggeris seperti
mana yang terdapat pada tahun 1807.18
Tidak cukup dengan Piagam Keadilan
Pertama, Inggeris telah memperkenalkan Piagam Keadilan Kedua pada tahun 1826 di
Melaka dan Singgapura.19 Ia bertujuan untuk meluaskan lagi pengaruh
undang-undang Inggeris di Tanah Melayu. Pada tahun 1855 pula, Piagam Ketiga
telah diperkenalkan di seluruh Negeri-negeri Selat. Piagam ini hanyalah
bertujuan untuk menyusun semula struktur mahkamah yang sedia ada. Secara umumnya
semua piagam ini adalah bertujan untuk mengangkat taraf undang-undang Inggeris
dan menyisihkan sedikit demi sedikit undang-undang Islam yang dulunya diiktraf
sebagai lex loci.
Ini dapat dilihat dalam kes In
the Goods of Abdulah. Dalam kes ini, isu yang timbil ialah bolehkah seorang
muslim yang meninggal dunia di Pulau Pinang memberikan keseluruhan hartanya
dengan cara wasiat? Menurut huum Islam, seseorang itu hanya boleh berwasiat
dengantidak melebihi 1/3 daripada hartanya. Mahkamah berpegang dengan keputusan
dalam kes Rodyk &Ors vs Williamson & Ors. dengan menggunakan
undang-undang Inggeris, wasiat itu sah. Keputusan mahkamah itu secara tidak
langsung telah mengiktiraf undang-undang Inggeris walaupun ia bercanggah dengan
undang-undang Islam.
Hal yang sama juga berlaku dalam kes
Fatimah & Ors. vs ogan & Ors.20 Dalam kes inj, seorang lelaki muslim telah
meninggal dunia di Pulau Pinang dan telah meninggalkan wasiat. Isunya ialah
undang-undang apakah yang harus digunakan untuk mengesahkan kesahihan wasiat
itu. Peguam bagi plaintif telah berhujah bahawa undang-undang Islam harus
digunapakai. Mahkamah berpegang dengan keputusan bahawa sejak undang-undang
Inggeris telah menjadi undang-undang tempatan di Pulau Pinang, maka
undang-undang yang terpakai adalah undang-undang Inggeris.
5.1.2
Melaka dan Singapura
Di
Melaka, sesudah mengambil kembali negeri itu daripada Belanda melalui
perjanjian Inggeris Belanda pada tahun 1824, usaha-usaha untuk melaksanakan
undang-undang Inggeris segera dilakukan.21 sebagai kemuncak kepada
usaha-usahaa perlaksanaan undang-undang Inggeris di Melaka dan Singapura ini,
Piagam Keadilan Kedua telah diisytiharkan pada tahun 1826 iaitu bersempena
dengan penubuhan Negeri-negeri Selat. Piagam kedua ini mengandungi peruntukan
yang sama seperti yang terdapat dalam piagam pertama dahulu dan telah dianggap
telah membawa undang-undang Inggeris seperti yang terdapat dalam tahun 1826. Berdasarkan
kepada piagam tersebut, sebuah mahkamah telah ditubuhkan dengan ketetapan
bahawa undang-undang Inggeris sebagaimana yang terdapat pada tahun 1826.
Dengan pengisytiharan Piagam
Keadilan Kedua ini, Inggeris telah memperuntukkan dengan secara rasmi bahawa
common low dan prinsip ekuiti yang berkuatkuasa di England hendaklah diamalkan
di negeri-negeri Selat. Undang-undang
Inggeris juga akan terpakai jika ia tidak bertentangan dengan adat
tempatan dan agama Islam. Walaupun telah digariskan bahawa undang-undang
Inggeris akan terpakai, namun dalam beberapa kes ia masih lagi tertakluk kepada
sistem masyarakat tempatan.
Kenyataan ini dijelaskan lagi dalam
kes Sahrip vs Mitchell & Anor.22 Berdasarkan
undang-undang Melaka, apabila sultan menjadi pemilik kepada tanah, setiap
rakyat memiliki hak mutlak untuk menghapuskan dan menduduki hutan dn tanah
terbiar, sesuai dengan bayaran sepersepuluh dari hasil tanah kepada sultan.
Adat ini diakui oleh penjajah Portugis dan Belanda, dan ketika undang-undang
Inggeris diperkenalkan ke negeri-negeri Selat melalui Piagam Keadilan,
undang-undang Inggeris telah menggantikan undang-undang Islam dan adat ini.
Plaintif telah membawa satu tindakn
defenden, menyatakkan bahawa defenden telah membuat keputusan yang bercanggah
dengan undang-undang menghalangnya dari tanahnya. Menghalaunya dari tanahnya.
Defennden berhujah bahawa plaintif telah dihalau dari tanahya mengikut
peruntukan undang-undang yang sah kerana dia gagal mendaftarkan geran tanahnya
tanahnya sepertimana yang dikehendaki oleh peruntukan undang-undang Inggeris.
Mahkamah memutuskan berdasarkan undang-undang adat Melaka, plaintif merupakan
pemilik sah kepada tanah terebut. Keputusan itu jelas membuktikan bahawa
undang-undang Islam masih lagi berpengaruh walaupun undang-undang Inggeris
diperkenalkan.
5.2 Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Pengaruh
undang-undang Inggeris di Negeri-negeri Melayu Bersekutu adalah bertitik tolak
daripada Perjanjian Pangkor 1874. Antara intipati perjanjian itu ialah
penerimaan raja-raja Melayu terhada seorang penasihat Inggeris yang dipanggil
residen. Residen berfungsi sebagi penasihat kepada kerajaan dalam hal-hal
pentadbiran kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat
Melayu.
Di Negeri-negeri Melayu Bersekutu,
sebelum campur tangan Inggeris, pentadbiran undang-undang di setiap negeri
termasuklah hal ehwal orang Islam terletak di bahu Raja-raja Melayu.
Undang-undang yang terpakai pula adalah undang-undang yang berasakan hokum
syarak dan adat seperti Adat Temenggung dan Adat Perpatih..
Prinsip perjanjian yang sama juga
termetrai di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Seterusnya pada tahun 1895,
keempat-empat negeri ini disatukan menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu
supaya negeri-negeri ini boleh ditadbir di bawah satu sistem pentadbiran.
Secara dasarnya, boleeh dikatakan bahawa penerimaan Residen di negeri-negeri
ini adalah berpunca daripada kekacauan politik yang berlaku. Untuk
menyelesaikannya, Sutan terpaksa meminta bantuan daripada pihak Inggeris.
Beberapa tahun selepas berlakunya
perjanjian atau triti ini, penjajah Inggeris mula menubuhkan Majlis Mesyuarat
Negeri yang terdiri daripada raja dan pembesar-pembesar Melayu di negeri-negeri
berkenaan dan turut disertai oleh orang-orang Inggeris sendiri. Majlis
Mesyuarat Negeri ini digunakan untuk membuat undang-undang negeri mengikut cara
Inggeris.
Di samping itu, Inggeris juga telah
menubuhkan mahkamah-mahkamah di negeri-negeri berkenaan mengikut sistem
kehakiman di Negeri-negeri Selatdengan sedikit sebanyak penyesuaian dengan
mahkmah-mahkamah tempatan. Hakim-hakim bagi mahkamah ini kebanyakannya terdiri
daripada orang-orang Inggeris sendiri denan dibantu oleh beberapa pembesar
Melayu.
Pada tahun 1937, satu enakmen yang
dikenali sebagai Enakmen Undang-undang Sivil 1937 telah digubal sebagai satu
statut untuk memperkenalkan undang-undang Inggeris ke Negeri-negeri Melayu
secara rasminya telah menerima undang-undang Inggeris. Walaubagaimanapun,
pemakaiannya tidaklah secar menyeluruh. Ia masih lagi memberi ruang kepada
undang-undang tematan untuk bernafas. Ini membuktikan dengan beberapa kes yang
perlu diputuskan.
Dalam kes Rahmah binti Taat vs
Laton binti Laton Satan23. Mahkamh memutuskan bahawa
undang-undang Islam bukanlah undang-undang asing, tetapi undang-undang
tempatan. Mahkamah mesti mengambil perhatian kepada undang-undang ini dan
mengisytiharkannya.
Penghakiman dalam kes Shaik Abdul
Latif & Ors vs Shaik Elias Bux24. Menguatkan lagi kenyataan
ini. Edmunds, JC dalam penghakimannya mengakui bahawa undang-undang yang
terpakai kepada orang Melayu di Negeri-negeri Melayu Bersekutu sbelum
kedatangan Inggeris adalah undang-undang Islam yang disesuaikan denagn adat
Melayu. Kedua-dua kes ini jelas menunjukkan masih wujud pengiktirafan Inggeris
terhadap undang-undang tempatan.
5.3 Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Terdaat
lima buah negeri di Negeri-negeri Meelayu Tidak Bersekutu, empat daripadanya
adalah jajahan Siam iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Johor
diiktiraf oleh Inggeris sebagai negeri yag merdek pada tahun 1885 dan dalam
tahun1914 menerima eorang penasihat Inggeris.25
Oleh
kerana Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu adalah negeri-negeri lindungan
Inggeris, maka kedudukan negeri-negeri ini adalah berbeza daripada
Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Oleh yang demikian, undang-undang Inggeris
tidak diterima dalam sistem mereka. Negeri-negeri ini tidak pernah secara formal
menerima undang-undang Inggeris ke negeri mereka walaupun Enakmen Undang-undang
Sivil Negeri-negeri Melayu Bersekutu dilanjutkan ke negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu menerima undang-undang Inggeris secara tidak formal kerana kebanyakan
undang-undang yang diluluskan berlandaskan undang-undang Inggeris dan hakim
juga adalah hakim yang terlatih di England.
