Isnin, 26 Mei 2014

a simple thank you

assalamualaikum.. beberapa hari ni xder la bz mana pon.. tapi entah la.. penat kot (bajet maccam kerja buruh kasar dah).. ehhh ! korang perasan tak iklan ucap terima kasih kat tv tu.. tau tak.. bagus tu iklan tu.. mula2 aku tengok aku pandang sebelah mata jer.. rupanya ucap terima kasih tu memang la teramat sangat perlu diamalkan..



dalam diri aku kesedaran ucapan terima kasih tu dah macam chipsmore kejap ada kejap tak der.. contohnya pernah la aku terbaca dari blog sape ntah al-kisahnya mak dia ucap terima kasih sebab dia bawa balik burger.. dia bawak balik burger jer pon mak dia ucap terima kasih n masa tu dia tengah sarapan.. burger tu dia bawak balik semalamnya selepas dia kerja.. jadi, dia pon sedar dia xucap pon terima kasih yang mak dia duk tungkus lumus masak selama ni.. masa tu aku pon tersedar jugak aku pon xucap kat mak aku.. ekekeke

sebenarnya dengan ucapan terima kasih yang ringkas itu boleh buat seseorang merasakan usaha dia dihargai dan dia tahu bahawa kita sebenarnya sedar akan penat lelah yang dia dah buat selama ni..

aku pernah la tanya sorang lelaki ni, kenapa susah sgt si pulan bin si pulan ni  nak ucapkan terima kasih.. dia kata biasalah tu kami kan lelaki.. pulak dah.. xtahu pulak aku lelaki tak ucap terima kasih.. pape pon, kadang2 rasa macam bodoh jugak kalau dah tolom dan lepas tu orang yang kita tolom tu berat mulut nak cakap terima kasih..

tak luak mana pon kalau ucap terima kasih.. bukan la nak sangat, tapi rasa bagus sangat kalau dapat dengar.. korang suka orang ucap terima kasih kat korang, jadi orang lain pon mesti suka jugak.. kan???

selain itu kita kena la jugak berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat yang dah diberi, sebagai tanda kita ni umat yang bersyukur.



oleh itu, thanks kerana sudi menyakitkan mata menyenakkan hati membazirkan masa untuk membaca blog aku nii...

adioos!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan