Sabtu, 9 Januari 2016

review buku : CERPEN SENTAP



assalamualaikum handsome and sweet readers sekalian.. hari ni aku nak share kat korang satu buku yang aku dah baca ni.. lama dah habis baca baru ada masa nak story kat korang.. sebabnya komputer ni memang sangat la busy dengan orang yang main game 24 jam..

ok la berbalik pada buku yang aku nak story ni.. tajuknya CERPEN SENTAP.. hasil penulisan saudara AHMAD SHUKERY AZIZAN.. penerbitan SENTAP PRESS SDN.BHD. buku ni mengandungi beberapa cerpen pendek, seputar lokasi kejadian kawasan kampus.. atau pon senang citer ia tentang muda mudi.. budak skolah, student universitas.. ada jer cerita orang dah bekerja dan pasal rumah tangga..

susunan cerita dalam ni memang menarik, macam korang baca cerpen no satu korang rasa nak sangat baca yang no dua.. dan seterusnya.. permulaan buku dimulakan dengan jalan cerita yang lebih ringkas dan santai, mudah nak faham, seronok dibaca.. cerita2 seterusnya lebih serius lebih sarat dengan nasihat.. tapi masih lagi santai dan dekat dengan hati pembaca macam aku..

best part pasal buku ni dia guna pendekatan ganti diri ketiga.. maksudnya xder la kat dalam tu cerita pasal "aku" sahaja.. ada jugak watak2 lain.. dan watak juruh dalam bahasa kelantan waraq dalam bahasa arab xder la bajet bagus.. atau macam kau sorang jer paling bagus atas muka bumi... orang lain pendosa..

pada pendapat peribadi aku la... aku tak tau la korang macam mana.. tapi aku pernah la jugak dengar mad'u iaitu orang yang di dakwah kurang senang cara penyampaian para dai' yang lebih suka bercerita pasal diri sendiri, dan suka tengok mad'u dengan pandangan mata yang pelik..

bila korang rasa korang baik suci dari dosa, tak semestinya korang yang paling mulia.. xbaik riak.. Allah minus semua pahala amalan selama ni baru tahu.. tapi orang yang mulia itu adalah orang yang berdosa dan bertaubat daripada dosanya.. ada dah sebut dalam buku ni

memang bnyak part dalam buku ni menyentapkan aku yang tak berapa nak baik ni... waaaa.... kecik jer ase diri ni bila baca... papehal.. buku ni best.. good job en. penulis.. terus hasilkan penulisan yang dapat menyentapkan hati2 yang terlupa dan terleka...

moga aku ada bajet nak dapatkan koleksi tarbiah sentap yang lain... huihui... tengok lah BR1M nanti mcam mana..

ok, so untuk korang, kalau korang ada masa korang baca la buku ni... sebab dalam tu ada benda yang antara korang sedar atau tak korang memang buat..

wallahua'alam moga bermanfaat dan tu jer dari aku...