Sabtu, 30 Mac 2013

muflis selepas graduasi?

assalamualaikum si cantik dan para hensome sekalian.. ok ni topik yang agak serius gak.. beberapa bulan lagi insyaAllah kalau xder aral melintang akan bergraduasi la saya.. yahoo..  ok ape yang perlu difikirkan selain dari latihan ilmiah yang dengan segan silu nya nak siap ialah macam ne nak manage duit...

ok jom kita tengok situasinya yer para pelajar ku yang comel.. seorang yang fresh graduate gajinya dalam sekitar RM 2000 permulaannya la.. ok sekarang mohon senaraika segala keperluan.. please take note keperluan.. bukan kehendak... tau tak ape tu keperluan? tmpat tnggal, makan, insuran, ect.. manakala kehendak adalah iphone, ipad, honda civic <3 walhal myvi or viva adalah memadai.. faham ape beza dua tu..

ok mula balik, keperluan ni, adalah sesuatu yang akan buat kita rasa susah jika xhado tapi kehendak adalah sesuatu yang tidak akan mendatangkan masalah jika tak der.

jom senaraikan.

  • bagi pada family (kan dahkata nak belajar tinggi2 nak tolong keluarga) = RM300
  • rumah (sewa la dulu yer dak, baru start keja kan) = RM400 (share umah ngan member duk tengah2 bandaraya)
  • insuran (nyawa, kesihatan) = suka hati korang la nak beli yang mana ni pon penting jugak.
  • KWSP = kita tak tau sal konsep simpanan dia hehe..
  • kereta (wajaran viva or myvi) = RM550 kot
  • cukai, servise kereta, insuran kete ect yang berkaitan dgn kete = RM300 (penting kot2 ada emergency sal kereta kot2 la mogok tengah jalan)
  • minyak dan tol = RM300 kot, ni pon xpasti.. anggaran kasar.
  • utility dan barang dapur = RM300 (RM50 air, RM50 letrik lebih2 makan n barang dapur, kan umah share, barang dapung sama2 tong2 la)
  • PTPTN = naib baik aku dalam area RM80 je sebulan
  • simpanan
ok, korang nak tau list kasar yang saya buat ni menjadikan berapa jer gaji yang tinggal -RM380.. hoooiiiiiii negatif!!! tak cukup uuhhh... grrr seramnya.. 

so fikir2kan la yer bakal graduan ape kome nak buat.. rancang kewangan, nanti kena ishtihar muflis muda.. elak menambahkan hutang, contohnya nak kahwin berhutang, beli kereta mahal dengan hutang yang xleh blah tu untuk berlagak jer, kad kredit ect.. korang kan bijaksana.. rasanya faham ape saya cuba sampaikan..

fikir sebelum berhutang


p/s : nanti saya akan cuba kongsikan essaiment.. moga bermanfaat.. ni semua gara2 ada orang suh burn dalam cd.. tapi post kat blog agi menariks kot.. ahack..

thanks for your time, moga ketemu di lain waktu.

Selasa, 12 Mac 2013

wanita dan kerjaya

assalamualaikum.. pekabo kome semua.. ok penulisan hari ni akan story sikit pasal "wanita vs kerjaya"..

saya sendiri dah dengar banyak pendapat tentang perkara ini. xder yang salahnya pun.. pendapat jer kan. tapi kalau kita fanatik dengan pendapat kita tu, kita boleh sbb kan orang rasa menyampah dengan kita. ok itu bukan isu yang nak dibincangkan.

saya nak kongsi pendapat saya, mungkin pendapat ini dipersetujui oleh bbrapa orang, mungkin jugak tidak.. anyway, nak jugak cite...

hari tu ada pensyarah tanya, pensyarah famli law "korang (plajar pompuan) ni betul ker nak kerja lepas graduate"

so, persoalannya, ape salahnya kalau bekerja. bukan ker matlamat utama berhempas pulas menikmati pendidikan setinggi ni adalah untuk medapatkan peluang kerjaya yang lebih baik. oklah nak peram sijil tu pun xder masalah kot.

bukanlah nak kutuk kerjaya sebagai surirumah tu, surirumah pun kerjaya yang mulia ape. mendedikasikan diri sepenuhnya kepada keluarga, dari makan pakai suami dan anak, malam ajar anak2. penat weeeiiii jadi surirumah.. ni yang tersangat amat pasti. tapi kalau kita boleh jadi surirumah plus bekerja lagi terer kan. bukan senang, cari duit nak bantu suami sara keluarga pastu pikul tanggungjawab jaga umah tangga..

saya sangat kagum dengan wanita berkerjaya. kenapa? cuba la fikir mana seseorang wanita yang dianggap lemah tu mampu buat semua tu, mana nak kerja lagi, masak lagi, laundry lagi, anak2.. berapa peratus jer suami yang akan bantu istri kat umah bila istri dah penat keje kat luar untuk bantu ringgan kan beban dia.

ada pendapat kata sekiranya ibu berkerjaya anak2 terabai. tiada yang jaga, anak2 terjebak dengan gejala sosial. kenapa kusutkan fikiran dengan kerjaya yang memerlukan dedikasi pada masa yang lama, contohnya di bandar berada di pejabat sampai pukul 5 magrib baru sampai rumah sbb jem strawberi. masak dan buat kerja lain penat tidur. so anak2 xterjaga.

rezeki Allah itu ada dimana2 menulis juga mendatangkan rezeki, berniaga, online bisness, ape2 jer la kerja yang boleh dibuat dari rumah. ataupun kerja yang tak memerlukan komitmen masa yang lama. pusat jagaan kanak2, ajar ngaji.. pape jer la.

berdasarkan ekonomi negara kita sekarang mungkin gaji suami xmencukupi, melainkan dapat suami gaji yang maha tiptop. bukanlah tak percaya dengan rezeki Allah tu kat mana2, bukanlah nak kata merasakan tak cukup dengan apa suami ada, tapi sekarang semua nak pakai duit, sampai la orang kata kencing pun kena bayar.

boleh jer buat dua2 asalkan kita nak.

mama saya selalu pesan pompuan kena kerja, sekurang2nya sebagai pengalaman kerja, kita kena pandai cari duit sendiri sebab kita takkan pernah tau bila suami kita akan tinggalkan kita. masa tu xder la terkapai2. bukan berdoa supaya keluarga pecah belah, tapi kita kena sentiasa bersedia. btol tak.

p/s: xkesah lah berkerjaya atau tidak yang penting laksanakan tugas demi mendapat redha dan rahmat dariNya.