Sabtu, 5 Januari 2013

PENYAKIT PENEMAN ORANG TUA????



Agak2 korang la, kalau korang dengar orang cakap PENYAKIT PENEMAN ORANG TUA apa penyakit akan terlintas dalam otak korang. Okay la aku bagi clue sikit, sakit lutut, sengal sendi, nyanyuk pape la yang orang tua selalu sakit tu..iyalah apa taknya PENYAKIT PENEMAN ORANG TUA. Tapi aku jadi pelik giler dgn statement tu sebab masa aku dengar statement tu aku ada kat wad pakar KANAK-KANAK aku ulang lagi kanak-kanak… Budak tu ada penyakit orang tua ker? Meh la aku cerita dari A sampai Z..
                Masa aku tengah tunggu cik misi siapkan kerja dia kad wad pakar KANAK-KANAK tu , ada la seorang mak cik yang pakai baju biru ni tanya kat mak cik yang dukung seorang baby yang cute giler (cute giler wei baby dia) apa sakit baby tu? Jawab mak baby tu PENYAKIT PENEMAN ORANG TUA.. mak cik baju biru tu pun buat muka blur… okay aku normal, coz bukan aku jer yang xfaham.. hehehe… yela… tu baby lagi kot apahal plak dapat PENYAKIT PENEMAN ORANG TUA… heran aku… lepas tu mak budak tu pun explain la, budak tu ada sindrom down. Mak dia cakap PENYAKIT PENEMAN ORANG TUA tu sebab dikala anak orang lain bila dah besar nanti akan tinggalkan orang tua diorang tapi kanak-kanak istimewa ni akan stay kat umah jer dengan orang tua diorang.
                Emmm betul jugak tu, sekali imbas ayat mak dia tu macam bagus giler jer kanak-kanak istimewa ni, sedangkan budak-budak yang normal  ni akan tinggalkan orang tua diorang. Sekarang aku nak tanya berapa orang jer antara kita ni yang dah fikir nak jaga mak bapak bila dah berjaya nanti. Kalau korang dah nekad nak jaga mesti korang dah selesaikan persoalan ni….
1.       Kalau korang kerja, orang tua tu duk rumah sorang2 ker?
2.       Xbosan ker nanti? Apa yang dia boleh buat kat rumah tu?
3.       Macam mana kalau ada kecemasan?
4.       Nak ker orang tua tu tinggal kat umah korang?
5.       Boleh ker korang bersabar dengan kerenah diorang sepertimana diorang bersabar denan kerenah korang masa kecik dulu?
Dan lain-lain la… korang senarai la sendiri. Kalau korang pernah tengok la drama melayu, banyak cerita yang orang tua ni kalau boleh diorag tak nak berpindah ke rumah anak-anak diorang.. sebab diorang dah selesa sangat dah tinggal kat rumah diorang tu.. anak-anak plak, of coz la tak nak tinggal kat kampung, ape kelas tinggal kat kampung, balik2 tengok langit biru, hijau sawah, pagi bunyi ayam itik malam cengkerik. Diorang ni lagi suka tengok bangunan tutup langit, hitam jalan tar bunyi moto, enjin, kilang lagi menenangkan… huhu….
                Logik la kalau ada rumah anak-anak yatim sebab diorang tu xder mak ayah… senang citer xder waris yang nak jaga diorang…. Tapi bila ada rumah orang tua ni boleh la kita persoalkan mana perginya anak-anak yang diorang dah lahirkan sebagai penyambung generasi untuk membela mereka di hari tua? Ada waris la maksud aku…  dulu masa kecik-kecik comel jer janji macam-macam dengan mak ayah.

 “mak2.. nanti bila achik dah besar, achik dah kaya, achik nak buat rumah besar, achik nak bawa mak tinggal kat umah achik.. nanti tak payah la mak kerja berat2 lagi.. mak jadi permaisuri dalam rumah achik..”

Tapi alih-alih bila dah kaya. Mana la nak ada masa. Keinginan manusia ni sebenarnya terlalu tamak. Bila dah dapat seuncang nak seguni bila dah dapat sebukit nak segunung entah-entah mengidam nak sebanjaran. Itulah fitrah, jadi bila pulak la nak ambil port pasal orang tua tu.
                So itulah dia pendirian anak yang normal. Jdi kalau suatu hari nanti kita diberi zuriat yang ada penyakit PENYAKIT PENEMAN ORANG TUA jagalah dia dengan penuh kasih sayang dan sabar kerana dengan kurniaan itu mungkin akan lahir kebaikan pada hari tua kita kelak..

p/s: Allah tidak akan menguji hambaNya dengan dugaan yang tidak mampu dia hadapi. Sekadar peringatan buat diri dan seisi pembaca…

Rabu, 2 Januari 2013

how are my friend in dean list..

assalamualaikum.. ape khabar?

ok hari ni xhado la menarik sangat sebab saya mengalami masalah dalam menjawab paper exam huhu punya la panjang dan dengan muka penuh kekonfidenan saya menjawab.. sekali kuar dewan... mak aihhh lain daripada mereka ini.. ok, end of test dan kekecewaan itu.

apa yang nak dikatakan disini,,, perrrghhh skemA nya la ayat.. haha saya nak bercerita tentang beberapa bentuk individu-individu yang berada dalam dekan list owhh sungguh pelik bila gabung dua bahasa begitu.. dean list actually, ok saya tak berada di dalam senarai kedekanan yer pembaca.. xder la bijak sangat..

ok, ada beberapa bentuk mereka ini berkawan mungkin di sebabkan oleh sikap atau memang untuk kepentingan diri sendiri.. entah la.. xkan la nak tanya kan.. so anggap la dah memang dia macam tu..

ada orang yang akan kongsi apa yang dia ada, ape yang dia dapat sepanjang pembacaan dia.. seseorang yang sangat mudah didekati, yang akan cuba mengajar sahabat lain bagai anak kecil yang kesesatan.. mungkin juga mereka percaya bahawa ilmu itu berkembang apabila dikongsi.. bercita2 ingin berjaya bersama..

manakala sebahagian yang lain merasakan dia lebih perlu untuk berkawan atau mendekati mereka2 yang lain yang tergolong di dalam dean list (daa.. like i care).. sebenarnya dah memang care la kalau saya men"spend" masa membebel kat sini.. ok orang2 macam ni memang jelas la cuba untuk hanya menjaga periuk nasi sendiri dan agak selfish mungkin.. menghabiskan masa dengan mereka2 yang lebih bijak sedangkan pada waktu yang lain ketika nak berhuha huha (berjimba) tau plak cari yang kurang cemerlang.. well maybe coz yang kurang cemerlang ni pandai berjimba..dan yang paling jelas yang kurang cemerlang ni xhado la xberguna dalam semua perkara.. ni saya jamin.. well opkos la setiap orang ada kelebihan.. iyer dak? so dalam keadaan mereka ini kurang cemerlang n ada kelebihan ada gak individu ini yang turut rapat2 dengan yang kurang cemerlang ini untuk merasa atau menghisap kelebihan dia.. owhh perangai apakah itu..

well, ada yang bersifat lebih senang mengatakan 'entah la tak tahu!' atau 'tak pasti la!' atau 'saya bukan pandai pon dalam subjek tu!'(kalau dengar ayat2 ni rasa macam nak sepak.. heloooo korang budak dean list kot).. ermm bila sebenarnya soalan korang tu sepatutnya diorang boleh jer jawab sambil makan kuaci.. bila diorang gila gigih study n bila korang cuba tanya satu part daripada note yang sama yang diorang dah study, bleh plak diorang kata tak tahu.. bukankah ini mengundang kebengangan dalam diri..

anyway perangai yang lain2 tu korang cari la sendiri.. nasihat saya, kalau kita duk diatas bukan bermakna ia adalah peluang bagi kita nak memandang hina siapa dibawah.. kerana yang dibawah itu tak kan selamanya di bawah dan yang di atas itu bukanlah selamanya akan berada di atas.. kedekut ilmu itu xbaik untuk kesihatan.. percaya la peluang untuk bekerja atau rezeki itu bukan ada pada "dekan" semata-mata.. banyak aspek lain lagi yang akan dinilai..

SEMUA DI ATAS DI TULIS EKORAN DARI KESAN EXAM TADI DAN JAWAPAN YANG DITERIMA DARI RAKAN2 SEBELUM MASUK DEWAN DAN PERUBAHAN SIKAP SESETENGAH INDIVIDU DI KALA MOOD EXAM MELANDA..

have a nice and better day u guys.. assalamualaikum..