Satu hakikat yang tidak dapat
dinafikan adalah negeri-negeri ini adalah bebas dan ditadbir di bawah raja yang
berdaulat. Kedudukan ini sama sekali berbeza dengan apa yang berlaku di
negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Akan tetapi persoalan
yang timbul, adakah benar Inggeris tidak campur tangan dalam hal ehwal agama
Islam dan adat istiadat Melayu? Memang pada peringkat permulaanya undang-undang
Islam di negeri-negeri ini tidak diganggu, namun ianya tidak diberi perhatian
kepada lacuna yang wujud dalam undang-undang tempatan, termasuklah
undang-undang Islam akibat daripada perubahan masyarakat yang timbul kerana
perlindungan dan pengaruh daripada Inggeris.
Akibatnya, undang-undang Islam telah
berjaya disempitkan sehingga ia hanya dipakai dalam bidang kekeluargaan sahaja
dengan mewujudkan undang-undang khusus bagi pentadbiran hokum Islam,
menyempitkan bidangkuasa institusi-institusi pengadilan Islam dan sebagainya.
6.0 KESIMPULAN
Melalui
setiap penilaian yang telah dijalankan dapatlah diperhatikan bahawa
undang-undang yang digunakan di Tanah Melayu adalah undang-undang adat dan
undang-undang Islam yang kemudiannya telah disesuaikan dengan undang-undang
adat di Tanah Melayu. Namun begitu kedatangan penjajah Inggeris ke Tanah Melayu
telah menyebabkan pemakaian undang-undang Islam ini terbatas kepada beberapa
perkara sahaja antaranya hal ehwal kekeluargaan dan beberapa peraturan yang
lain. Namun begitu pemakaian undang-undang Inggeris ini adalah secara tidak
konsisten. Hal ini demikian kerana terdapat setengah kes hakim mengiktiraf
undang-undang tempatan dan sesetengah kes adalah sebaiknya.
Pemakaian undang-undang Inggeris di
negeri-negeri selat telah meminggirkan undang-undang Islam melalui pengenalan
Piagam Keadilan Pertama, Kedua dan Ketiga. Pigam ini secara jelas
mengisytiharkan penerimaan undang-undang Inggeris secara menyeluruh di negeri
yang dikuasai oleh Inggeris itu. Natijahnya, penguatkuasaan undang-undang Islam
yang sedia terpakai terutamanya di Melaka telah terhapus dan diganti dengan
undang-undang Inggeris.
Sebaliknya di Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu, penyisihan undang-undang Islam dilakukan dengan cara yang
lebih licik iaitu dengan memisahkan hal ehwal agama dengan urusan kehidupan
yang lain. Melalui sistem Residen, sultan dikehendaki menerima nasihat Residen
dalam semua hal kecuali dalam soal hal ehwal agama Islam dan adat istiadat
Melayu. Pengertian agama Islam tlh disempitkan dengan hanya mengfokuskan kepada
urusan ibadat, perkahwinan, perwarisan dan beberapa perkara yang termasuk dalam
kategori undng-undang peribadi. Sementara dalam urusan jenayah, pentadbiran
negeri, pecukaian dan lain-lain terletak di bawah bidangkuasa undang-undang
Inggeris yang merujuk kepada common low dan ekuiti serta statut-statut
berkaitan.
Hal yang sama juga berlaku di
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Undang-undang Islam telah dihadkan
skopnya kepada undang-undang diri yang terpakai kepada orang Islam dengan cara
mewujudkan beberapa peruntukan undang-undang berkaitan.
RUJUKAN
1. Abd
Jalil Borham. 2002. Pentadbiran Undang-undang Islam Negeri Johor. Johor
: Universiti Teknologi Malaysia.
2. Abd
Jalil Borham. 2002. Majalah Ahkam Undang-undang Sivil Islam Kerajaan Negeri
Johor 331h/1913m. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
3. Abdul
Kadir bin Haji Muhammad. 1996. Sejarah Penulisan Undang-undang Islam di
Malaysia. Kula Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Ahmad
Ibrahim & Ahilemah Joned. 2007. Sistem Undang-undang di Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
5. Hamid
Jusoh. 1992. Kedudukan Undang-undang Islam Dalam Perlembagaan Malaysia,
Suatu Rujukan Khas Terhadap Kes-Kes Konvensi Dalam Undang-undang Keluarga.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Liaw
Yock Fang. 1976. Undang-undang Melaka, The Hague-Martimus Nijhoff.
Singapura: Netherlands Ministry og Education and Lee Faundation.
7. Mahmood
Zuhdi Abd Majid. 1997. Pengenalan Undang-undang Islam di Malaysia. Kuala
Lumpur : Universiti Malaya.
8. Mahmud
Saedon A.Othman. 1996. Institusi Pentadbiran Undang-undang dan Kehaakiman
Islam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Noor
Aziah Mohd Awal 2010 Pengenalan Kepada Sistem Perundangan di Malaysia.
Selangor: International Law Book Servise.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadampastu
Padam