Ahad, 29 Jun 2014

salam ramadhan

assalamualaikum.. salam ramadhan buat semua hari ni adalah hari pertama ramadhan.. macam mana dah rasa penat ker... chaiyook2 orang Islam kena kuat.. puasa tau, jangan ponteng..

moga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya, jom tingkatkan pahala, kurangkan dosa.. selamat beribadah..


Isnin, 23 Jun 2014

~kerahsiaan~

assalamualaikum.. sihatkah kalian semua hari ni..aku harap korang ok la.. xder ape-ape yang serius... emm korang tau kan ada beberapa pekerjaan kat atas muka bumi ni, yang perlu menjaga rahsia klien2 mereka.. doktor n jururawat rahsia pesakit, peguam rahsia klien dan lain-lainlah..

kerahsiaan ni perlu ada sebab ia mengaibkan.. cuba korang bayangkan seseorang ada penyakit yang mengaibkan, di kawasan yang memang tertutup dan xkan saje2 nak tayang bagi orang tengok, tentulah xnak orang lain jugak tgk selain org yg bagi rawtn kan? tpi tiba2 korang duk story rata2, amek gambar share ngan kawan2 aku xpasti la dengan niat ape tu.. tp tentulah pesakit tu xkan suka, dan xkan stuju korang buat semua tu..

mcam tu juga dengan pguam, kalau kes2 keluarga berantakan tu, korang rasa dia nak ker korang jajat cerita dia kat orang lain.. tambah2 kes2 yang masih dalam perbicaraan, yang dah setel memang la orang akan buat rujukan.. tapi hakikatnya mmng kena pelihara la kerahsiaan tu.. sebab dia bukan sesuka hati nak story.. faham x.. dia tengah percyakan kau, dan tengah ketepikan rasa malu dan sebagainya semata-mata nak mintak tolong dengan mereka2 ni..

tolongla sesape yang terlibat, jga amanah kerahsiaan ni...

k... all the best, bye..

Rabu, 18 Jun 2014

nasihat : pemberian jiran



diriwayatkan oleh Abu Hurairah : Nabi SAW bersabda, "wahai kaum muslimati! janganlah kamu memandang rendah akan pemberian jiran kamu walaupun ia hanyalah kuku kaki kambing."

H.R Bukhari no:46


salah satu daripada adab berjiran, pada pandangan sayalah.. kemarin berlakulah satu kejadian yang sangat aneh, elik dan penuh misteri.. dirumah kami ada la satu pokok serai wangi yang tumbuh amat subur.. xtahu lah macam mana pokok tu boleh subur begitu.. dulu ada dua rumpun, tapi satu rumpun tu berbunga.. jarang berlaku, pada ketika itu ada la orang-orang yang percaya benda karut ni bagi tahu dengan upacara yang betul kalau korek pokok serai tu mesti akan keluar harta karun... wah33x... jadi terus la pokok tersebut di cantas.. xkuasa melihat orang duk datang puja.. kang ada jugak yang menggali tengah2 malam buta, lgi seram kot...

maka tinggallah hanya serumpun... korang tahu khasiat serai.. kalau serai yang dalam masakan tu, bagus untuk sistem penghadaman, ambik beberapa batang kemudian rebus hingga menggelegak lepas tu minum, xminum yang panas pon xper.. insyaAllah akan melawaskan kerja-kerja pembuangan air kecik, merwat kencing kotor, dan lain2 lagi... huhu tapi kalau serai wangi aku rasa orang xmakan.. biasanya buat mandi.. untuk orang berpantang, sakit, hilangkan bau.. kiranya lebih kepada kegunaan luaran.. dan pokok srai wangi yang serumpun tu, dah banyak berjasa, pada family aku dan jiran teangga..

pagi dalam pukul 10 gitu adalah bunyi orang tengah ketuk ker ape ker.. entah lah.. so aku jenguklah.. rupanya jiran aku tengah ambik serai tu.. aku pon positive thinking la kejap yang dia dah mintak ngan mak bapak aku pagi tadi.. jadi tak der la aku pergi menyapa beliau... aku teruskan kerja aku di dapur... selesai semua benda, pukul 4 petang aku keluar rumah nak pergi menjemput budak sekolah.. terkejut besar aku pokok serai tu dah betol2 togel... yang daun hijau merimbun dah hilang tinggal bahagian bawah yang kuning macam kering air jer...

aku pon heran la dah kenapa jiran aku ni rajin sangat nak tebang pokok serai tu sampai sebegitu, dah dapat izin kah, mengganggu dia kah, aku memng tak boleh nak fikir dah masa tu.. masa atas kereta aku story kat adik bongsu aku, pastu dia tanya aku, BUKAN KER DIA KENA MINTAK DULU.. aku rasa pon macam kena mintak dulu.. kalau yer pon ape dia buat tu baik untuk tumbesaran pokok pada masa akan datang aku tak rasa dia boleh main tebang jer.. aku tanya mak aku, dia kata beliau tak der cakap apa2 pon...

mak aku tahu aku tak suka dan tak setuju dengan ape yang jiran aku dah buat, mak aku kata tak per la... biarkan jer la.. tapi sayang la... kalau betol2 pokok serai wangi tu dah takder, maknanya kitorang pon dah tak der lagi baka serai wangi sebaik tu...

harapnya aku dapat berserah, dan berharaap aku boleh anggap macam dia menerima pemberian dari kami walaupun dia tak mintak...

huhu..
lots of love.. asslamualaikum

Rabu, 11 Jun 2014

masak & makan

seronok memasak bila ada yang beiya makan sampai licin.. penat pon dah tak terasa..

makan makan dan makan..



selamat jamu mata.. kami dah besantap dengan semua ni...

Rabu, 4 Jun 2014

cuti sekolah = majlis kahwin

assalamualaikum n selamat pagi kengkawan.. musim cuti sekolah dah dilalui hampir seminggu.. dalam cuti ni sempat la menghadirkan diri ke dua majlis kahwin member2 sekolah dulu.. seronok ahh jugak dapat jumpa kawan2 lama.. dulu kalau dalam bahasa kelantan kita panggil pughah.. tapi masing2 dah matang cara cakap pon dah beza.. menakjubkan betol.. aku pon terimbau la memori zaman kanak2.. hahahaha

ni bukanlah majlis perkahwinan yang pertama dah ramai pon yag kahwin... beranak pinak dah setengah tu.. aku kelakar mengenangkan zaman jahiliah dulu.. beiya2 mengurat, mewujudkan skandal, bercintan xingat dunia.. n now, masing2 kahwun dengan orang lain.. dah jodoh dia... kan??




ni la member yang berkahwin dalam cuti sekolah ni.. antara yang dapat aku pegi la...sorry la aku xleh nak story kisah cintan mereka.. kaedahnya aku xtemuramah pon... papepon.. tahniah guys, semoga kekal till jannah...

tu jer ahh story aku.. papai..