Rabu, 17 Disember 2014

antara yang memberi dan terus meminta

jika ingin dibandingkan kehidupan dahulu dengan sekarang, rasanya sekarang lebih mendedahkan diri.. bukan lah mendedahkan diri dalam erti kata terdedah auratnya atau lebih seksi dari dahulu.. mendedahkan diri kepada manusia.. pada awalnya agak kekok juga untukmenyesuaikan diri dengan perubahan ini.. maklumlah, biasanya hanya terperap sahaja dekat rumah.. memanglah belajar agak jauh dari rumah.. tapi bolehlah dikatakan tidak bergaul sangat.. kerana bukan ramai pon kawan masa belajar dulu..

bila sudah mula menjinakkan diri dalam kalangan masyarakat ini, barulah disedari betapa komplikatednya seorang manusia, dari cara berfikir, mempromosikan diri dan memanipulasi ekonomi.. bermula dengan "berkata benar walaupun pahit." tetapi masih ada yang beranggapan bahawa sebenarnya menipu itu adalah lebih baik bagi menjaga kepentingan pihak-pihak yang terlibat.. namun penipuan hanya akan diteruskan dengan penipuan.. malah jika perkara sebenar terbongkar, ia akan lebih rumit..



bermula dengan "orang yang memberi lebih baik dari yang menerima." dan "biar papa asal bergaya." maka ada yang sanggup meminta hanya untuk bergaya, maka ada yang memberi hanya kerana ada yang sanggup meminta.. yang memberi bukan ingin nama,tidak juga minta dipuja, tapi yang pasti yang meminta terus meminta, bukan kerana suka-suka adakala sememangnya terpaksa.. tapi ada juga yang terus meminta kerana lebih mudah meminta, menganggap meminta juga adalah suatu usaha..

adakah mereka yang meminta, akan terus meminta sekiranya apa yang dipinta diperoleh semudah mulut menutur kata?

Selasa, 11 November 2014

sejauh mana manusia boleh jadi JAHAT

beberapa hari ini badan dan otak terlalu penat memikirkan kerenah manusia.. beberapa hari ker, mungkin sudah berminggu.. 

 bukanlah ini kali pertama aku berjumpa, atau mungkin lebih tepat berurusan dengan orang emm secara mudahnya kita panggil JAHAT.. ada banyak bentuk jahat dalam hidup manusia.. mungkin kerana sifat tamakknya, mungkin kerana nafsunya, mungkin kerana cetek akalnya..

aku tak tahulah apa kategori aku nak letak 'dia' ni.. ibarat makan nasi kongsi lauk ikan, tapi 'dia' makan ikan aku makan tulang.. macam mana seseorang yang diberikan pertolongan dapat belot dan tikam belakang habis-habisan.. xpernahkah dia terfikir perbuatan dia tu salah.. yang paling aku xtahan, sebelom berkongsi ikan tu sempat la dia menjual kebaikan dirinya, mengangkat diri.. mungkin lebih dari apa yang sebenarnya..



malah pernah juga dia bersikap terlalu lebai, bercerita soal keberkatan dan halal haram, duit tak berkat bagi anak isteri makan.. lalu kemudiaanya dia sendiri dengan beraninya melakukan segala yang dikatakan tidak berkat itu.. aku tak suka cara dia menjaja diri dan agama.. entah kenapa.. seolah-olah agama itu barang dagangan sedangkan apa yang penting adalah amal..

arghh hari-hari mendatang pasti terasa sesak dan penat apabila aku dan yang lainnya harus menyuci taik-taik yang telah dia palitkan.. aku tahu sekarang rancak benar dia menjaja cerita, cerita aku yang menhumban dia dalam tangki najis.. biarlah.. mungkin ada yang akan percaya, tapi aku pasti ramai yang xkan percaya..

ahhh aku pun dah rancak mencaci dan sebut yang bukan-bukan.. aaaaaaaaa stress.. ampunkanlah aku ya Allah tenangkan lah hati aku yang resah.. siapa sangka, bukan,,, xpernah aku sangka manusia boleh jadi sejahat itu dan sekeji itu...

memetik kata-kata kawan aku yang aku panggil abg long "Terbitnya kebaikan dari keburukkan dan terbitnya amalan dari ilmu pengatahuan." aku tak berapa nak faham.. mungkin setelah aku bertenang aku akan nampak kebaikan dia dari setiap keburukan yang dia telah lakukan. mungkin..

aku nak tido.. assalamualaikum

Isnin, 20 Oktober 2014

cinta gadis machang dan jejaka melor..

asalamualaikum guys n girls.. aku busy sikit sejak dua menjak ni.. jadinya aku tiada masa la nak mengupdate blog.. nak menulis status di fb pon liat ni kan pulak blog.. jdi time2 otak aku tak berapa nak kusut ni aku sempat la menyelak gambar2 semasa majlis perkahminan seorang sahabat..

benarlah jodoh itu rahsia Allah.. masa budak-budak dulu time hati tengah miang nak bercinta, kita ikutkan saja.. dan seiring dengan tu kita harap ini cinta pertama dan akhir.. lalu clash.. kita kata xdr jodoh.. apa nak buat.. jumpa pula jejaka ke dua.. kau bukan cinta pertama tapi harapnya cinta terakhir.. xsempat juga ke jinjang pelamin.. xder jodoh juga katanya.. 

entah dari mana datangnya semua jejaka tadi kan.. hahaha ape kes melalut ni... xdr la... aku nak story perbualan kami sebelom gadis machang ni kahwin dan tengah edar kad..

P : aku ni bila la nak kahwin.. orang lain senang2 jer kahwin.. member sekolah dulu pon ramai dah kahwin.. dan ramai jugak yang dah ada anak..

GM : sape kata senang nak kahwin..

P : entah.. xder sape kot, nampak macam senang jer.. kau pon dah nak kahwin kan.. susah ker..

GM : susah la jugak.. banyak betol dugaan bila dah buat keputusan nak kahwin..

P : dugaan?

GM : yer, keluarga belah aku, duit, masa.. banyak la.. penat nak cerita..

P : aku nak tanya ni, macam mana kau leh buat keputusan nak kahwin.. mana kau tahu dia jodoh kau..

GM : entahla. bila sampai masanya kau sendiri akan tahu. kau kena la fikir, kalau kau dah ada pasangan adakah dia akan leh masuk dengan famli kau.. dan adakah kau sendiri akan ok untuk duduk dalam famli dia.. kalau tak, maknanya hari mendatang akan susah la sikit.. akan ada kejanggalan.. jadi takkan la nak go on jugak... macam tu la lebih kurang.. payah jugk nak fikir.. ambil masa jugak..

P : ooo.. macam tu ker...

ringkasnya, perkahwinan itu penyatuan antara dua keluarga, bukn sahaja dua jiwa yang saling menyinta.. akan aku igat nasihat member aku ni untuk jadi panduan.. anyway nak sambung kerja.. jadi kata2 akhir aku, semoga perkahwinan yang terbina akan kekal utuh dalam rasa cinta, kasih sesama pasangan hingga ketua dan berada dalam limpah rahmat Tuhan yang juga Maha Mencinta... good luck guys..

lots of love muah muah muah


Isnin, 13 Oktober 2014

memenuhi jemputan *__*

assalamualaikum.. memandangkan kebizian tuan puya blog, makanya lama sudahlah tak terupdate blog ni... yang tengah nak update n masih dalam proses tulis ni pon cerita dah makan bulan dah usianya.. soryla agak malas nak online dan menaip.. tak der wktu dan masa jugak (lain ker dua tu)  ..

dalam keadaan kerja x berapa nak makan gaji ni.. maklumla kerja sendiri, boleh la aku melangkan masa sikit memenuhi undangan perkahwinan sahabat.. alhamdulillah dah makin ramai yang bertemu jodoh.. aku??? korang tak yah nak tanya la...


well perjalanan kami ke rumah pengantin (yg lelaki kawan kami) bermula dengan berkumpul di rumah salah seorang sahabat.. almaklumla jalan ke rumah pengantin ni agak sulit.. kami si gadis tak berani nak drive.. jadi terpaksa la menunggu si teruna datang menjemput.. ahhhacks..

tapi sangat la lama menunggu.. kaedahnya yang teruna make up lebih lama kot.. huhu entahla.. tunggu punya tunggu sampai lapa sangat dah sensorang.. n bila kitaorang sampai kita terusla makan.. orang pon dah xramai.. sebab dah ptg sangat kot.. kot la...

kami rasa kawan kami ni dapat isteri yang macam dia nak dan idamkan.. dia selalu mintak dalam doanya kot.. lagipon, Allah kan dah janji orang baik tu untuk orang baik... dah member aku ni memangla baik.. warak plak tu.. hahaha aku jer yang xmenurun perangai dia...

well sahabat, saya ucapkan semoga berbahgia ke anak cucu, dan kekal till jannah hendaknya.. harapnya perkahwinan yang terbina akan kekal dalam rasa cinta dan mahabbah.. always loving each other tau..

harapnya member lain yang entah bila nak kahwen (tak dalam kategori terdesak kot, sbb belom tua sangat lagi.. lalalala) akan dapat jodoh yang baik juga.. aminnn.. sesapa nak kahwin tu jemput2 la... insyaAllah kalau tiada aral aku pergi..

ok.. thats all kot.. lots of love dari aku buat readers semua...

Rabu, 24 September 2014

diceramah free

hampir setiap hari juga aku dapat mendengar ceramah tak berbayar.. bagus la tu kan.. aku patut bersyukur rasanya.. yer la ada orang masih lagi nak nasihatkan aku.. yer dok...antara yang dibebelkan adalah pasal keberkatan dalam kerja.. yer la pasal klaim bagi orang2 yang boleh klaim.. klaim lebih daripada apa yang patut..

contohnya driver, kalau luar waktu pejabatkan dapat bayaran lebih.. andaikan pukul 6 ptg dah sampai tulis sampai pukul 7 ptg.. tak pun pasal penginapan ker, tiket perjalanan ker.. katanya menipu mcam tu selalu pon bukan boleh kaya.. sbb Allah tunjuk jer terus.. lagipun dengan duit yang tidak berkat tu memang la tidak ke mana.

persoalannya adakah yang berceramah tu macam tu?

bagi aku tak..

sekian..

Rabu, 17 September 2014

anak myanmar

disuatu pagi, ketika aku terlalu sibuk menguruskan hal-hal bertangguh yang sebenarnya perlu aku siapkan semalam, salah aku buat kerja bertangguh. tiba-tiba datang seorang anak perempuan kecil berpakaian blouse kuning lusuh seluar sukan, kain tudung kuning disarung ringkas. dia mengetuk pintu pejabatku seraya memberi salam. walaupun aku tidak pasti apa tujuannya, aku jemput jua dia masuk dan duduk di depan ku.

dia menghulurkan aku sekeping kertas yang sudah lusuh benar keadaannya. mungkin sudah sering sangat bertukar tangan. panjang juga apa yang tertulis disitu, aku baca secara ringkas sahaja. ketika aku meneliti tulisan di atas kertas itu, dia mengeluarkan beberapa barang dan menyusunnya di atas meja. antaranya kerongsang dan buku agama. aku hanya melihat dia dan merasa kesihan padanya. dia kelihatan kepenatan. mungkin sudah seharian berjalan. mungkin.


dia memberitahu aku bahawa dia ingin menjual apa yang telah disusunnya sebentar tadi dalam pelat yang aku tak pasti dari mana. aku memilih kerongsang sahaja, sambil aku bertanyakan asal usulnya. katanya dia dari myanmar dan datang ke sini dengan bus. tapi entah dari mana dia mula naik bus. aku tak pasti. aku hanya mengambil tiga biji kerongsang kecil, memandangkan tiada banyak pilihan.katanya lima ringgit. dia meminta aku mengambil tujuh dengan harga sepuluh ringgit, aku katakan aku tidak mampu. cukuplah dengan tiga sahaja. sebenarnya agak mahal kerana kebiasaannya bagi kerongsang sebegitu sepuluh biji dengan harga sepuluh ringgit.

setelah semua transaksi selesai, dia juga meminta derma. aku agak memprotes kerana merasakan dengan pembelian aku itu aku telah membantu. katanya itu perkara berbeza. malas hendak panjangkan cerita aku hulurkan juga. tak usahlah aku nyatakan berapa kerana itu urusan aku dan pencipta. aku iringi dia keluar. aku sempat melihat dia terus mengetuk pintu ke pintu. tiba-tiba aku merasa kasihan pada dirinya. mengapa dia sampai ke malaysia.

*      *      *     *     *

ada orang bertanya padaku kenapa aku layan juga budak itu, kerana pada ketika ini ramai yang menipu. secara ringkasnya aku kesihankan dia. dia masih kanak-kanak yang sepatutnya gembira bermain dengan teman seusianya, bukannya bekerja.. sekiranya di sebalik dia ada satu sendikit pemerdagangan manusia, aku bukan ingin membantu sendikit itu. tapi anak kecil itu. kerana sudah pasti dia akan dimarah kerana tidak berjaya mendapatkan derma dalam jumlah yang besar. mungkin kita kata itu hanya apa yang ada ditv sahaja. dalam gerak khas mungkin. dan sekiranya benar dia menipu bukannya aku mendermakan seribu ringgit. tidak sebanyak itu. jadi tidak mengapalah. kalau benar derma itu, maka adalah ganjarannya. jika tidak aku pasti Allah akan tunjukkan kuasanya.

bukanlah ingin mangatakan diri mulia, hanya ingin bercerita. anak myanmar yang datang dengan serba kekurangan memohon secebis ehsan. salahkah aku jika terlalu naif ingin membantu anak kecil itu kerana aku percaya dan aku tahu, bahawa di dalam harta kita terdapat bahagian orang lain jua. mungkin anak myanmar itu tidak bertuah seperti aku, tidak dapat belajar, bermain, bergembira dan sebagainya. semoga dipermudahkan urusannya.

Sabtu, 13 September 2014

salah

bismillahirahmanirahim
assalamualaikum..
kala jari cuba mencari butang2 pada keyboard, badan terasa sengal, kepenatan.. tapi harus juga aku luahkan apa yang telah terbuku dihati..

kita memang akan nampak salah orang dengan jelas walaupun salah tu hanya sebesar 0.01mm.. tapi amat sukar bagi kita nak tengok kesalahan sendiri yang sebesar 1juta kali ganda dari itu.. ini kan pula kesalahan pada saiz yang sama...

sekian terima kasih

Selasa, 9 September 2014

kerana nila setitik

pepatah kata, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. maksudnya kerana kesilapan dari sebilangan yang kecil akan merosakkan sebilangan yang besar.. contohnya, yang perangai buruk dalam keluarga tu abang dia jer.. tapi semua kaum keluarga dan suku puak yang kena..

jadi adilkah kalau kita meletakkan semua orang dalam satu kategori sedangkan bukan semuanya sebegitu.. adakah semua orang yang merokok itu jahat.. adakah semua lelaki yang berseluar pendk itu tidak solat.. adakah semua yang tidak berpelajaran itu bodoh.. adakah yang disyaki bersalah tapi tidak terbukti bersalah adalah orang yang bersalah..



ya... merokok itu bukanlah dalam kategori perbuatan yang baik, tapi adakah ia boleh dikatakan sebagai jahat.. jahat la jugak, merosakkan diri tu satu hal, merosakkan orang lain tu satu hal yang lain pulak.. oleh itu, kalau merokok itu jahat, maka ramailah di dalam dunia ini yang jahat..


memang la orang yang berseluar pendek itu tidak solat, sebab kalau dia nak bersolat dia pakai seluar panjang... apa daaa... huhu... tidaklah semua begitu mungkin dia bersolat tapi solat nya tidak sempurna.. solat yang sempurnakan boleh membimbing manusia ke arah Islam yang sebenar... entahlah.. mungkin la... mana boleh nak cakap semua benda yang ditulis ikut nafsu ni betol...

manusia bukan hanya dinilai kepandaiannya pada sekeping kertas yang kita belanjakan beribu ringgit malaysia setahun untuk dapatkannya.. kita mudah melafazkan bodoh pada orang ketika kita sedang marah, atau kita jumpa orang yang menjengkelkan.. masa kita nak lafaz tu sempatkah kita nak tanya dia belajar setinggi mana.. jadi kita juga akan dipanggil bodoh jika kita buat perkara bodoh..



jika diikutkan pada apa yang pernah dipelajari.. seseorang itu perlulah dianggap tidak bersalah selagimana tidak terbukti bersalah.. dan setiap manusia itu tidak bertanggungjawab pada apa yang dilakukan oleh orang lain..

terima kasih kerana sudi membaca bebelan aku..
sekian dari,
aku yang tengah emosi

mak buyung mnggnas di kuala krai

Assalamualaikum handsome guys and cute gurls semua.. semoga hari ini adalah hari yang ceria dan penuh dengan produktiviti.. ceeewwwahhh.. well hari jumaat lepas aku dan geng2 gegurl form 6 aku dulu dah buat satu gathering kecil2an… kitorang lepak2, ngumpat2, dan makan2.. nak kta lama tak jumpa, tak jugak… nak kata baru jumpa tak jugak.. tapi banyak jugak la story morry yang boleh di pot pet kan…

Salah sorang tu dah nak kahwen.. tak berapa lama boleh jadi mak buyung.. hahahahaha.. aku tengok gathering tu dah macam nak kea rah bachelor party… katanya mengahbiskan saki baki zaman bujang.. emangnya udah tidak bujang enggak bias si mau bikin ini semua…

Wehhhh aku cakap kat korang jer ni… ko jangan bagi tau kat sesape pulak… mereka memang ganas.. bising dan kecoh tu dah satu hal… tapi melantak pon macam tak ingat dunia dooo..

Dua mangkuk laksa laksam, 2 cawan koktail, 3 keping pizza.. cara makan anak dara n bakal mak buyung kau… hahahaha kalau orang dengar pon seram.. 


Selasa, 26 Ogos 2014

run to you

With you... Everything seems so easy
With you... My heartbeat has found its rhythm
With you... I'm so close to finding my home

With you... I dont care if I´m a little bit crazy
Cause with you nothing's wrong 

I was broken, I was wasted
Then you came like an angel in the rain
Love used to slip trough me like waters slips trough hands
But with you it changed I know, I feel I'm closer to your heart.

I am run-run-running to you 
And I'll keep you safe forever
Through the tears, trough the love and all the nights we share
I am run-run-running to you 
And I'll keep you safe forever
Don't you know my love, don't you know two hearts can beat as one? 

Love used to slip trough me like water slips trough hands but no more
No more lonely nights, no more, no more
So c'mon, c'mon, hold on, hold on, hold on 

I am run-run-running to you 
And I'll keep you safe forever
Through the tears, trough the love and all the nights we share
I am run-run-running to you 
And I'll keep you safe forever
Don't you know my love, don't you know two hearts can...
I am run-run-running to you 
And I'll keep you safe forever
Through the tears, trough the love and all the nights we share
I am run-run-running to you 
And I'll keep you safe forever
Don't you know two hearts can beat as one?

xoxo: lagu yang best sangat.. slow dan mudah difahami...

Isnin, 18 Ogos 2014

hanya mampu berdoa *__*

Bismilahirahmanirahim
Aku memohon atas nama Tuhanku yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi
Ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku, sayangilah mereka sebagaimana mereka telah menyayangi aku
Ampunkanlah dosa2 ku, dosa yang aku sedari dan dosa yang aku tidak sedari
Lindungilah aku dari dosa dan maksiat yang akan mendatangiku..
Ya Rabb aku memohon dengan nama Mu yang Maha Bijaksana
Ya Allah  kau permudahkan lah urusan yang sukar..
Kau lapangkanlah jalan yang sempit
Ya Allah kau uraikanlah jalan yang telah kusut
Kuatkan hati aku yang sering melupai-Mu
Kala aku kesenangan
Ampunkan aku kerana kealpaan aku dalam bersyukur
Pada nikmat-Mu..
Ya Allah
Cukupkanlah aku dengan pemberian-Mu
Jauhkan aku dari sesuatu bukan milkku
Tabahkanlah hatiku menyambut dugaan dari-Mu,
 Permudahkanlah ia buatku..
Rabbana atina fiddunya hasanah,wafil aa kiroti hasanah wakina aza banner.

amin

Sabtu, 16 Ogos 2014

munakahat - sekufu dalam Islam

Ditulis oleh : Ustaz Farid Rashidi

“Ustaz, saya ingin tahu tentang masalah sekufu?”

“Mudah saja masalahnya..tetapi jawapannya perlu kepada sedikit huraian.”

Memandangkan persoalan pernah dijadikan perbincangan umum maka saya cuba membawakan sedikit penjelasan menurut perspektif syara’.

Apa itu sekufu?

Sekufu ialah persamaan di antara calon suami dan isteri daripada beberapa sudut:

1. Beragama dan baik. Maksudnya lelaki fasik tidak sekufu dengan perempuan solehah.
Dalam masalah ini, syara’ menganjurkan supaya mencari pasangan yang sekufu dari sudut beragama dan baik akhlak budi bicara.

“Bagaimana pula seseorang berkahwin kerana mahu berdakwah dan mendidik pasangannya?”

Sekiranya seorang lelaki yang kuat agama, alim dan tsiqah perilakunya mahu menjadikan seorang perempuan yang cetek agama bertujuan untuk mendidik. Ianya tidak menjadi kesalahan besar. Alhamdulillah jikalau itu matlamat dan niatnya.

Tetapi seandainya perempuan yang baik dan beriman mahu berkahwin dengan lelaki fasik atas dasar kerana mahu mendidik lelaki itu. Adalah tidak digalakkan.

“Kenapa?” Muncul persoalan.

“Bukankah lelaki itu pemimpin wanita? Wanita itu sifatnya lemah lembut? Cuba lihat sejauh mana seorang perempuan mampu mengubah seorang lelaki dengan sifat keegoannya yang tinggi? Mampukah?…”

“Saya bimbang perempuan yang solehah pada asalnya, solat menjadi tiang hidupnya, puasa menjadi makanan jiwanya, Quran menjadi penawar hatinya, hijab menjadi pakaiannya akan lenyap, terhakis lalu tenggelam ditengah-tengah perilaku si suami fasik..”

Saya kurang setuju dan syara’ juga mengambil kira hal ini.

Imam Ghazali pernah membicarakan mengenai faedah bernikah antaranya ialah petunjuk dan satu pengislahan jalan beragama.

Sekiranya berkahwin dengan seorang lelaki fasik menambahkan kefasikan, bagaimana mahu mendapat petunjuk melalui agama Islam dan beroleh barakah?

Sabda Baginda Rasulullah SAW:

Daripada Abi Hatim Al-Muzanni katanya, telah bersabda Rasulullah SAW:
“Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sukai agamanya dan perangainya maka nikahkanlah olehmu akan dia jika tidak lakukan nescaya jadi fitnah dibumi dan kebinasaan,” kata mereka itu: “Ya Rasulullah dan jika ada padanya sekalipun?”


Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sekalian sukai agamanya dan perangainya maka nikahkan akan dia, tiga kali.”


2. Pekerjaan. Lelaki yang mempunyai kerja yang rendah seperti tukang sapu, tukang kebun, pencuci tandas tentulah tidak setaraf dengan anak perempuan Mufti, lelaki alim, Qadi dan tokoh korporat.

“Kalau begitu, nampak seperti wujud kasta dan darjat keturunan?”

Perlu difahami, bukanlah sekufu itu mahu membezakan darjat dan keturunan seseorang sehingga menganggap pekerjaan sedemikan rupa sebagai suatu pekerjaan yang hina dina. Akan tetapi sekufu adalah bertujuan memberi kelebihan dan kebebasan pihak wanita dan wali untuk memilih bakal menantunya.

Sudah tentu wali mahu melihat pilihan jodoh anak perempuannya adalah yang terbaik.

3. Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh dalam perkahwinan.
Contoh lelaki yang mempunyai penyakit Aids HIV, gila, sakit kusta atau sopak sudah tentu tidak sama ataupun setaraf dengan perempuan yang sihat.

Selain mendapat malu, dibimbangi juga akan berlaku kemudharatan kepada wanita bilamana berkahwin dengan lelaki berpenyakit sebegitu.

Adakah sekufu antara syarat wajib?

Tidak, cuma dalam masalah sekufu ianya merupakan hak seorang perempuan dan hak walinya.
Sekufu bukanlah antara syarat sah perkahwinan, ia hanya sebagai langkah mengelakkan wanita dan walinya menanggung malu ataupun berlaku kekeruhan rumah tangga kelak. Di antara tujuan sekufu ialah supaya pihak wanita tidak perlu mengubah kebiasaan hidup mereka.

Nabi Muhammad SAW meraikan hak sekufu sebagaimana sabda baginda dalam sebuah hadis bermaksud:

“Pilihlah bagi permata-permata kamu (anak-anak perempuan kamu) dan kahwinkanlah dengan yang sekufu dan kahwinkanlah mereka kepadanya.”

(Riwayat Hakim: 2/163 Beliau mensahihkannya)

Oleh kerana ianya bukan menjadi syarat sah perkahwinan, maka pihak wanita dan wali boleh saja menggugurkan syarat ini mengikut pandangan sendiri. Dengan kata lain, sekiranya wanita dan pihak wali meredhai lelaki yang bakal berkahwin tanpa melihat syarat sekufu maka nikahnya adalah sah.

Wallahhua’lam.

Rujukan:

Muhadharat fi Fiqh As-Sadah As-Syafi’eyyah, Doktor Khalifah Abdul Basit Shahain, Kuliah Tahun 3, Universiti Al-Azhar, Tanta.

Fiqh Al-Manhaji, Oleh Dr.Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji.

Bahrul Mazi Syarah Mukhtasor Sohih At-Turmuzi, Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi Al-Azhari.

Jumaat, 15 Ogos 2014

BUTA ATAU BUDAYA

salam guys... apo khabar... aku nak khabo satu cerita yang aku sendiri menjadi saksinya... macam kes mahkamah dah ayat aku..



dalam perjalanan aku ke tempat kerja aku, sempat la jugak aku berhenti di suatu kedai membeli sedikit bekalan.. masa di sana ada la seorng pekerja pasaraya yang berpakaian uniform lengkap pasaraya berkenaan.. nak masuk kerja la tu.. memandangkan hari masih awal, jadi pasarya tu belum lagi dibuka... maka pekerja perempuan tu pon ambik satu port kat tepi pasaraya tu, membuka roti bun yang baru dibeli..

ketika mulutnya enak menerkam roti perisa coklat tu tangan terus membuang bungkusan yang membalut badan roti ke lantai, padahal tong sampah hitam yang brsusun beberapa langkah dari tempat dia tengah duduk.. menggeleng aku.. perangai apa ini..

ketika aku masih lagi kagum dengan perbuatan perempuan tu, datang la beberapa rakan sekerja beliau dengan motor... aku alihkan tumpuan aku kepada mereka pula... kelihatan salah seorangnya sedang dari mereka sedang agihkan satu pek kuning... ooohhh kek appolo coklat... bestnya, n bagusnya minah ni berkongsi kek dengan kawan..



tapi sifat bagus tu hanya terhenti disitu bila plastik kuning satu persatu jatuh ke lantai yang xseberapa jauh dari tong sampah...

aku tertanya la jugak, apa kena dengan diorang ni.. buta ker xnampak tong sampah depan mata... atau buang sampah merata-rata tu dah jadi budaya kita.. dah sebati dalam diri... tong sampah tu buat hiasan jer la...

ape lah... sayangilah bumi kita... pinjam jer pon tapi cakap bumi ni kita punya... kalau pinjam lagi la kena jaga... nanti tuan dia marah.. fahem..

Khamis, 7 Ogos 2014

memahami suatu perbezaan

bagaimana suatu pertemuan yang pada asalnya penuh dengan kegembiraan boleh bertukar menjadi kenangan pahit yang mengguris jiwa.. benarlah lidah itu lebih tajam dari bilah pedang... walau hati tidak maksudkan apabila bibir menutur kata, bersama salah sangka pendengarnya, lalu akan ada yang terluka, walaupun tidak terlihat pada lahirnya, ... mungkin kerana kita berbeza, namun sukar untuk memahaminya.. sesuatu yang bukan dapat dipelajari dari buku, pengalaman yang mengajar, namun diri masih belum terdidik untuk turut faham, maafkan atas perbezaan ini..

Rabu, 6 Ogos 2014

hari penat yang bersulam pedoman

kala matahari mula menyinsing menerbitkan sinarnya, kala embun masih lagi belum kering dari daunan, diri telah bersedia dengan kurung merah dan tudung hitam. penampilan yang mungkin agak ringkas sesuai untuk tujuan yang akan memakan masa yang lama.. hari yang pasti memenatkan.. tapi apa yang penting hari yang memenatkan ini terisi dengan nasihat ringkas dari seorang asing yang baru dikenali.. nasihat percuma yang tidak diminta...

secara ringkasnya, dari bait kata yang boleh dipetik,
"jika ingin berjaya di dalam suatu bidang yang bergantung kepada orang ramai dan keizininan yang Esa, kita perlulah memelihara hubungan kita sesama manusia, memandang pada yang memerlukan, membantu kepada yang tidak berdaya. dengan semua itu semoga niat baik yang telah dibuat akan dibalas oleh Tuhan yang Maha Pemurah. kadangkala dalam bentuk yang kita sendiri tidak sedarinya."

terima kasih untuk hari ini..

Ahad, 3 Ogos 2014

aidilfitri 2014

assalamualaikum.. salam syawal semua...


hari ini adalah 7 syawal... masih belom terlewat lagi rasanya jika ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan keampunan dari sekalian umat pembaca sekalian.. kemaafan yang dipohon andai ada kata yang menguris rasa, gurauan yang tidak mengena tempatnya, mencuit luka lama, mengata pada suatu yang tiada...

sempena syawal ni jugak aku nak ucap terima kasih la kat korang yang dah menyinggah.. yang sudi menyakitkan mata.. menyenakkan jiwa membaca coretan caca marba aku ni... tapi yang ramai mengusha paperwork aku buat masa belajar... tapi tak kesahlah moga dapat memberikan sedikit sebanyak info buat korang.. jangan pulak copy sebulat-bulatnya...

raya tahun ni, bagi aku ada la sedikit kelainannya, antaranya raya tahun ni aku berstatus pengganggur bukan lagi student.. hahahaha... macam tak der benda lain nak story.. sebenarnya lain coz aku dapat spend masa dengan "the heartbeat" group masa tingkatan lima...



ni bukanlah kesemua ahli.. kalau nak kira ni baru lebih kurang separuh... rindu sangat.. bila dah jumpa menyembang sampai gelap... gelak kuat2 pulak tu... tak macam pompuan langsung... ibaratnya kalau mertua lalu pon tak sedar.. hahahaha sori la mak mertua... biasa la lama tak jumpa banyak la benda nak cerita, lagipun mulut becok perempuan... 

tak tahu bila lagi dapat lepak macam ni... raya haji nanti ramai yang dah buat keputusan tak balik beraya ataupun tak kompem lagi nak balik.. sebab cuti pendek... walau dimana jua korang berada aku doakan korang berada dalam keadaan sihat dan selamat.. sayang korang xoxo...

open haose kat rumah mahzuz

tunggu orang sambil mengumpat

the heartbeat dan adik2


salam sayang semua.. bye..

Selasa, 22 Julai 2014

sekeping kertas, selembar pengalaman, secebis kemahiran

assalamualaikum.. weekend lepas aku dah jadi driver ker kedai buku bagi menghabiskan baucer buku BR1M kepunyaan adik aku.. setelah berpusing-pusing di dalam kedai tu, tiba-tiba mata aku tertumpu pada satu rak buku yang ada buku bersaiz novel yang berwarna hitam. warna lain untuk corak amat minima.. aku pergilah bercangkung kat rak tu.. sebab aku tak tahu tu buku apa jadi aku sedikit hairan, biasa kalau alaf 21 novel dia ceria.. warna warni.. aku pon ambik la satu.. ooohhh koleksi cerpen dari penulis indi.. bagus ni.. pilih punya pilih.. aku ambik satu dengan mengepaw baucer adik aku.. kalau ikutkan aku aku nak lebih dari satu la buku..
yang berjaya disambar

aku belum khatam lagi buku tu.. susah sikit bagi aku nak cerna cerita dalam tu.. tambah-tambah lagi yang guna kiasan mendalam.. almaklum la bukannya aku ni suka sangat ikut perkembangan semasa.. tapi pembacaan aku dah melewati satu story yang aku kira ada kaitan dengan topik perbualan dengan mak aku.. berkenaan adik aku yang nak sambung belajar lepas stpm kat institut kemahiran.. macam ni la jadi anak sulung pasal adik-adik memang sampai kat aku..

apa yang aku dapat petik dari perbualan itu, mak aku macam tak setuju.. berulang kali juga dia cerita bahagian dia tanya "tak nak masuk universiti ker?".. aku rasa dia kecewa.. adik aku tu nak belajar menjahit.. sebenarnya aku tak tahu nak komen apa.. aku dah tamat belajar tapi aku penganggur aku rasa kecik dan bukan tempat aku nak cakap macam-macam.. aku rasa bagi mak aku sekeping kertas yang bernama ijazah tu lebih baik untuk dia laburkan duit dia, dari dia laburkan untuk ke institut kemahiran tu.. katanya kalau adik aku tu nak belajar dia boleh jer cari mana-mana sifu sambil tunggu result dan panggilan ke universiti..aku rasa ada betulnya.. lepas dia cakap tu ada jugak aku terfikir beberapa kedai yang mungkin dia boleh pergi mintak nak menuntut ilmu.. anak murid mak aku pon dah ada beberapa orang buka kedai menjahit kat jajahan ni..

menurut cerita dalam buku ni, sijil atau ijazah tu tak penting dan apa yang lebih berharga adalah pengalaman yang dia dapat semasa membantu ayah dia menjual goreng pisang dan cendol tepi jalan.. katanya produk keluaran universiti berfikiran tidak matang dan berpandangan cetek tentang kehidupan.. rasa jugak terpukul dengan bait kata penulis tu.. mungkin ada betulnya.. entah la aku pon tak tahu macam mana nak harmonikan dua pendapat ni..

aku rasa kalau tiada masalah kewangan dan mampu masuk universiti, patut masuk jer dulu kalau dapat... kemahiran itu, belajar masa senggang pon boleh.. kalau dah ada minat tak der masalah aku rasa.. kalau pon kau ada masalah kewangan, kau pinjam dulu dengan PTPTN pastu jadi pelajar cemerlang, buat pengecualian dari pembayaran.. maka dapat la belajar free..

secara ringkasnya korang buat lah ape yang korang rasa terbaik.. pasal adik aku tu aku pon dah tak reti.. dan aku tak tahulah mak aku nak buat macam mana.. oklah can cin cau..

ehhh beli dan baca buku ni tau.. tolong promote jap.. huahuahua...

assalamualaikum

Ahad, 13 Julai 2014

abg long fadhil menurut saya

assalamualaikum...

semalam menyempat jugak la menonton abg long fadhil secara free di internet sambil tunggu azan maghrib, setelah menghidang segala juadah... cerita dia lawak la jugak.. dah ramai pelawak yang berlakon kan.. banyak jugak yang mengarutnya.. semua benda ada.. gerak khas, kl driff, rempit.. yang paling penting bumblebee pon ada..

 

aku tengok ngan adik bongsu aku.. masa keluar ramai2 tu adik aku tanya kenapa ni.. daaaahhhh aku pon xpaham kenapa.. so xdapek ahh nak terangkan... pastu yang part zizan tanya arron nape jalan terjungkit2 tu.. yang tu pon aku xboleh nak x-plain.. senang citer banyak aku jawab xtahu jer... sila guna imaginasi sendiri...

seronok la jugak cerita abg long fadhil ni kalau tengok free  ... tapi kalau tengok ngan adik aku yang banyak soal ni.. sesak jugak dada aku nak menjawab.. overall movie yang menarik.. pengajaran??

ermmmmmm ape yer... jap aku fikir...

haa... kalau kau dah ada kuasa tu jangan nak buat aniaya orang.. guna kuasa tu untuk benda baik.. ni idok, sampai sanggup bunuh kawan tu.. pastu klau ada pape, siasat dulu, jangan nak main fitnah jer.. buruk kesannya..

dah la tu.. moral lain korang cari la sendiri.. aku nak g study untuk interview esok... doakan aku yer.. dah penat jadi pengaggur kehormat..

sekian lots of love muaahhhhh..

Khamis, 10 Julai 2014

paperwork 3 : KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG ISLAM SEBELUM DAN SEMASA PENJAJAHAN INGGERIS

1.0              PENDAHULUAN
Dalam sesebuah masyarakat, sistem pentadbiran mahupun corak aturan kehidupan adalah amat penting bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, undang-undang di Tanah Melayu digubal dan dibentuk bagi membantu pemerintah dalam usaha menjaga keharmonian dalam kalangan masyarakat. Pemakaian Undang-Undng Islam telah dapat dilihat dalam Undang-Undang Melaka, Pahang, Kedah, Terengganu dan lain-lain lagi. Namun begitu disesetengah tempat, pemakaian undang-undang adat lebih lazim digunakan.1 Namun begitu, British sama ada secara langsung atau tidak langsung telah campur tangan dalam hal-ehwal agama dan pentadbiran. Dengan secara tidak angsung perkembangan pengaruh British telah menyebabkan kemasukan undang-undang Inggeris.

2.0              SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU

Hasil kajian sejarah menunjukkan bahawa Tanah Melayu merupakan antara kawasan terawal yang menerima Islam di rantau ini. Namun begitu, tidak dapat ditentukan secara pasti tarikh kedatangan Islam ke Tanah Melayu kerana para sejarawan tidak sependapat dalam menentukan tarikh tersebut. Terdapat beberapa pendapat dalam menentukan tarikh kedatangan Islam. Antaranya ialah:

2.1       Abad pertama Hijrah (abad ke 7 masihi)
            Menurut laporan daripada penulisan cina dan penemuan beberapa kesan sejarah, Islam berkemungkinan telah sampai ke kepuluan Melayu sekitar abad pertama hijrah (abad ke 7 masihi) apabila pendatang arab membuat penetapan di Kedah serta Plembang setelah melarikan diri dari Canton, China. Pendpat ini agk meyakinkan disebabkan faktor yang diberikan seperti hubunga perdagangan dan kegiatan dakwah.2
                              
2.2       Abad ketiga Hijrah
            Terdapat bukti kukuh yang menunjukkan Islam telah sampai ke Tanah Melayu pada abad ketiga Hijrah (abad kesepuluh masihi). Pendapat ini berdasarkan penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris, kedah pada tahun 1965.

2.3       Sekitar 702 Hijrah (1303 Masihi)
            Terdapat hli sejarah pula berpendapat Islam telah bertapak di Negara ini pada tahun 702 Hijrah atau 1303 masihi. Pendapat ini adalah berdasarkan penemuan Batu Bersurat di Terengganu.3

3.0       KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI TANAH MELAYU SEBELUM KEDATANGAN INGGERIS DI DALAM UNDANG-UNDANG ADAT.

Tanah melayu merupakan sebuah negara yang kaya dengan adat masyarakat setempat. Sebelum kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu, agama Islam telah diamalkan secara meluas. Oleh tu dapatlah diperhatikan terdapat penerapan unsur-unsur Islam di dalam adat orang melayu yang terbahagi kepada dua iaitu Adat Temenggug dan Adat Pepatih.

3.1       Adat Temenggung.
Adat temenggung merupakan adat yang diamalkan oleh semua negeri di Tanah Melau kecuali Negeri Sembilan. Penggubalan undang-undang ini mempunyai pengaruh Islam yang kuat dan berdasarkan kepada Mazhab Syafi’e.
            Pengaruh Islam di dalam Adat Temenggung dikatakan sangat kuat kerana sekiranya terdapat pertembungan atau percanggahan diantara adat dan undang-undang Islam, undang-undang Islam akan diterima pakai dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Keadaan ini menunjukkan  bahawa Islam memainkan peranan penting di Tanah Melayu sebelum kedatangan Inggeris.4
            Bagi melihat terdapatnya pengaruh agama Islam dalam pengamalan Adat Temenggung adalah melalui beberapa contoh yang menyentuh soal perkahwinan seperti sesuatu perkahwinan itu adalah dilarang sekiranya terdapat perbezaan agama, pertalian darah, sepersusuan, dua wanita yang bersaudara dan melarang seorang lelaki kembali keada isteri yang telah diceraikan dengan talak tiga, melainkan isteri itu telah berkahwin dengan orang lain dan bercerai.
            Berdasarkan contoh yang telah dinyatakan dapatlah diperhatikan bahawa larangan yang dibuat di dalam Adat Temenggung itu berdasarkan apa yang telah ditetapkan di dalam Islam. Oleh itu, jelaslah pengaruh Islam begitu kuat dalam Adat Temenggung ini. Selain itu, adat ini juga membenarkan perkahwinan berlainan agama namun masih dibatasi dengan syarak iaitu seorang lelaki Islam boleh berkahwin dengan perempuan dari kalangan Ahli Kitab tetapi seorang perempuan Islam tidak boleh berkahwin dengan lelaki dari kalangan Ahli Kitab.
            Selain itu terdapat juga pengaruh Islam di dalam persoalan undang-undang jenayah. Undang-undang Adat Temenggung menitik beratkan prinsip pembalasan. Walaubagaimanapun hukum Islam ini tidak digunakan secara menyeluruh walaupun diterima di dalam Adat Temenggung. Hal ini kerana di dalam Adat Temenggung walaupun prinsip yang digunakan adalah pembalasan, namun seringkali hukuman yang dijatuhkan adalah lebih ringan.

3.2       Adat Pepatih
Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.
            Prinsip dalamAdat Pepatih tidak mengikut hokum Islam sepenuhnya. Hal ini demikian kerana dalam adat pepatih terdapat perkara-perkara yang bertentangan dan tidak bertepatan dengan hukum syarak.
            Antaranya ialah dalam perkara berkaitan perkahwinan. Menurut amalan Adat Perpatih, perkahwinan sesama ahli suku adalah dilarang. Di dalam sesuatu perut (unit sosio-politik yang kecil) atau suku hubungan adalah rapat dan lelaki mengganggap perempuan dari perut atau sukunya adalah saudaranya. Begituah sebaliknya. Di sebabkan inilah perkahwinan antara suku dilarang. Perintah larangan ini bertentangan dengan hokum syarak yang tidak melarangnya.
            Selain itu, Adat Pepatih ini juga dapat dilihat dalam soal undang-undang jenayah. Undang-undang jenayah Adat Pepatih merupakan undang-undang yang betimbang rasa dan berperikemanusiaan. Hal ini kerana Adat Pepatih menghukum sesuatu kesalahan tidak berlandaskan pembalasan tetapi lebih cenderung kepada pemulihan.
Antara hokum yang terdapat dalam Adat Pepatih yang yang mengikut hokum Islam adalah hukuman bunuh bagi penderhaka. Ini adalah bertepatan dengan dengan syariat Islam kerana dalam Islam iaitu hudud, mereka yang menderhaka atau memberontak dikenakan hukuman bunuh.
Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa undang-undang Islam begitu penting di Tanah Melayu sebelum kedatangan Inggeris samaada secara langsung atau menyeluruh.

4.0       UNDANG-UNDANG ISLAM DI TANAH MELAYU SEBELUM KEDATANGAN INGGERIS MENGIKUT NEGERI

Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu mengikut undang-undang adat yang sedikit sebanyak dipengaruhi dengan unsur-unsur Hindu. Namun begitu setelah raja-raja dan orang Melayu memeluk agama Islam, perubahan sedikit demi sedikit telah dibuat untuk mengubahsuai adat Melayu supaya bersesuaian dengan agama Islam. Proses ini dapat dilihat dalam pelbagai versi undang-undang di Tanah Melayu antaranya Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Pahang dan Undang-undang Johor.

4.1       Melaka
Sultan Melaka yang pertama iaitu Parameswara selepas menganut agama Islam telah menerima pakai undang-undang Islam sebagai undang-undang Negara. Undang-undang Melaka terbahagi kepada dua iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka yang diandaikan ditulis pada tahun 1444 masihi. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Liow York Fang, beliau mendakwa bahawa Undang-undang Laut Melaka telah digubal pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah dan telah disempurnakan pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, iaitu sewaktu zaman keemasan kesultanan Melaka. Bahagian undang-undang Islam mungkin telah disusun selepasnya.5
            Undang-undang Melaka yang asal iaitu bermula dari fasal 1-23.1 telah terdapat pengaruh Islam yang menunjukkan bahawa telah ada pengaruh Islam yang menyerap masuk dalam kehidupan orang Melayu pada ketika itu. Oleh itu, kita dapat melihat penyusunan penulisan hokum selepas meletakkan hukuman tempatan, penulis juga akan meletakkan penilaian berdasarkan hokum Islam (Law Of God). Contohnya ialah pada fasal14.2 bersabit dengan tuduhan dan pembunuhan kepada seseorang pesalah. Hokum Kanun Melaka memperuntukkan bahawa:

            “Adapun jikalau menuduh orang mengambil isteri orang, maka menang yang dituduh itu, dibunuh orang yang menuduh itu, sebab hokum mengambil isteri orang itu mati hukumnya. Jikalau tiada dibunuh, didenda sepuluh tahil sepaha. Di dalam pada iu syafa’at segala hakim juga, sebab mati hukumnya mati. Adapun pada hokum Allah tiada demikian, hanya disuruhkan hakim bersumpah atas bertaubat daripada perbuatan itu. Demikianlah hokum Allah.”

            Selain itu setelah pengislaman raja Melaka, Melaka telah mejadi pusat perkembangan Islam. Kadi dan ahli agama diangkat martabatnya. Ramai rakyat Melaka yang keluar untuk menjalankan aktiviti dakwah dan ramai pula yang bertumpu di Melaka bagi menuntut ilmu. Tidak boleh diragukan lagi bahawa semasa zaman kegemilangannya Melaka telah menjadi pusat perkembangan Islam.
            Bagi melihat dengan lebih jelas kedudukan undang-undang Islam dalam pentadbiran Melaka kita boleh meneliti beberapa bab yang berkaitan dengan perkahwinan, urusniaga atau ekonomi, dan yang berkaitan dengan jenayah.
a)      Undang-undang perkahwinan
Fasal 25.1 menyentuh tentang orang yang boleh bertindak sebagai pihak penjaga dalam perkahwinan sorang wanita, serta umur beliau, bersabit dengan soal keizinan.
 Fasal 27 rukun-rukun yang boleh dipakai untuk khiyar iaitu kedua-dua pihak lelaki atau perempuan boleh menggunakan hak mereka untuk memilih dan membatalkan kontrak perkahwinan jika terdaat sebarang kecacatan. 6
b)      Undang-undang urusniaga dan ekonomi.
Fasal 30 menyentuh undang-undang tentang penjualan dan laranan terhadap riba (usury) dalam urusniaga.
Fasal 31.2 menyenu tentang pengembalian barangan yang telah dibeli disebabkan barangan berkenaan telah pun rosak di tangan pihak penjual
Fasal 32.3 dan 34.4 rukun-rukun mengenai penjaminan dan pinjaman.7
c)      Undang-undang jenayah
Fasal 36 rukun-rukun mengenai murtad
Fasal 39 rukun-rukun mengenai pembunuhan (qisas)
Fasal 40 rukun-rukun mengenai persetubuhan uar nikah (zina)
Fasal 41 rukun-rukun mengenai slander
Fasal 42 rukun-rukun mengenai minuman keras.8

4.2       Pahang

Selain Melaka, Islam di Tanah Melayu juga telah disebarkan secara meluas. Ia dapat dilihat melalui undang-undng yang telah di amalkan. Antaranya ialah melalui undang-undang Pahang. Undang-undang ini telah disusun semasa pemerintahan Sultan Abdulghafur Muhaiyuddin Shah (1592-1614).9  Penggubalan undang-undang ini adalah dibaah pengaruh undang-undang Melaka.
            Dari segi kandungannya pula, undang-undang Pahang mempunyi lebih banyak bab berbanding undang-undang Melaka. Walaupun masih terdapat pengaruh adat melayu di dalamnya, tetapi berbanding dengan undang-undang Melaka , undang-undang Pahang ini mengandungi lebih banyak pengaruh Islam di dalamnya. Hal ini berkemungkinan kerana undang-undang Melaka disusun ketika Islam masih belum bertapak dengan kuat di Tanah Melayu manakala undang-undang pPahang pula ditulis setelah berkembangnya pengaruh Islam dan Islam telah diamalkandengan begitu mendalam sekali di Tanah Melayu. 0
            Sebagaiman undang-undang Melaka, undang-undang Islam yang terkandung dalam undang-undang Pahang juga dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian.
a)      Ekonomi dan urusniaga
Bab 24 menyentuh tentang urusniaga mengikut undang-undang dan kesalahan mengambil keuntungan daripada banyak faedah.
Bab 26 rukun-rukun mengenai pengambilan barangan yang rosak kepada penjual dengan syarat-syart tertentu.
Bab 27 rukun-rukun mengenai cagaran yang wajib diberikan terhadap sesuatu hutang, yang juga meliputi bankrap.
Bab 35 menyentuh mengenai penualan dusun.11
b)      Testimoni dan persaksian
Bab 40 jenis-jenis testimoni dan sifat-sifatnya.
Bab 63 rukun-rukun mengenai persaksian dalam Islam dan ciri-cirinya
Bab 64 rukun-rukun mengenai kedudukan hamba dan tuannya tau bekas tuannya.
Bab 65 hukum ta’zir terhadap saksi yang berbohog. Ia juga menyentuh rukun-rukunmengenai prosedur untuk hakim.
c)      Undang-undang Jenayah dan denda.
Bab 46-47 rukun-rukun berkenan dengan qisas dalam kes yang mengkibatkan kematian.
Bab 48 rukun-rukun yang bersabit dengan kesalahan jenayah yang dinyatakan dalam fasal 46, 47 dan 49.
Bab 49 rukun-rukun mengenai persetubuhan di luar nikah dan hukumnnya.
Bab 51 rukun-rukun mengenai denda terhadap perbuatan fitnah.
d)     Obligasi atau kewajipan asasi keagamaan
Bab 58 rukun-rukun mengenai sesiapa yang tidak mmbayar zakat dan tanggugjawab terhadap golongan miskin.
Bab 60 rukun-rukun mengenai sesiapa yang meeninggalkan solat.
Bab 61 rukun-rukun mengenai perang jihad.

4.3       Johor

Johor telah menerima pengaruh Islam sejak kedatangan pedagang-pedagang Arab ke Nusantara pada abad ke-9 Masihi lagi dan telah diIslmkan secara rasminya oleh kerajaan Islam Melaka pada abad ke 14  Masihi. Walaubagaimanapun Johor juga ernah diIslamkan oleh kerajaan Islam Samudera-Pasai semasa Johor berada dibawah kekuasaannya. Bagi membuktikanbahawa Islam telah sampai ke Johor pada waktu-waktu yang awal dapat dilihat melalui penemuan inskripsi batu nisan kubur Sultan Alauddin Riayat Shah, inskripsi batu nisan kubur Sultan Sulaiman Shah dan inskripsi duit syiling. Inskripsi ini bertulisan arab antaranya bermaksud:
           
            “Tiada Tuhan melainkan Allah. Ini adalah kubur yang bercahaya al-Marhum Sultan Alauddin ibn Sultan Mansur Shah ibn Sultan Muzaffar Shah (disejahterakan Allah wahai Marhum yang tinggi lagi bersih). Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim Allah tiada tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus menguruskan makhlukNya, tiada mengantok dan tiada tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya Allah mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang mereka,……”

            Melalui terjemahan inskripsi yang ditemui ini dapatlah kita katakan bahawa Islam telah samai ke Johor sejak sebelum tahun 1488 Masihi lagi.13 Selain itu kita juga dapat melihat penggunaan undang-undang Islam dalam perundangan negeri Johor yang disematkan di dalam Majalah Ahkam Johor. Terdpat enam belas kitab yang menyentuh mengenai undang-undaang sivil Islam  bagi kerajaan negeri Johor 1331 hijrah atau 1913 masihi. Antaranya ialah:
  1. Kitab pertama: jual beli
  2. Kitad kedua: sewa dan upah serta gaji
  3. Kitab ketiga: kafalah atau tanggungan (menghimpunkan satu tanggungan kepada satu tanggungan pada menuntut akan sesuatu, yakni menghimpunkan oleh seseorang akan tanggungannya kepada tanggungan orang lain dan melazimkan pula bleh dituntut hak yang ditanggung itu).111
  4. Kitab keempat: hiwalah ( memindahkan hutang daripada satu tanggungan lain)
Kesemua kitab ini mempunyai pendahuluan yang menyentuh tentang persoalan fiqh. Ini menunjukkan penggunaan undang-undang Islam dalam sistem perundangan negeri Johor.

4.4                Negeri Semenanjung Tanah Melayu yang Lain

Di Kedah terdapat undang-undang Kedah. Peruntukan undang-undang Dato’ Sri Paduka Tuan (1667 s.m) yang berkait dengan undang-undang Islam menyebut bahawa:
a)      Pencuri, perompak, penyabung ayam, pengedar candu, penjudi, pemuja pokok dan batu, pemabuk, segala perbuatan terebut adalah bertentangan dengan perintah Allah dan mesti dilaorkan oleh penduduk kampung kepada penghulu (kweng). Kegagalan brbuat demikian boleh dikenakan denda.
b)      Penghuu hendaklah mengarahkan penduduk kampong mematuhi sembahyang lima waktu, puasa dan sembahyang Jumaat. Sesiapa yang engkar hendaklah dibawa ke masjid dan dihukum dengan meletakkan telur kuning disekeliling lehernya
c)      Pemiik tanah hendaklah membayar zakat.

Di Kelantan seperti yang berlaku di negeri-negeri lain sebelum campur tangan penjajah Inggeris, raja-raja memainkan peranan utama dalam bidang perundangan. Dalam abad kesembilan belas W.R. Roff mencatatkan, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pada sekitar tahun 1830-an dan kemungkinan pada tahun-tahun yang lebih awal telah ada jawatan mufti negeri dan jawatan hakim di Kota Bharu.
            Bidang kuasa mufti lebih tertumpu  kepada soal-soal kehakiman daripada khidmat nasihat dalam Mahkamah Syariah yang sebahagian besarnya merujuk kepada undang-undang diri orang Islam (khususnya menyentuh soal perkahwinan, perceraian dan pengurusan harta). Ia juga mempunyai bidang kuasa di dalam soal-soal yang behubug dengan pelanggaran tatasusila undang-undang moral dan perkara yang berhubung  dengan amal ibadat: manakala bidang kuasa pihak yang kedua sebagai hakim. Bidang kuasanya bertumpu kepada mahkamah jenayah iaitu gabungan di antara Undang-undang Islam dengan Undang-undang Adat Melayu.14


5.0 KEMASUKAN UNDANG-UNDANG INGGERIS

Tanah Melayu telah dijajah selama lebih 500 tahun oleh penjajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Dalam tempoh tersebut, boleh dikatakan setiap penjajah tersebut telah membawa masuk undang-undang mereka. Walaubagaimanapun kesan kedatangan para penjajah berkenaan ke atas kedudukan undang-undang Islam jelas berbeza antara satu sama lain. Walaupun telah menjajah Melaka lebih daripada 100 tahun, penjajah Portugis tidak banyak mengganggu kedudukan undang-undang Islam di kalangan para penganutnya. Undang-undang yang diperkenalkan hanya terpakai ke atas orang-orang Portugis sahaja, sedangkan ke atas penganut-penganut agama lain termasuk Islamdiserahkan sahaja kepada ketua-ketua agama mereka. Hal yang sama juga telah dilakukan  oleh penjajah Belanda.
            Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu telah memberi impak yang besar terhadap masyarakat pada ketika itu dan khususnya umat Islam. Apa yang dilakukan oleh penjajah Inggeris amat berbeza sekali dengan apa yang dilakukan oleh penjajah Portugis dan Belanda.15 Kemasukan pengaruh undang-undang Inggeris dalam pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu dan perluasan tanah jajahannya, maka pengaruh undang-undang Inggeris juga turut berkembang sehingga ia berjaya mengeneikan undang-undang Islam dan adat yang merupakan undang-undang dasar sebelum kedatangan mereka.16 Cara penyerapan undang-undang Inggeris boleh dilihat melalui tiga wilayah yang berasingan iaitu Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Berekutu dan Negeri-negeri Borneo (Sabah dan Sarawak).

5.1       Negeri-negeri Selat
5.1.1    Pulau Pinang
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula di Pulau Pinang pada tahun 1786 setelah Pulau Pinang diserahkan oleh Sultan Kedah kepada Inggeris melalui ketunya Francis Light. Ia adalah balasan bantuan ketenteraan oleh Inggeris kepada Kedah yang takut akan serangan dari Siam dan Burma. Hal ini telah menjadi asas kepada campur tangan Inggeris di Tanah Melayu. Pada masa kedatangan Inggeris, mereka mendakwa tiada undang-undang yang dikuatkuasakan di Pulau Pinang. Dalam kes Fatimah vs Logan, Hackett J berkata (maksudnya)17

            “Pada tahun 1786 Pulau Pinang adalah sebuah pulau yangseperti padang pasir dan tidak diusahakan, tidak ada penduduk kecuali beberapa orang nelayan tanpa sebarang institusi yang tetap.”

            Maka atas dasar itu, Inggeris telah memperkenalkan Piagam Keadilan Pertama padaa tahun 1807. Sejajar dengan pengenalan piagam ini, mahkamah-mahkamah Inggeris telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan ketetapan ia akan menguatkuasakan Undang-undang Inggeris seperti mana yang terdapat pada tahun 1807.18
            Tidak cukup dengan Piagam Keadilan Pertama, Inggeris telah memperkenalkan Piagam Keadilan Kedua pada tahun 1826 di Melaka dan Singgapura.19 Ia bertujuan untuk meluaskan lagi pengaruh undang-undang Inggeris di Tanah Melayu. Pada tahun 1855 pula, Piagam Ketiga telah diperkenalkan di seluruh Negeri-negeri Selat. Piagam ini hanyalah bertujuan untuk menyusun semula struktur mahkamah yang sedia ada. Secara umumnya semua piagam ini adalah bertujan untuk mengangkat taraf undang-undang Inggeris dan menyisihkan sedikit demi sedikit undang-undang Islam yang dulunya diiktraf sebagai lex loci.
            Ini dapat dilihat dalam kes In the Goods of Abdulah. Dalam kes ini, isu yang timbil ialah bolehkah seorang muslim yang meninggal dunia di Pulau Pinang memberikan keseluruhan hartanya dengan cara wasiat? Menurut huum Islam, seseorang itu hanya boleh berwasiat dengantidak melebihi 1/3 daripada hartanya. Mahkamah berpegang dengan keputusan dalam kes Rodyk &Ors vs Williamson & Ors. dengan menggunakan undang-undang Inggeris, wasiat itu sah. Keputusan mahkamah itu secara tidak langsung telah mengiktiraf undang-undang Inggeris walaupun ia bercanggah dengan undang-undang Islam.
            Hal yang sama juga berlaku dalam kes Fatimah & Ors. vs ogan & Ors.20  Dalam kes inj, seorang lelaki muslim telah meninggal dunia di Pulau Pinang dan telah meninggalkan wasiat. Isunya ialah undang-undang apakah yang harus digunakan untuk mengesahkan kesahihan wasiat itu. Peguam bagi plaintif telah berhujah bahawa undang-undang Islam harus digunapakai. Mahkamah berpegang dengan keputusan bahawa sejak undang-undang Inggeris telah menjadi undang-undang tempatan di Pulau Pinang, maka undang-undang yang terpakai adalah undang-undang Inggeris.

5.1.2 Melaka dan Singapura
Di Melaka, sesudah mengambil kembali negeri itu daripada Belanda melalui perjanjian Inggeris Belanda pada tahun 1824, usaha-usaha untuk melaksanakan undang-undang Inggeris segera dilakukan.21 sebagai kemuncak kepada usaha-usahaa perlaksanaan undang-undang Inggeris di Melaka dan Singapura ini, Piagam Keadilan Kedua telah diisytiharkan pada tahun 1826 iaitu bersempena dengan penubuhan Negeri-negeri Selat. Piagam kedua ini mengandungi peruntukan yang sama seperti yang terdapat dalam piagam pertama dahulu dan telah dianggap telah membawa undang-undang Inggeris seperti yang terdapat dalam tahun 1826. Berdasarkan kepada piagam tersebut, sebuah mahkamah telah ditubuhkan dengan ketetapan bahawa undang-undang Inggeris sebagaimana yang terdapat pada tahun 1826.
            Dengan pengisytiharan Piagam Keadilan Kedua ini, Inggeris telah memperuntukkan dengan secara rasmi bahawa common low dan prinsip ekuiti yang berkuatkuasa di England hendaklah diamalkan di negeri-negeri Selat. Undang-undang  Inggeris juga akan terpakai jika ia tidak bertentangan dengan adat tempatan dan agama Islam. Walaupun telah digariskan bahawa undang-undang Inggeris akan terpakai, namun dalam beberapa kes ia masih lagi tertakluk kepada sistem masyarakat tempatan.
            Kenyataan ini dijelaskan lagi dalam kes Sahrip vs Mitchell & Anor.22 Berdasarkan undang-undang Melaka, apabila sultan menjadi pemilik kepada tanah, setiap rakyat memiliki hak mutlak untuk menghapuskan dan menduduki hutan dn tanah terbiar, sesuai dengan bayaran sepersepuluh dari hasil tanah kepada sultan. Adat ini diakui oleh penjajah Portugis dan Belanda, dan ketika undang-undang Inggeris diperkenalkan ke negeri-negeri Selat melalui Piagam Keadilan, undang-undang Inggeris telah menggantikan undang-undang Islam dan adat ini.
            Plaintif telah membawa satu tindakn defenden, menyatakkan bahawa defenden telah membuat keputusan yang bercanggah dengan undang-undang menghalangnya dari tanahnya. Menghalaunya dari tanahnya. Defennden berhujah bahawa plaintif telah dihalau dari tanahya mengikut peruntukan undang-undang yang sah kerana dia gagal mendaftarkan geran tanahnya tanahnya sepertimana yang dikehendaki oleh peruntukan undang-undang Inggeris. Mahkamah memutuskan berdasarkan undang-undang adat Melaka, plaintif merupakan pemilik sah kepada tanah terebut. Keputusan itu jelas membuktikan bahawa undang-undang Islam masih lagi berpengaruh walaupun undang-undang Inggeris diperkenalkan.

5.2       Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Pengaruh undang-undang Inggeris di Negeri-negeri Melayu Bersekutu adalah bertitik tolak daripada Perjanjian Pangkor 1874. Antara intipati perjanjian itu ialah penerimaan raja-raja Melayu terhada seorang penasihat Inggeris yang dipanggil residen. Residen berfungsi sebagi penasihat kepada kerajaan dalam hal-hal pentadbiran kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
            Di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, sebelum campur tangan Inggeris, pentadbiran undang-undang di setiap negeri termasuklah hal ehwal orang Islam terletak di bahu Raja-raja Melayu. Undang-undang yang terpakai pula adalah undang-undang yang berasakan hokum syarak dan adat seperti Adat Temenggung dan Adat Perpatih..
            Prinsip perjanjian yang sama juga termetrai di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Seterusnya pada tahun 1895, keempat-empat negeri ini disatukan menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu supaya negeri-negeri ini boleh ditadbir di bawah satu sistem pentadbiran. Secara dasarnya, boleeh dikatakan bahawa penerimaan Residen di negeri-negeri ini adalah berpunca daripada kekacauan politik yang berlaku. Untuk menyelesaikannya, Sutan terpaksa meminta bantuan daripada pihak Inggeris.
            Beberapa tahun selepas berlakunya perjanjian atau triti ini, penjajah Inggeris mula menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri yang terdiri daripada raja dan pembesar-pembesar Melayu di negeri-negeri berkenaan dan turut disertai oleh orang-orang Inggeris sendiri. Majlis Mesyuarat Negeri ini digunakan untuk membuat undang-undang negeri mengikut cara Inggeris.
            Di samping itu, Inggeris juga telah menubuhkan mahkamah-mahkamah di negeri-negeri berkenaan mengikut sistem kehakiman di Negeri-negeri Selatdengan sedikit sebanyak penyesuaian dengan mahkmah-mahkamah tempatan. Hakim-hakim bagi mahkamah ini kebanyakannya terdiri daripada orang-orang Inggeris sendiri denan dibantu oleh beberapa pembesar Melayu.
            Pada tahun 1937, satu enakmen yang dikenali sebagai Enakmen Undang-undang Sivil 1937 telah digubal sebagai satu statut untuk memperkenalkan undang-undang Inggeris ke Negeri-negeri Melayu secara rasminya telah menerima undang-undang Inggeris. Walaubagaimanapun, pemakaiannya tidaklah secar menyeluruh. Ia masih lagi memberi ruang kepada undang-undang tematan untuk bernafas. Ini membuktikan dengan beberapa kes yang perlu diputuskan.
            Dalam kes Rahmah binti Taat vs Laton binti Laton Satan23. Mahkamh memutuskan bahawa undang-undang Islam bukanlah undang-undang asing, tetapi undang-undang tempatan. Mahkamah mesti mengambil perhatian kepada undang-undang ini dan mengisytiharkannya.
            Penghakiman dalam kes Shaik Abdul Latif & Ors vs Shaik Elias Bux24. Menguatkan lagi kenyataan ini. Edmunds, JC dalam penghakimannya mengakui bahawa undang-undang yang terpakai kepada orang Melayu di Negeri-negeri Melayu Bersekutu sbelum kedatangan Inggeris adalah undang-undang Islam yang disesuaikan denagn adat Melayu. Kedua-dua kes ini jelas menunjukkan masih wujud pengiktirafan Inggeris terhadap undang-undang tempatan.

5.3       Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

Terdaat lima buah negeri di Negeri-negeri Meelayu Tidak Bersekutu, empat daripadanya adalah jajahan Siam iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Johor diiktiraf oleh Inggeris sebagai negeri yag merdek pada tahun 1885 dan dalam tahun1914 menerima eorang penasihat Inggeris.25
                Oleh kerana Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu adalah negeri-negeri lindungan Inggeris, maka kedudukan negeri-negeri ini adalah berbeza daripada Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Oleh yang demikian, undang-undang Inggeris tidak diterima dalam sistem mereka. Negeri-negeri ini tidak pernah secara formal menerima undang-undang Inggeris ke negeri mereka walaupun Enakmen Undang-undang Sivil Negeri-negeri Melayu Bersekutu dilanjutkan ke negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menerima undang-undang Inggeris secara tidak formal kerana kebanyakan undang-undang yang diluluskan berlandaskan undang-undang Inggeris dan hakim juga adalah hakim yang terlatih di England.
            Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan adalah negeri-negeri ini adalah bebas dan ditadbir di bawah raja yang berdaulat. Kedudukan ini sama sekali berbeza dengan apa yang berlaku di negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Akan tetapi persoalan yang timbul, adakah benar Inggeris tidak campur tangan dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu? Memang pada peringkat permulaanya undang-undang Islam di negeri-negeri ini tidak diganggu, namun ianya tidak diberi perhatian kepada lacuna yang wujud dalam undang-undang tempatan, termasuklah undang-undang Islam akibat daripada perubahan masyarakat yang timbul kerana perlindungan dan pengaruh daripada Inggeris.
            Akibatnya, undang-undang Islam telah berjaya disempitkan sehingga ia hanya dipakai dalam bidang kekeluargaan sahaja dengan mewujudkan undang-undang khusus bagi pentadbiran hokum Islam, menyempitkan bidangkuasa institusi-institusi pengadilan Islam dan sebagainya.

6.0       KESIMPULAN

Melalui setiap penilaian yang telah dijalankan dapatlah diperhatikan bahawa undang-undang yang digunakan di Tanah Melayu adalah undang-undang adat dan undang-undang Islam yang kemudiannya telah disesuaikan dengan undang-undang adat di Tanah Melayu. Namun begitu kedatangan penjajah Inggeris ke Tanah Melayu telah menyebabkan pemakaian undang-undang Islam ini terbatas kepada beberapa perkara sahaja antaranya hal ehwal kekeluargaan dan beberapa peraturan yang lain. Namun begitu pemakaian undang-undang Inggeris ini adalah secara tidak konsisten. Hal ini demikian kerana terdapat setengah kes hakim mengiktiraf undang-undang tempatan dan sesetengah kes adalah sebaiknya.
            Pemakaian undang-undang Inggeris di negeri-negeri selat telah meminggirkan undang-undang Islam melalui pengenalan Piagam Keadilan Pertama, Kedua dan Ketiga. Pigam ini secara jelas mengisytiharkan penerimaan undang-undang Inggeris secara menyeluruh di negeri yang dikuasai oleh Inggeris itu. Natijahnya, penguatkuasaan undang-undang Islam yang sedia terpakai terutamanya di Melaka telah terhapus dan diganti dengan undang-undang Inggeris.
            Sebaliknya di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, penyisihan undang-undang Islam dilakukan dengan cara yang lebih licik iaitu dengan memisahkan hal ehwal agama dengan urusan kehidupan yang lain. Melalui sistem Residen, sultan dikehendaki menerima nasihat Residen dalam semua hal kecuali dalam soal hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Pengertian agama Islam tlh disempitkan dengan hanya mengfokuskan kepada urusan ibadat, perkahwinan, perwarisan dan beberapa perkara yang termasuk dalam kategori undng-undang peribadi. Sementara dalam urusan jenayah, pentadbiran negeri, pecukaian dan lain-lain terletak di bawah bidangkuasa undang-undang Inggeris yang merujuk kepada common low dan ekuiti serta statut-statut berkaitan.

            Hal yang sama juga berlaku di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Undang-undang Islam telah dihadkan skopnya kepada undang-undang diri yang terpakai kepada orang Islam dengan cara mewujudkan beberapa peruntukan undang-undang berkaitan.

RUJUKAN
1.      Abd Jalil Borham. 2002. Pentadbiran Undang-undang Islam Negeri Johor. Johor : Universiti Teknologi Malaysia.
2.      Abd Jalil Borham. 2002. Majalah Ahkam Undang-undang Sivil Islam Kerajaan Negeri Johor 331h/1913m. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
3.      Abdul Kadir bin Haji Muhammad. 1996. Sejarah Penulisan Undang-undang Islam di Malaysia. Kula Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
4.      Ahmad Ibrahim & Ahilemah Joned. 2007. Sistem Undang-undang di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
5.      Hamid Jusoh. 1992. Kedudukan Undang-undang Islam Dalam Perlembagaan Malaysia, Suatu Rujukan Khas Terhadap Kes-Kes Konvensi Dalam Undang-undang Keluarga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6.      Liaw Yock Fang. 1976. Undang-undang Melaka, The Hague-Martimus Nijhoff. Singapura: Netherlands Ministry og Education and Lee Faundation.
7.      Mahmood Zuhdi Abd Majid. 1997. Pengenalan Undang-undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
8.      Mahmud Saedon A.Othman. 1996. Institusi Pentadbiran Undang-undang dan Kehaakiman Islam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
9.      Noor Aziah Mohd Awal 2010 Pengenalan Kepada Sistem Perundangan di Malaysia. Selangor: International Law Book Servise.