Rabu, 17 September 2014

anak myanmar

disuatu pagi, ketika aku terlalu sibuk menguruskan hal-hal bertangguh yang sebenarnya perlu aku siapkan semalam, salah aku buat kerja bertangguh. tiba-tiba datang seorang anak perempuan kecil berpakaian blouse kuning lusuh seluar sukan, kain tudung kuning disarung ringkas. dia mengetuk pintu pejabatku seraya memberi salam. walaupun aku tidak pasti apa tujuannya, aku jemput jua dia masuk dan duduk di depan ku.

dia menghulurkan aku sekeping kertas yang sudah lusuh benar keadaannya. mungkin sudah sering sangat bertukar tangan. panjang juga apa yang tertulis disitu, aku baca secara ringkas sahaja. ketika aku meneliti tulisan di atas kertas itu, dia mengeluarkan beberapa barang dan menyusunnya di atas meja. antaranya kerongsang dan buku agama. aku hanya melihat dia dan merasa kesihan padanya. dia kelihatan kepenatan. mungkin sudah seharian berjalan. mungkin.


dia memberitahu aku bahawa dia ingin menjual apa yang telah disusunnya sebentar tadi dalam pelat yang aku tak pasti dari mana. aku memilih kerongsang sahaja, sambil aku bertanyakan asal usulnya. katanya dia dari myanmar dan datang ke sini dengan bus. tapi entah dari mana dia mula naik bus. aku tak pasti. aku hanya mengambil tiga biji kerongsang kecil, memandangkan tiada banyak pilihan.katanya lima ringgit. dia meminta aku mengambil tujuh dengan harga sepuluh ringgit, aku katakan aku tidak mampu. cukuplah dengan tiga sahaja. sebenarnya agak mahal kerana kebiasaannya bagi kerongsang sebegitu sepuluh biji dengan harga sepuluh ringgit.

setelah semua transaksi selesai, dia juga meminta derma. aku agak memprotes kerana merasakan dengan pembelian aku itu aku telah membantu. katanya itu perkara berbeza. malas hendak panjangkan cerita aku hulurkan juga. tak usahlah aku nyatakan berapa kerana itu urusan aku dan pencipta. aku iringi dia keluar. aku sempat melihat dia terus mengetuk pintu ke pintu. tiba-tiba aku merasa kasihan pada dirinya. mengapa dia sampai ke malaysia.

*      *      *     *     *

ada orang bertanya padaku kenapa aku layan juga budak itu, kerana pada ketika ini ramai yang menipu. secara ringkasnya aku kesihankan dia. dia masih kanak-kanak yang sepatutnya gembira bermain dengan teman seusianya, bukannya bekerja.. sekiranya di sebalik dia ada satu sendikit pemerdagangan manusia, aku bukan ingin membantu sendikit itu. tapi anak kecil itu. kerana sudah pasti dia akan dimarah kerana tidak berjaya mendapatkan derma dalam jumlah yang besar. mungkin kita kata itu hanya apa yang ada ditv sahaja. dalam gerak khas mungkin. dan sekiranya benar dia menipu bukannya aku mendermakan seribu ringgit. tidak sebanyak itu. jadi tidak mengapalah. kalau benar derma itu, maka adalah ganjarannya. jika tidak aku pasti Allah akan tunjukkan kuasanya.

bukanlah ingin mangatakan diri mulia, hanya ingin bercerita. anak myanmar yang datang dengan serba kekurangan memohon secebis ehsan. salahkah aku jika terlalu naif ingin membantu anak kecil itu kerana aku percaya dan aku tahu, bahawa di dalam harta kita terdapat bahagian orang lain jua. mungkin anak myanmar itu tidak bertuah seperti aku, tidak dapat belajar, bermain, bergembira dan sebagainya. semoga dipermudahkan urusannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan