Isnin, 6 Januari 2014
sepotong salam
assalamualaikum (ringkas jer)..
ketika badan meminta direhatkan namun mata masih meliar, otak masih ligat.. entah kenapa.. mungkin kafein.. dari aku duk pejam mata n paksa tidur tu mungkin ada baiknya kalau update ape yang patut..
sepotong salam.. itu yang terlintas dalam fikiran aku.. aku teringatkan kata2 boleh la jugak nak kategorikan sebagai nasihat dari ustaz aku.. katanya kalau kita nak hari kita berjalan dengan lancar dan tenang sepanjang hari, kita perlu mendapatkan 7 doa kesjahteraan setiap pagi..
ungkapan assalamualaikum adalah suatu doa "salam sejahtera keatas kamu" dan memandangkan menjawab itu wajib maka, kita juga mendoakan perkara yang sama kepada si pmberi.. indah sungguh Islam.. ungkapan seringkas dan semudah itu memberikan kesan positif kepada insan..
aku ingat lagi masa aku sekolah rndah, kitorang diajar bagi salam kat cikgu.. xkira ahh kat mana.. kenal ker tidak.. ngajar ker tidak.. kadang2 sampai terberi kat orang luar, maknanya bukan cikgu sekolah tu pon.. masa tu kalau tanya, kenapa bagi salam.. kompem aku jawab CIKGU SURUH..
masa sekolah menengah plak, budaya bagi salam kat cikgu tu dah ditambah pulak dengan kena bagi salam kat senior.. masa jadi tingkatan satu jenuh ahh sikit nak bagi kat semua senior.. pastu bila dah naik form 2 mula nak berlagak sebab adik2 bagi salam.. (xmatang tol, tapi bukan aku sorang asenya yang macam tu).. masa tu kalau tanya, kenapa bagi salam.. kompem aku jawab SENIOR BULI.. kalau xpun SENIOR SURUH..
bila umur dah meningkat ni, mula faham dan sedar (berapa peratus sedar aku tak tau) sebenarnya budaya memberi salam itu bagus..ustz yang nasihat tadi tu masa aku beljar kat UKM.. jadi apa yang aku perasan la.. budaya memberi salam yang dah dipupuk sejak bangku sekolah ni, xterlaksana di peringkat yang lebih tinggi.. mungkin ada, tapi aku jer yang tak terlibat dengan suasana tu.. mungkin..
pada pemerhatian aku, kita lebih cenderung senyum dan angguk dari menyebarkan salm.. aku tak pasti apa puncanya.. mungkin masing2 merasakan diri lebih besar atau lbih berkuasa dari orng lain sehingga sepotong salam itu tak perlu diucapkan.. mungkin juga kerana kemajuan teknologi, mana taknya kalau dok sumbat telinga dengn earfon macam mana nak bagi salam.. mungkin kerana kekangan masa.. entahla.. aku tak pasti.. tapi aku tetap akui masih ada yang mengamalkannya.. Alhamdulillah
pengalaman menjadi guru ganti memberi ruang untuk aku mengkaji dan merasai sendiri nikmat sepotong salam itu.. memang hidup rasa tenang dan bersemangat.. ape taknya sebaik sahaja kaki melangkah turun dari kereta entah berapa orang yang dah doakan kesejahteraan.. walaupun agak penat, tapi sebenarnya ia seronok.. satu pengalaman yang menarik.. rindunya aku akan suasana tu..rindukan budak2 yang duk panggil dan tanya macam2.. budk yang akan mengeluh, kerana tak yakin pada diri.. budak yang pandang kau kat depan dengan pandangan kosong.. dan semua ragam yang lain.. aku rindukan sepotong doa dari tiap2 merka.. terasa ingin kesana (mungkin memang aku minat mengajar.)..
well itulah cerita dan perkongsian sepotong salam dari aku.. aku ni bukanlah berilmu sangat kalau nak dibandingkan dengan orang lain.. sape la aku.. huhu
wassalamualaikum.. see u soon
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan