Selasa, 10 Disember 2013

suprise birthday party!!

assalamualaikum pembuka bicara.. ceeewaaahhhh... apo kabo.. harapnya semua dalam keadaan sihat2 dan baik2 sahaja.. lima hari lepas kitorang ada la clebrate birthday adik bongsu aku yg ke-9 kalinya (tapi birthday party yg prtama untuk dia)

muka dia xdop la menunjukkan dia hepi (sebab demam kot).. tapi masa tu dia macam nak nangis.. terharu la tu.. huhu.. oklah birthday aku plak xder la jauh sangat dari hari jadi dia xsambut pon... waaaaaa nangis guling2.. sebenarnya la kan seronok ugak kalau ada suprise party..masa aku sekolah dulu, xder la sambut sangat dengan kwan2 sbb dah jatuh hari cuti jer selalunya.. tapi masa tahun exam macam spm n stpm tu ada gak ahh menyambutnya.. yg spm tu xla suprise mana pon sbb sume ngah nak examkan.. bestie aku belikan kek n mkan sama2 macam tu jer.. n ex aku ada la gak try wat suprise tapi entah ahh macam mana spoil jugak.. tapi ok la tu ada gak dia belikan kek..

masa aku stpm plak ku sendiri yg spoilkan suprise aku... aku xder mood kot masa tu.. lagi pon nampak sangat member2 aku tu pelik.. aku perasan la ada something yang lain macam kan.. boleh plak aku ternampak diorang punyer preparation.. sakit kepala gak la orang yang kna jga aku.. sorry guys, aku xbermaksud nak rosakkan usaha korang..

owh masa univsiti mungkin aku xcukup baik dengan orang sampai orang nak sambut2 birthday aku.. hahaha.. tapi ada ahh gak bertukar hadiah ngan rumet..

anyway nape aku tulis semua cekadak ni??? entah la.. xberapa nak ada alasan yang menjana minda pon.. ermm macam ni la, aku bersyukur dan berterima kasih kepada Allah di atas umur yang dikurniakan, mak bapak aku yang dah sambut bithday aku masa kecik2 dulu (aku rasa adik2 aku xdop pon hehe), buat kawan2 yang sudi sambut n buat suprise, yg pernah bagi hadiah.. terima kasih sangat2 tu jer la boleh aku ucapkan...

sebenarnya bukan kuantiti umur yang utama tetapi kualiti umur.. maksudnya panjang ahh macam mana sekalipun umur tu kalau x digunakan untuk tujuan2 yang bermanfaat xhado maknanya jugak.. korang faham kan ape aku nak cakap.. huhuhu

Rabu, 20 November 2013

korean movie the last blossom

assalamualaikum sesumer.. wah2 lama sudah tidak ku menulis.. al-malas melanda diri la... hehehehehe.. cian kat blog yang satu ni... terabai kerana kemalasan aku.. hahahahaha.. 

ok dari tajuk cerita kat atas tu aku nak story sikit la pasal ni.. cerita the last blossom ni dari tahun 2011 lagi.. memandangkan aku ni xgila sangat lagi nak tegok cerita korea ni so aku baru tengok la tu pon kat tv 10 november lepas.. masa aku tengok cerita ni, aku tengah tengok sorang2 orang lain tengah beradu.. tak sangka plak aku cerita ni sedih siot..

memandangkan aku tengah tengok sorang jadi aku pulun ahh nangis kuat2.. hahahaha.. bengkak mata aku nangis... kalau korang tak tengok lagi cerita ni aku cakap tol2 kat korang cerita ni sedih oooo...



meh ah aku bagitau sikit sebanyak sal cerita ni k, bini dia ni kena kanser laki dia plak doktor, slalu penat2 tak der masa la nak layan si isteri dia ni.. diorang ada 2 orang anak laki & pompuan secara ringkas sepasang.. punya la bagus bini dia ni, semua benda dan kerja bini dia buat.. dia memang memainkan peranan yang bagus gile tak kira ahh sebagai isteri, ibu dan menantu.. ohh lupa plak, bini dia ni kena jaga mertua dia yang ada Alzheimer..

masa laki dia tahu yang bini dia ni ada kanser n dah memang x boleh nak buat ape dah, dia rasa macam loser giler.. aku doktor tapi aku suruh bini aku makan pain killer jer.. well masa tu aku terlintas, doktor pon bukan tuhan.. kalau dah memang masa dia nak pegi kau doktor biasa ker, pakar ker, mmg akan pegi jugak.. ke guane.. tu semua keje tuhan sape kita nak halang..kalau bercakap ikut agama Islamnya kena redha jer la dengan qada' dan qadar..

berbalik kepada cerita tadi, memandangkan bini dia ni ada expired date, yang memang kita biasanya tak tahu bila (rahsia Allah la katakan).. bini dia dah sedia kan semua guide line untuk panduan famli dia bila dia tak der kelak..

as time pass aku tngok famli dia macam dah boleh terima pemergian pompuan yang penting dalam keluarga dia ni.. part yang paling sedeh ialah masa saat2 akhir dia.. kata2 dia kat mertua dia, anak2 dia and mestila laki dia termasuk sekali..

that's all la pasal citer ni.. aku mmg cadangkan korang tengok ahh.. huhuhu menyayat hati sesangat..

Ahad, 17 November 2013

pekerjaan dan keberkatan

assalamualaikum... hello semua, dh bersawang dah.. betol2 terbiar ni... sorry la sedikit bz la... kononnya la.. ape yang membuatkan aku bz sgt adalah aku jadi guru ganti untuk 2 bulan... pengalaman baru, pengajaran baru jugak..

ape kaitan semua ni dengan tajuk? jap nak fikir... hehe.. xder la main2 jer.. sepanjang aku kerja dan tgok cara orang lain bekerja akubelajar banyak perkara.. dan rupanya dalam dunia pekerjaan  ni ada banyak jenis manusia... aku akan storykan serba sedikit.. huhu tapi kebanyakan perangai tu, menyakitkan hati jer sebenarnya..

1. pengampu
kaki ampu ni sebenarnya adalah satu spesis yang ada kat mana-mana jer.. kaki ampu ni akan buat semua perkara yang bagus, TAPI kena ingat.. yang bagus2 tu depan bos jer.. belakang.. tuhan jer la yang tahu.. kalau tak buat kerja pon korang akandengar la dari ucapan diorang.. contohnya, waaaaahhhh hensemnya bos hari ni.. ataupun bagus la pendapat bos tu, bijak betol bos dalam menyelesaikan masalah dan banyak lagi... kalau xdipanggil pengampu mungkin juga dipanggil tukang kipas... aku xpandai la nak ampu, tapi orng kata pandai mengampu ni bagus jugak, sebab dia bagi kelebihan kat orang tu.. tapi pada aku, kalau dapat sesuatu atas dasar ampu tu xpayah ahh nakbangga sangat..


2. pencuri
sebenarnya pencuri yang aku maksudkan bukan la mencuri secara hakikatnya, mencuri yang aku nak story ni, yang mencuri masa, barang, dan kepercayaan. dari segi masa kalau guru ni, adalah bila xpenh masuk kelas tanpa alasan yang munasabah, ataupun masuk kelas tapi bukan mangajar, bercerita atau membebel.. kalau pelajar bukan tahun peperiksaan mungkin mereka xbising sangat tapi kalau yang tahun periksa tu mesti akan jadi isu berbangkit dan timbul rasa benci dalam diri budak2 tu. mencuri barang pula adalah bila menggunakan barang yang diperuntukkan untuk meyelesaikan tugas dan tanggungjawab digunakan untuk kepentingan diri sendiri. manakala mencuri kepercayaan pula adalah apabila kita tidak dapat menunaikan kepercayaan yang telah diberikan kepada kita. perkataan lain adalah tak bertanggungjawb kot..


3. jaga tepi kain orang
xcukup dengan kain sendiri kot orang2 yang macam ni... ada tu yang bukan sahaja setakat jaga je tepi kain orang malah rajin pulak pergi canang cerita macam2 kat orang laain.. dah la cite yang dicanang tu dah jadi kategori fitnah.. lagi satu, pemakaian dan rupa nampak baik ni xleh nak cakap perangai pon macam tu.. entah ape la dia dapat dengan fitnah orang tu.. setahu aku tambah saham dosa adalah..

dah la... t kalau ada lagi aku sambung.. so far ni jer la kot aku nak cite... aku nak nasihatkan pada diri aku dan korang kat luar sana jadilah pekerja yang baik, dan cubalah dapatkan keberkatan dari apa yang dikerjakan.. xkesah la ape pon pekerjaan kita.. kalau kita makan dari hasil yang tiada keberkatan ni bukan terkesan pada diri kita jer, tapi pada anak2 yang kita suap dengan hasil yang xberkat tu... wallahua'alam..

jumpa lagi.. bye2

Selasa, 4 Jun 2013

mcam mana kau lupa?

assalamualaikum.. sidang pembaca.. malam ni, tadi, beberapa minit lalu, someone bertanya :
macam mana kau lupakan semua tu?

al kisah asalnya ialah berkisar sal clash n break off.. sorry ahh sehari dua ni aku tukar profession jadi doktor cinta... biasa ahh orang yang ada Phd sal cinta macam aku ni kalau x manfaatkan mmg la rugi sgt hahahahahaha..

jawapan aku lebih kurang macam ni la...
(sambil merenung jauh ke jendela) lupa? mana pernah lupa, cuma times will make it heals, tapi ia tetp take time... dulu mmg menangis meraung2 melalak macam org gila.. tapi semakin lama, semakin masa berlalu walau macam mana teringat pun dah tak rasa nak melalak.. mungkin hati dah boleh terima.. tapi mmg tak pernah lupa..

aku mmg akan ingat 'dia' tiap kali aku kenal orang baru.. mmg akan bandingkan mereka2 ini dengan 'dia'.. 'dia' dah jadi macam batu tanda pun... semua sifat nak kena banding ngan 'dia'.. tak der la baik sangat, entah ahh mengapa.. seolah2 semua benda xder ahh seindah yang pernah ada masa ngan dia.. wlaupun xla seindah mana... biasa2 jer.. tapi bila kita syg seseorang ni siyes la aku cakap mmg lain.. korang tak kan nmpak celah mana kurangnya dia.. tapi bila hanya separuh hati jer syg, separuh lagi tu akan nampk buruknya yang buat kita jadi benci..

apa aku nak bagi tau, korang mmg takkan dapat melupakan.. tapi korang akan sentiasa kenang apa yang jadi antara korang tu, pastu sampai masa korang akan rasa diri korang berubah.. macam aku, aku dah x pall in lap macam dulu lagi dah.. kurang cinta maka kurang ahh melalak.. gitu..

but i wish one day, i will fall in love again with someone that i call as husband.. hopefully..


k ahh nak sambung jadi doktor.. wassalamualaikum..

Ahad, 2 Jun 2013

1001 alasan kita clash !!

assalamualaikum.. terasa emosi ni.. sbb tu la nak buat entri ni.. hajat aku la, mmg aku xnak cite sal cintan cintun ni.. ok la.. aku bg secara umum.. sepanjag hidup ni, ape alasan clash aku penah dengar.. n korang kena faham, xder la sampai 1001 pon..

1) mak bapak i nak i khwin dengan ank bespren dia, nak erat hubungan silaratulrahim.. errgh.. alasan apakah ini.. ok la kalu alasan ni pompuan yg pakai, aku leh terima la sket.. tapi aku xleh terima kalau laki yg bagi.. bias kan.. ada aku kesah.. dah kenapa kau nak kena clash, boleh tak kau cuba pertahankan sikit.. memetik cita untuk 3 hari.. tak ker mengarut namanya tu.. tolong la faham, korang sbnarnya xberani nak menegakkan cinta, n tu bukan ahh cinta pon..



2) i xckup baik untuk u, u ni baik sgt, i harap u jmpa yg lagi baik dari i.. wak lu... hoi, kalau dh dpt lebih baik ko ingat ada dia nk pandang kau ker.. snggal.. bila dia dh bersama ngan kau, xbuat perangai mknanya dia dh terima kau seadaanya, kau ingt kalau dia rasa perangai kau macam harom tu, nak la dia tunggu kau suh cari lain.. mmg tak laa.

3) ... (xder alasan pon tetiba nak jadi kawan biasa) .. ni pon satu lagi perangai mintak pelempang.. bgtau jer la ape yg dah jadi, xpayah ahh nak rahsia2.. buat dia tertunggu n termuhasabah diri merata2 tanpa arah yg pasti.. cakap jer dah xsyg.. as simple as that.. sbb syg2 n bab hati ni kita bukan leh paksa..

4) i xboleh nk teruskan i rasa serba slh ngan ex i yg masih leh tgk kita.. errhh live has to go on la bhai.. dah nama pon ex kan.. kalau korang dah setel ngan baik, dah mmg setuju nak putus.. perlu ker alasan ni wujud kat muka bumi..if alasan ni dia pakai tu tandanya dia lbh syg ex dia dari kau.. apekah...

5) i xkaya, xsetaraf dengan u... mohon la faham, duit bukan segala2nya dalam bercinta.. bagi aku cinta tu saling melengkapi.. mmg ahh penting jugak harta n kufu tu, tapi kalau saling memahami ape salahnya.. aku penah jer kenal pasangan bhgia bini keje kerajaan gaji tiptop laki bawak lori.. sehat jer.. hidup ni kena give n take..

6) i xhensem, muka macam tongkang pecah.. mmg pon baru tahu ker.. hoi biol, kau ingt kalau sbb rupa mmg dia kapel ngan kau ker.. rupa kan bnda pertama dia nmpak, kalu sbb tu dh mmg awal2 lagi xkan wujud pon istilah kapel tu..

7) i dh jatuh cinta ngan orang lain.. gentleman siot.. lagi senang mungkin kita nak menerima.. sbb alasan dia dah sangat jelas n pasti.. dah mmg dia xsayang xkan nak paksa.. cari jer ahh orang lain.. huahuahua.. bab cari lain tu pas nangis guling2.. hahahaha

8) i rasa u xserius dengan i... aku rasa ni perlu kutukan yang panjang sikit kot.. kadang2 kan bukana dia xserius, cume dia serius dengan cara yang bereza.. contoh erk, A jenis yg suka simpan dlm hati, xmeluahkan cinta dia, kalau dia luah pon macam lame gile.. in shortnya dia xpandai ahh nk luah2 ni.. korang kena faham bakat menjadi romantik ni beza ikut individu.. n yg kena kata xserius pon kena amek tau jugak tang mana pasangan dia leh cakap xserius.. tetiba si dia jumpa plak B,dan mmg B jauh beza dari A (ni time genting sbb hati dia dah berubah). B sanggup buat ape jer utk si dia, B berubah ats kehendak si dia, kearah lebih baik, si dia xsuruh pon berubah, tapi menyetakan apa yang lbh baik cntoh, dri sosial ke xsosial, dri xbertudung ke bertudung. & B suka luah n bg ayat2 bunga taik ayam kat si dia.. mmg nahas la klu bnda ni jadi..



bagi aku, kalau orang tu dah tegar cakap nak clash, senang jer, iyer kan jer la.. dah lps clash tu, walau ape pon alasannya kalau ase nak nangis tu nangis ahh.. jadikan hubungan lama satu rujukan buat hubungan baru. walaupun yg baru xsehebat yg lama, dia dh terima kita tanpa syarat, xnak amek tau pun cite silam, nak kita sebagaimana kita sekarang, kita xkan tahu ape yang menunggu pada masa hadapan selagi kita takut untuk melangkah ke sana..

k la.. chill out guys n gurls.. patah tumbuh hilang berganti.. syg n cinta dulu yg Esa sblum kau syg n cinta makhluk ciptaan dia.. itu adalah sebaik2nya ( most of the times sometimes aku pon lupa sal ni)..

terima kasih ahh baca kutukan aku ni.. muahaha wassalamualaikum..

Khamis, 30 Mei 2013

xkan hang lah!!!


assalamualaikum semua.. bg meredakan kekusutan ini akan ku usahakan memberikan secebis peringatan.. lagi pon kan ada hadis kata "sampaikanlah dariku wlau satu ayat...

ok, kita mula dengan suatu cerita kat lawyout:

penjual : kak, lappy ni bagus RAM dia bla.. bla.. bla.. 4GB bla.. bla..bla.. touch screen bla.. bla.. bla.. harga pon xla mahal sgt bla.. blaa...
pembeli : owhh menarik bagus tu.. free gift dan warranty?
penjual : yang biasa 8 barang tu. warranty plak 2 tahun..
pembeli : ehh bateri dia yang xboleh buang erk..
penjual : a'ah
pembeli : kalau hang macam mana, biasa cbut bateri jer..
penjual : hang? xkan hang la, sbb bla.. bla.. bla
pembeli : kalau hang jugak?
penjual : hmmmmm... force shut down la... tapi xkan hang la..
pembeli : kenapa plak xkan hang.. lagi pon lappy ni ciptaan manusia yang sempurna dan xder masalah tu ciptaan Allah yang esa.. xgitu?
penjual : err.. emm ye... T___T

ok, ape aku nak gitau ialah, kita ni kadang2 main cakap jer pe kita nak cakap tanpa kita sedar sebenarnya, apa kita cakap tu adalah benda yang xpatut kita cakap.. macam citer kat atas ni.. mungkin dia bukan lah nak mengagungkan barangan ciptaan manusia melebihi Allah, namun dia dah teragung-agungkan pon.. tapi xsdar..

pape hal.. fikir dulu sebelom cakap k.. lagi pon bukan ker terlajak kata bdan binasa..

p/s : fast n furious 6 mmg best giler ahhh..berbaloi2 g tgk kat panggung pon...

k la lots of love.. assalamualaikum..

Jumaat, 24 Mei 2013

movie MENCARI CINTA pada saya..

assalamuaaikum readers dikala hujan ni.. aku nak story sal cite aku baru jer tengok secara haramnya (download free)..yes mencari cinta..


crita ni mendapat perhatian ramai jugak la disebabkan ada scene dalam tu katanya bertentangan dengan norma2 orang melayu, dan sangat la tidak elok menurut Islam.. tapi aku xder la nak hurai tentang ni.. sebab dah ramai yang hurai.. so kalau aku tambah lagi.. maka xberapa nak ada impak pon (cewah, kononya penulisan aku mendatangkan impak)..

kalau korang tengok citer ni kan, ada satu part masa Razlan gaduh ngan Maira sal Malik yang datang kat umah, dah lama dah diorang kahwin baru cinta lama nak kembali.. aku geram ni.. haha.. xder la Malik pon xpatut jumpa balik Maira.. n Maira pon xpatut jemput Malik tu masuk.. awal2 dah bagus dah.. cakap elok2 laki xder umah la ape la.. lasst skali bagi jugak masuk.. apekah..

ok, jadi isu bila Razlan tiba2 balik.. jeng je jeng.. makanya bergaduh la... masa gaduh tu Maira ungkit la cite Milah yang dah berkurun... semakin teruk la pertengkaran tu sampai nak bercerai.. 

dalam umah tangga ni kalau korang gaduh.. korng jangan la nak ungkit sejarah zaman paleolitik tu.. xsetel pon masalahnya.. lagi besor ader la... ape patut korang buat ialah, bertenang n bincang sal ape yang korang tengah gaduh tu jer.. ok aku tengah nasihat macam aku dah kahwin.. errkkk..

bukan ahh.. aku cakap tol2 ni.. kalau korang dah unkit segala mak nenek tu, bukan ker sebenarnya korang tengah senaraikan semua masalah padahal semua masalah yang lepas2 tu dah setel pon.. sebab tu la ungkit benda mak nenek ni bukanlah boleh menyelesaika masalah.. faham..

oklah.. korang enjoy jer cite ni.. amek la yang positif.. yang negatif tu buat2 xnmpak jer.. nak tegur pon tegur la... muahaha bukan filem aku pon.. ok, ada bnyak gak positifnya, contohnya perahwinan yang dirstui ibu bapa itu mendatangkan berkat, satu lagi adalah ayat Razlan, perkahwinan itu melengkapkan iman..

k la.. moga ketemu lagi.. assalamualaikum.. 

Khamis, 23 Mei 2013

sekilas pesanan dari family law..

assalamualaikum.. hari ni adalah hari last family law.. sepanjang kuliah serius banyak benda dah belajar, dari segi legal, islam dan kehidupan sebenar adalah sebagai rencah tambahan.. sebenarnya, apa yang kitorang kena belajar adalah tentang soal2 cerai, sbb ni family law 2.. yang first dah belajar kahwin..

tapi apa menariknya ialah penyampaian kuliah disusuli dengan pelbagai nasihat.. samada kami akan bertugas sebagai hakim, pegawai sulh, mahupun peguam dan yang paling pasti setiap seorang dari pelajar ini ingin mendirikan rumah tangga.. bagi pegawai2 yang dinyatakan kami dinasihati bagi membuat keputusan dengan menjamin kemaslahatan banyak pihak, suami, isteri dan yang paling penting anak2 kerana banyak masalah sosial mungkin berlaku ekoran daripada penceraian dan keputusan yang kita buat..

biasanya, kita akan mempunyai satu imaginasi indah berkenaan perkahwinan.. aku pasti setiap dari kamu juga begitu.. tapi korang tahu tak, sebenarnya perkahwinan itu meupakan satu ikatan yang disusuli dengan tanggungjawab yang besar.. jom kita tengok senarainya..

  1. bagaimana menguruskan kewangan rumah tangga
  2. bagaimana untuk mengeratkan hubungan suami isteri
  3. bagaimana menguruskan kehidupan selepas ada anak

pertama menguruskan kewangan umah tangga.. semua perkara memerlukan catatan daripada isteri, bermula dari berapa gaji, semua pembayaran bil, penggunaan untuk barang keperluan, pembayaran nafkah.. isteri perlu mempunyai suatu salinan berkenaan semua aset suami isteri (harta alih dan tak alih), kerana ia adalah persediaan menghadapi sebarang kebarangkalian.. sekiranya penceraian berlaku semua dokumen ini adalah perlu bagi memudahkan urusan penghakiman bagi pembahagian harta sepencarian, nafkah, mut'ah dan sebagainya.. ianya kelihatan seperti menyusahkan dan banyak perkara yang perlu dilakukan namun begitu inilah yang akan membantu pada masa-masa akan datang.. jgn lupa menabung untuk kegunaan waktu kecemasan.. simpan dulu duit, bukan ada lebih baru simpan.. faham..


kedua adalah bagaimana untuk mengeratkan hubungan suami isteri, pasangan perlu menghargai pasangannya, dan mengetahui apakah love language pasangan.. adakah ianya valuable time, gift, help, praise, and touch.. huraian dia korang cari ahh sendiri yer mak jemah.. selain itu, berhias itu, bukanlah pada isteri semata2 tetapi suami juga perlu berhias untuk tatapan isteri, saling membantu, wajar untuk membuat satu jadual seawal perkahwinan, jadual kerja.. menjaga kerahsiaan rumah tangga..


anak merupakan anugerah daripada Allah s.w.t tapi anak jugalah yang akan menguji kehidupan berumah tangga.. kerana anak yang bru melihat dunia itu memerlukan banyak perhatian, bangun menangis pada waktu malam, menyepahkan rumah, meminta perhatian, anak kecil korang faham2 la macam mana.. hebat pengorbanan ibu bapa kan.. tapi sekarang kita macam mana? dengan ekonomi yang eeerrrrghhhh hazab.. huhu perbelnjaan anak nak pakai banyak duit ooo.. pampers, nestum, susu, permainan, pakaian dsb.. owh pendidikan anak2, dari kecik dah kena ajar banyak benda mana nak cari masa... so, bagaimana, dah sedia kah?

bukanlah berniat nak menakutkan tetapi ia adalah untuk menyedarkan berkenaan dunia nyata, bukan berhalusinasi.. ya, perkahwinan itu indah tetapi kita yang kena indahkan perkahwinan itu.. aku dah lama taakut soal kahwin ni, sblum aku dengar kuliah ni lagi... hahahaha peace.. 

k la.. nanti aku akan cuba update bahan untuk esaiment video k, aku ingat nak bawak sal domestic violence muahaha dahsyat tajuk beliau... ok tgh puji diri sendiri.. k see chuools later..

lots of love assalamualaikum..

Rabu, 22 Mei 2013

final dinner with bebudak ukm..

assalamualaikum cute n handsome semua.. actually mood hari agak la cedeh.. semalam dinner last buat pengajian kat ukm ni.. anyway, untuk tahun akhir ni.. aku ada 3 dinner.. tapi dinner semalam, impak dia lain.. siyes.. aku rasa semua tu.. mmg la xder la aku nagis guling2 ker ape.. tapi.. entah la.. xreti ahh nak story..

semalam ada persembahan nyanyian lagu perpisahan ini dari 1st edition ft aizat amdan.. masa dengar tu, xder la aku sebak sangat macam hari ni tapi hari ni, layan balik lagu, yup.. lagu ni mmg sedeh guling2.. lirik dia mmg berkait.. korang baca ni (nak nyanyi pon suka ati korang ahh)..


Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

korang, sape sangka kan 3 tahun tu cepat sangat berlalu. dan dalam 3 tahun adakah sudah cukup aku mengenali setiap dari kamu, adakah aku pernah menyakiti hatimu, atau sebenarnya kita tidak pernah bertegur pun walaupun kita belajar dibawah bumbung yang sama.. 

maafkan aku teman, andai ada khilaf ku, sepanjang aku mengenalimu..
halalkanlah aku sahabat, dalam menyimpan setiap memori aku denganmu..
kenanglah aku kawan, di dalam doamu, didalam kehidupanmu..
teman, ku harap kau bahgia, walau apa pun lembaran kehidupan dihadapanmu,
sahabat, halaman demi halaman kehidupan yang pernah aku lalui dengamu akan ku simpan dan menjadi harta paling berhagia buatku..
kawan, ku harap ini bukanlah pengakhiran bagi sebuah persahabatan..
aku sayang kamu..

sekitar bersama denganmu..
kita semua..
rakan sekolej..

dinner last..

bercuti di PD sesame..
keng kreng ko keng..

k la.. tu jer la kot.. semoga persahabatan ini kekal till jannah yer.. terima kasih sudi kawan dengan kita.. sayang semua.. muah muah..

Jumaat, 19 April 2013

paperwork 1 : hak & tanggungjawab negara dalam undang-undang antarabangsa


1.0       PENDAHULUAN

Di dalam abad ke 18 dan ke 19, ada pendapat umum yang mengatakan bahawa tiap-tiap negara adalah anggota masyarakat antarabangsa dan mempunyai hak-hak dasar dan tanggungajawab tersendiri. Menurut pendapat tersebut, hak-hak dan tanggungjawab itu tidak ditentukan oleh hukum adat antarabangsa yang umum atau melalui triti-triti antarabangsa, tetapi hak tersebut berasal dari sifat semula jadi sesebuah negara atau sesebuah masyarakat tersebut. Bentuk-bentuk yang menentukan hak-hak itulah yang dipandang sebagai dasar pokok dan sumber undang-undang antarabangsa yang positif (Ali Sastroamidjojo. 1971 : 80).

            Antara hak dasar dan tanggungjawab tersebut adalah kedaulatan atau kemerdekaan, hak persamaan, hak asasi seperti hak bebas mengeluarkan pendapat, menganut sesuatu agama, bergerak dan lain-lain. Islam juga ada menggariskan panduan terhadap hak dan tanggungjawab sesebuah negara dalam hubungan antabangsa seperti kedaulatan, hak persamaan, hak kebebasan, hak berunding dan keadilan.

            Hak dan tanggungjawab ini telah menyatukan negara-negara anggota sebagai satu entiti yang kuat dan mewujudkan negara yang dapat bekerjasama dan sependapat di kalangan ahli anggota.

2.0       DEFINISI NEGARA, HAK DAN TANGGUNGJAWAB

Sebagaimana yang telah kita lihat, negara adalah subjek utama undang-undang antarabangsa. Tidak ada definisi secara tepat berkenaan istilah negara, tetapi menurut Lawrence, negara adalah satu masyarakat politik yang mana ahli-ahlinya terikat dengan beberapa pihak berkuasa pusat. Dengan kata lain, apabila seseorang telah menetap di dalam sebuah negara di dalam kedaulatan pemerintah, ia boleh dikenali sebagai negara.

Menurut D.W. Greig, sebuah negara di dalam undang-undang antarabangsa, adalah unit wilayah yang mengandungi suatu populasi yang stabil, berada dibawah hak pemerintahannya sendiri, dan diiktiraf sebagai mampu untuk memasuki ke dalam hubungan dengan entiti lain dengan personaliti antarabangsa.

Maksud hak di dalam Kamus Dewan edisi ke empat (2005) bermaksud benar, kebenaran dan kuasa atas sesuatu atau untuk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama atau adat istiadat). Hak juga sinonim dengan perkataan milik atau kepunyaan. Oleh itu di dalam undang-undang antarabangsa, hak yang dimaksudkan di sini adalah hak yang dimilik oleh individu atau masyarakat untuk mendapat dan berbuat sesuatu mengikut had yang ditetapkan.

Manakala tanggungjawab menurut Kamus Dewan, adalah kewajipan yang dipikul oleh seseorang atau seseuatu yang mesti dilakukan oleh seseorang. Ia mengandungi dua dalam satu, iaitu seseorang yang dikatakan bertanggungjawab ialah dinilai dari segi hubungannya dengan perkerjaan dan hubungan dengan orang yang mengawal perkerjaan tersebut. Di dalam undang-undang antabangsa tanggungjawab ini adalah lebih kepada tanggungjawab antara pemerintah dengan yang diperintah dan sebaliknya.

3.0   SIFAT TANGGUNGJAWAB NEGARA

Ianya adalah lebih baik dimulakan dengan menggambarkan corak biasa kelakuan negeri dalam perkara itu. Perbuatan menyalahi undang-undang pada bahagian badan-badan dan pegawai-pegawai kerajaan boleh mengambil pelbagai bentuk. Menurut Brownlie contoh-contoh berikut adalah agak biasa ;
a)      polis negeri A pencerobohan ke atas sempadan ke negeri B untuk menangkap penjenayah buruan dan ini menyebabkan pencerobohan dalam pertukaran tembakan dengan pihak polis atau tentera kerajaan B.
b)      kebangsaan negara B yang sah di wilayah negeri A ditahan tanpa sebab yang munasabah, tidak dikenakan apa-apa kesalahan, dan dizalimi oleh pengawal penjara.
c)      mahkamah negeri A gagal untuk menggunakan peruntukan perjanjian komersial dengan negeri B kepada satu atau lebih kes-kes yang melibatkan warga negara B.
d)     negeri A expropriates harta kebangsaan negara B sama ada tanpa justifikasi yang sah atau, justifikasi yang diberikan untuk berbuat demikian, gagal untuk memberikan pampasan.
e)      angkatan pertahanan negara, tanpa mengikut prosedur standard dalam perkara-perkara itu, menembak jatuh sebuah pesawat awam yang dipunyai oleh negeri B yang telah menceroboh ke dalam ruang udara negara A.
f)       kenderaan angkasa milik dan diletakkan di dalam orbit oleh kerajaan A hancur di ruang udara negara B, menyebabkan pencemaran kepada kawasan-kawasan tertentu di permukaan tanah dan menyebabkan beberapa kerosakan harta benda.

Dalam kes-kes seperti sikap negeri dianiaya akan merangkumi dua unsur, keperluan untuk memastikan bahawa kelakuan yang berkenaan tidak berulang dan tujuan mendapatkan pampasan bagi kerugian yang disebabkannya. Contohnya, nota Amerika Syarikat kepada Bulgaria pada 2 Ogos 1955. Kerajaan Amerika Syarikat membantah tegas terhadap tindakan kejam tentera Bulgaria pada 27 Julai 1955, dalam menembak apabila sebuah pesawat komersial EL Al Israel Airlines, yang telah dilantik secara sah dan sebagai pengangkut antarabangsa. Kerajaan Bulgaria telah mengakui bertanggungjawab untuk tindakan ini.

Kerajaan Amerika Syarikat permintaan supaya Kerajaan Bulgarian :
a)      mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk mencegah berulangnya kejadian seperti ini dan memaklumkan kepada kerajaan negeri-negeri Amerika Syarikat mengenai langkah-langkah ini;
b)      menghukum semua orang yang bertanggungjawab bagi kejadian ini; dan
c)      memberikan pampasan yang segera dan mencukupi kepada Kerajaan Amerika Syarikat untuk keluarga daripada rakyat Amerika Syarikat terbunuh dalam serangan ini.

Tanggungjawab tersebut, dari segi praktikal, soal desakan prestasi atau pemulihan piawaian normal tingkah laku antarabangsa. Walau bagaimanapun, isu ini bukan semata-mata soal menyalahi undang-undang tetapi bahaya tertentu untuk kepentingan undang-undang negeri menuntut menimbulkan untuk tuntutan pampasan-biasanya pampasan kewangan- atau sekurang-kurangnya tempahan hak untuk membuat tuntutan. Tuntutan itu tidak sebenarnya boleh dibuat tetapi sekurang-kurangnya hak untuk membuat tuntutan akan terpelihara dalam satu nota bantahan. Proses dalam asasnya serupa dengan pengenaan tanggungjawab sivil dalam sistem undang-undang negeri.

Prosedur untuk pembentangan dan penyelesaian tuntutan antarabangsa adalah seperti berikut:
a)      rundingan.
b)      pengantaraan dan perdamaian, mungkin dengan penglibatan sebuah pertubuhan serantau atau negara-negara besatu.
c)      Timbang tara
d)     penghakiman oleh mahkamah antarabangsa keadilan (ICJ), mahkamah keadilan masyarakat Eropah, atau mahkamah Eropah tentang hak asasi manusia.
e)      penentuan isu undang-undang yang melibatkan tuntutan oleh lain-lain negeri, badan-badan separa-kehakiman, termasuk secara ad hoc bercampur komisen tuntutan dan komisen Eropah yang hak asasi manusia.

4.0       HAK DAN TANGGUNGJAWAB NEGARA DALAM UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA.

4.1       Kedaulatan Dan Kemerdekaan Negara
                                                
Biasanya keadaan yang dianggap sesebuah negara mempunyai kemerdekaan dan kedaulatan adalah bergantung pada subjek dan hal ehwal serta dalam had wilayahnya. Kedaulatan adalah satu bentuk bidang kuasa yang paling penting dalam Undang-undang Antarabangsa. Secara umumnya, kedaulatan merupakan kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah institusi dalam sesebuah negara dan berbidang kuasa ke atas wilayah-wilayah dan semua orang di dalamnya dan kuasa ini tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak. Ia mungkin tertakluk kepada batasan tertentu seperti jaminan hak-hak manusia dan keistimewaan berdiplomatik, tetapi kedaulatan yang diperoleh oleh sesebuah negara ke atas wilayah di dalamnya adalah bersifat mutlak dan menyeluruh (Martin Dixon 2007 : 154).

            Ahli falsafah pertama yang memberi pendapat tentang kedaulatan ialah John Bodin (1530-1596) dalam bukunya ‘Six Books Cancerning The State’ menegaskan kedaulatan adalah kuasa tertinggi yang terdapat dalam sesuatu kesatuan negara iaitu kuasa tertinggi ke atas warganegara dan rakyat wilayah itu. Kuasa tertinggi menurut beliau dimiliki oleh golongan raja atau pemerintah yang memiliki kuasa daulat (mutlak). Ia merupakan kuasa politik yang tertinggi di mana segala keputusan yang diambil oleh sesebuah negara tidak boleh diatasi oleh sesiapa pun dalam wilayahnya.

            Kedaulatan mempunyai sifat-sifat seperti kekal, mutlak dan menyeluruh. Selagi sesebuah negara itu wujud, maka kedaulatan negaranya akan kekal. Sebagai contoh, apabila Saddam Hussein menyerang dan menakluki Kuwait pada tahun 1990, negara itu tidak hilang kedaulatannya walaupun Iraq mentadbirnya buat sementara waktu. Kedaulatan sesebuah negara juga mutlak. Ini bererti tiada sebarang kuasa atau badan boleh menghadkan atau menyekat kuasanya. Sesebuah negara yang berdaulat berhak melaksanakan atau memansuhkan apa-apa undang-undang di dalam wilayahnya. Kedaulatan sesebuah negara adalah juga merangkumi (menyeluruh). Dalam kata lain, di dalam sesebuah negara autoriti pemerintah merangkumi semua rakyat, pertubuhan dan kumpulan yang terdapat dalam wilayahnya. Ini bererti tiada siapa pun dikecualikan daripada autoriti pemerintah dalam sesebuah negara.

Menurut undang-undang antarabangsa, untuk memperoleh kedaulatan, sesebuah negara tersebut mesti membuktikan bahawa dia telah menjalankan kuasa yang ada padanya ke atas wilayah di dalamnya. Oleh itu, sesebuah negara mesti menunjukkan bahawa ia berupaya menubuhkan pentadbiran tempatan yang berkesan yang mana ia boleh mengawal dan melindungi penduduk di dalamnya serta ia telah menubuhkan sebuah sistem undang-undang negaranya sendiri (Martin Dixon 2007 : 156).

Terdapat dua aspek kedaulatan iaitu kedaulatan dalaman (internal sovereignty) dan kedaulatan luaran (external sovereignty) (Ali Sastroamidjojo 1971 : 85). Kedaulatan dalaman bererti sesebuah negara yang bebas mempunyai kuasa mutlak ke atas rakyat dan wilayahnya (iaitu  mereka tertakluk kepada kawalannya). Ia mempunyai hak untuk mengeluarkan apa-apa perintah kepada semua individu serta pertubuhan di bawah kawalan atau jagaannya dan jika perlu, boleh memaksa rakyatnya patuh kepada undang-undangnya. Kuasa ini adalah mutlak dan tiada terdapat sebarang kuasa yang lebih tinggi daripada  itu, dalam wilayah itu yang boleh mencabar kedudukan kedaulatannya.

Kedaulatan luaran pula bermaksud setiap negara adalah bebas daripada kawalan atau pengaruh negara-negara lain. Dalam kata lain, sesebuah negara yang bebas tidak tertakluk kepada mana-mana kuasa luar dan ia bebas daripada campur tangan atau paksaan daripada mana-mana kuasa luar. Ia bebas untuk menjalankan hal ehwalnya mengikut kehendaknya, mengadakan hubungan diplomatik serta perdagangan dengan negara-negara lain  selaras dengan dasarnya. Walaupun sesebuah negara tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam sesuatu triti atau disekat oleh undang-undang antarabangsa, status (kedudukan) kedaulatannya tidak terjejas.

Kedaulatan yang dimiliki sesebuah negara membuktikan kemampuannya untuk berhubungan dengan negara lain. Negeri adalah badan perundangan yang mempunyai dasar undang-undang disebabkan oleh ikatan politik atau perlembagaan dengan ahli-ahli individu di dalamnya. Sebuah negara yang mempunyai formalitinya tersendiri akan memiliki kemerdekaan yang sempurna atau negara yang berdaulat penuh. Walaubagaimanapun, terdapat negeri-negeri yang wujud yang tidak mempunyai negeri-negeri yang berdaulat penuh. Semua kekuasaan negeri atau di bawah perlindungan negeri lain, atau ahli negeri sebuah negara persekutuan, tergolong dalam kumpulan ini.

Sir John Fisher William berkata ;
“No state is soverign in relation to another state. Sovereignty is a between rulers and ruled, not between members of a community who are on footing of equality one toward another.”
Apa yang dimaksudkan di sini adalah negara yang berdaulat tidak ada hubungan (bergantung) dengan negara lain. Kedaulatan adalah hubungan antara pemerintah dan diperintah sahaja, bukan antara ahli-ahli anggota yang berada di kedudukan yang sama. Maka, bolehlah dikatakan bahawa konsep mutlak kedaulatan adalah tidak tetap dengan masyarakat sejagat. Walaubagaimanapun, dari segi pengamalan, sesetengah negara mempunyai lebih kuasa dan kebebasan daripada negara lain.

Oleh itu, setiap negara yang berdaulat adalah mempunyai sepenuh hak ke atas wilayah dan orang di dalamnya. Kuasa yang diperolehi adalah mutlak dan kuasa asing tidak boleh campur tangan dalam segala hal keadaan di dalam negara berdaulat tersbut.

4.2       Doktrin Hak Asasi Dan Kewajipan Negeri

Hak asasi yang paling kerap ditekankan adalah kebebasan dan kesaksamaan negeri seperti mempunyai bidang kuasa wilayah yang khusus, dan pertahanan diri atau pemeliharaan diri. Kamus Dewan Bahasa edisi keempat, menakrifkan hak asasi sebagai hak yang dasar atau pokok seperti hak bebas mengeluarkan pendapat, menganut sesuatu agama, bergerak dan lain-lain.

R.S. Chavan di dalam bukunya An Approach in Internationl Law, negeri yang menurut hak dan kewjipan terhasil daripada negeri pewarisan;
a)      hak perjanjian dan kewajipan : hak dan kewajipan yang terakru kepada negara pengganti bergantung kepada jenis pewarisan. Di dalam kes pewarisan sejagat, pewaris negeri membentuk satu dan orang yang sama antarabangsa, manakala negeri terdahulu yang telah digabungkan atau yang telah menjadi benar-benar tertakluk pupus sebagai orang antarabangsa.
b)      harta awam dan hak-hak orang ramai : harta awam dan kesemua dana negeri menyampaikan kepada negeri yang berikutnya yang mengambil semua aset negeri dikalahkan. Ia juga memerlukan hak untuk memungut cukai dan hutang kerana keadaan telah pupus.
c)      harta swasta : pewaris negara tidak mempunyai hak terhadap harta swasta di dalam tanah atau harta alih yang lain, daripada penduduk negeri yang dirampas dan ditakluki.
d)     kontrak : negeri pengganti biasanya terikat dengan obligasi kontrak kerajaan pupus. Baru atau pengganti negeri menjadi bertanggungan bagi semua hutang tempatan dan obligasi kontrak.

Pada lazimnya, hak asasi manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 10 Disember 1948. Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah membahagikan hak asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu:
a)      kebebasan daripada ketakutan
b)      kebebasan daripada kemahuan
c)      kebebasan bersuara
d)     kebebasan kepercayaan
Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomisosial dan kebudayaan.

Pada dasarnya, hak kemanusiaan boleh difahami dari dua segi, iaitu dari segi perundangan dan juga dari segi moral (Martin Dixon 2007 : 342). Dari segi perundangan, hak kemanusian merupakan satu bentuk hak yang dinikmati oleh seorang warganegara seperti apa yang telah termaktub dalam undang-undang negara berkenaan. Contohnya, dalam Perlembagaan Malaysia terdapat penerangan mengenai hak kemanusiaan yang terlindung di bawah perlembagaan iaitu dari Perkara 5 hingga Perkara 13. Pencabulan hak kemanusiaan yang berkenaan mungkin akan membawa kepada tindakan undang-undang yang sewajarnya. Penakrifan hak kemanusiaan dari segi undang-undang adalah berbeza dari satu negara ke satu negara yang lain.

Dari segi moral pula, hak kemanusiaan merupakan satu tanggapan moral yang didukung oleh anggota masyarakat. Sehubungan dengan ini, anggota masyarakat akan mengakui wujudnya hak tertentu yang harus dinikmati oleh setiap individu yang dianggap sebagai sebahagian daripada sifat manusia. Maka anggota-anggota masyarakat berkenaan akan cuba mengelakkan diri daripada mencabuli hak masing-masing.

Pada tahun 1948, keputusan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat telah diterima oleh PBB. Perisytiharan tersebut mengandungi berkaitan hak ekonomi, sosial, budaya dan politik. Dalam Artikel 2 UDHR menyatakan bahawa semua orang adalah berhak kepada semua hak-hak dan kebebasan yang termaktub dalam perisytiharan ini, tanpa sebarang apa jua pembezaan (Martin Dixon 2007 : 345). Antara hak yang termaktub dalam UDHR adalah seperti berikut:

a)      Hak sivil dan politik seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:
Perkara 5 - kebebasan daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan.
Perkara 9 - kebebasan daripada dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara sewenang-wenangnya.
Perkara 13 - Kebebasan untuk bergerak;
Perkara 20 - Hak untuk kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan;
Perkara 21 - Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas.

b)      Hak ekonomi, sosial dan kebudayaan seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:
Perkara 16 - Hak untuk kehidupan berkeluarga;
Perkara 23 - Hak untuk keadaan-keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah;
Perkara 25 - Hak untuk suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan;
Perkara 26 - Hak untuk pelajaran;
Perkara 27 - Hak untuk secara bebas mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan masyarakatnya, menikmati kesenian dan sama-sama merasai kemajuan sains dan faedah-faedahnya.

Daripada pandangan optimisnya, kesan daripada UDHR itu dapat menjana satu prinsip umum undang-undang adat antarabangsa untuk menyatakan bahawa sesebuah negara telah terikat untuk menghormati hak asasi manusia ke atas orang dalam bidang kuasa mereka (Martin Dixon 2007 : 346).

Pelanggaran kepada mana-mana perkara ini sebenarnya boleh diujuk kepada Mahkamah Keadilan antarabangsa (ICJ). Tetapi secara teknikalnya banyak kes pelanggaran hak asasi manusia tidak dapat diheret ke mahkamah ini atas banyak sebab. Contohnya penjajahan Amerika terhadap Iraq yang jelas mencabul hak asasi rakyat iraq dalam penentuan sendiri kepimpinan negara tidak dapat dicegah oleh undang-undang antatarabangsa. Oleh itu menurut UDHR, hak-hak manusia ini adalah terlindung di bawah bidang kuasa negara yang terlibat.

4.3       Doktrin Persamaan

Doktrin persamaan menunjukkan bahawa :
a)      semua negara adalah sama di dalam undang-undang antarabangsa  walaupun terdapat ketaksamaan dari segi saiz, kuasa penduduk, kekayaan dan pembangunan teknologi.
b)      kesaksamaan undang-undang memberikan setiap negeri hak untuk melakukan satu undian yang mempunyai kesan yang sama samada bangsa yang hebat ataupun kecil.
c)      setiap negara berdaulat menikmati imuniti daripada perundangan mahkamah asing.
d)     kesahihan atau kesahan tindakan rasmi atau keputusan tidak dipersoalkan oleh mahkamah asing.

Cristian Wolf berkata :
“By nature, all nations are equal to one to another. For nation are considered as individual free persons living in a state of nature. Therefore, since by nature all men are equal, all nations too are by nature equal the one to other.”
Ini bermakna semua negara adalah sama dengan negara lain. Seperti mana individu di dalam negara tersebut mempunyai kebebasan hidup dan mengamalkan hak persamaan antara manusia, begitu juga dengan sesebuah negara. Semua negara juga mempunyai hak yang sama dengan negara lain.

Walaupun secara teori ia adalah benar bahawa semua negara memiliki hak yang sama, dari segi amalan adalah bukan begitu. Amalan yang berlaku sekarang adalah negara yang mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar telah mengawal kuasa negara yang lemah sebagaimana kuasa besar yang dimiliki oleh Amerika Syarikat sekarang ke atas negara-negara yang diperanginya.

4.4       Doktrrin Monroe

Doktrin ini pada asalnya ditujukan terhadap campur tangan, walaubagaimanapun ia telah ditukarkan kepada suatu teori mewajarkan campur tangan oleh negara yang pertama menaja doktrin itu.

Presiden Monroe dalam mesej tahunannya kepada kongres pada 2 disember 1823 telah mengumumkan polisi luar Amerika yang mana kemudiannya dikenali sebagai Doktrin Monroe. Sebenarnya, doktrin monroe adalah peluasan polisi yang sebelum ini dimulakan oleh Washington dalam ‘Farewell Address’ dan oleh Jafferson dalam pernyataan untuk polisi luar. 

 Berikutnya, Amerika ada ikatan perdagangan dan diplomatik dangan negara-negara lain tetapi cuba mencari agar dapat mengelakkan diri dalam peperangan asing dan juga tidak terlibat dalam penyekutuan dengan mana-mana negara. Doktrin Monroe yang diistiharkan oleh Presiden Jamers Monroe merupakan satu mesej yang terkenal dalam menjadi asas kepada dasar luar Amerika kemudiannya. Empat ciri penting terdapat dalam Doktrin Monroe ini;

a)      Hemisfera Barat tidak terbuka untuk dijajah oleh mana-mena kuasa eropah. 
b)      Mana-mana percubaan oleh mana-mana negera eropah untuk menubuhkan koloni-koloni baru di dunia baru atau untuk mengawal politik mana-mana negara Amerika akan dipandang sebagai tindakan tidak bersahabata dengan Amerika. 
c)      Amerika tidak boleh cam,purtangan dalam urusan-uruisan Eropah atau dalam mana-mana urusan koloni-koloni Amerika yang telah sedia bebas. 
d)     Sebaliknya, Eropah walau bagaimana pun tidak boleh menganggu status politik mana-mana negara yang bebas di Hemisfera Barat.

Sebab utama yang membawa timbulnya doktrin ini adalah pertamanya; diakibatkan oleh perakuan Rusia ke atas jajahan di Selatan Alaska yang seterusnya menimbulkan konflik dengan Amerika dan British yang menginginkan Bart laut pasifik.  Keduanya; tercetusnya ancaman akibat daripada tawaran ‘quadruple alliance’ di Eropah kepada penduduk Amerika yang baru sahaja mendapat kebebasan. Secara ringkasnya, Doktrin Monroe ini meruipakan amaran Amerika kepada kuasa-kuasa Eropah agar tidak campurtanga dalam sebarag urusan negara-negara baru di kepulauan Carribbean dan Amerika Latin. Dalam penyataannya;

the new world is not your concern. Keep out of it and we will keep out of Europe’ Business

Amerika mampu berdiri tegas dalam pernyataannya kerana iatah Great Britain juga pada masa tersebut merupakan kuasa laut terkuat juga mengkehendaki negara-negara Eropah tidak menguasai Amerika. Pernyataan rasmi Monroe ini merupakan satu langkah penting yang diambil oleh kerajaan Amerika ( http://pbmum.tripod.com/sejarah/2.html).

4.5       Kaedah-Kaedah Hubungan Kejiranan Antara Negeri-Negeri

Ini adalah prinsip di mana sesebuah negara sepatutnya tidak membenarkann penggunaan wilayahnya untuk tujuan kecederaan untuk faedah negara lain. Sesebuah negara tidak boleh membenarkan suatu negara lain menggunakan mana-mana wilayah di bawah naungannya untuk tujuan mendatangkan mudarat pada negara lain.

Artikel 4, Pengisytiharan Draf Hak Dan Kewajipan menyatakan bahawa pengiktirafan prinsip ini telah dinyatakan dengan jelas dalam perbicaraan kes Smelter Arbitration 1941.

Prinsip ini juga mendasari United Nation General Assembly Resolution pada 3 November 1947, mengutuk propaganda direka atau mungkin mencetuskan atau menggalakkan ancaman kepada keamanan, pelanggaran keamanan, atau tindakan pencerobohan.

4.6       Kehidupan Yang Aman

Ianya terdapat lima prisip kehidupan yang aman yang mana telah dipersetujui oleh India dan rakyat republik China  dalam  mukadimah triti ditandatangani Tibet di Peking pada 29 April 1954. Ini adalah :
a)      saling menghormati keutuhan wilayah antara satu sama lain dan kedaulatan,
b)      saling menghormati bukan pencerobohan
c)      saling tidak campur tangan dalam hal ehwal masing-masing,
d)     kehidupan yang aman

Undang-undang antarabangsa mengiktiraf bahawa setiap negara boleh melaksanakan perundangan terhadap jenayah yang menentang keselamatan dan integritinya atau hal yang berkaitan kepentingan ekonomi. Kebanyakan kanun jenayah mempunyai peraturan yang membadani di dalam kiasan kebangsaan iaitu intipati prinsip ini, yang mana secara umumnya dikenali sebagai prinsip perlindungan (J.G. Starke .1989:233).

Alasan yang rasional untuk menjalankan bidang kuasa ini adalah :
i)                    Pesalah merupakan subjek kepada permohonan daripada prinsip perlindungan adalah kesannya mungkin daripada tarikan yang terbaik dan kebimbangan kepada negeri terhadap yang mana mereka diarahkan.
ii)                  Melainkan perundangan adalah dilaksanakan, banyak kesalahan itu akan melarikan diri daripada hukuman sama sekali kerana mereka tidak melanggar undang-undang sesuatu tempat dimana kesalahan itu telah dilakukan (lex loci delicti) atau kerana ekstradisi akan ditolak dengan alasan perwatakan politik daripada kesalahan-kesalahan (J.G. Starke .1989:234).

Bantahan serius terhadap prinsip perlindungan adalah setiap negara menganggap untuk menjadi hakim sendiri sebagaimana apa yang telah membahayakan keselamatan atau kewangannya. Oleh itu di dalam kebanyakan kes, pemakaian prinsip perlindungan cenderung untuk menjadi agak sebarangan (J.G. Starke .1989:235).


5.0       HAK DAN TANGGUNGJAWAB DALAM UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA MENURUT ISLAM

Hak menurut bahasa mempunyai berbilang makna yang semuanya kembali kepada makna yakin, wajib dan tetap. Ini bererti hak adalah suatu yang tetap, wajib, khusus dan pemilikan. Menurut istilah pula, hak adalah kemaslahatan bagi seseorang dalam bentuk yang khusus dan pemilikannya adalah diakui oleh syarak. Ini bermakna, sesuatu kemaslahatan itu tidak dianggap sebagai hak kecuali ia telah diakui oleh syarak (Arifin Ladari 2004 : 76). Terdapat hak dan tanggungjawab sesebuah negara menurut pandangan yang telah digariskan oleh syariat Islam, antaranya ialah kedaulatan, persamaan, hak kebebasan, perundingan bersama dan keadilan.

5.1       Konsep Kedaulatan

Menurut undang-undang Islam, kedaulatan adalah milik Allah. Sifat-sifat kedaulatan tersebut boleh dilihat pada nama-nama Allah seperti Rabbul A’lamin, Malikul Mulk, Malikul Nas, Khairul Hakimin dan lain-lain. Nama-nama Allah ini mempunyai kaitan secara langsung kepada aspek politik. Sementelah itu, al-Quran juga menegaskan bahawa kedaulatan adalah hak Allah dan satu-satunya tuhan sekalian alam. Ia dinyatakan di dalam surah al-Isra’ (17) : 11;

Maksudnya : dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan.

            Allah s.w.t merupakan sumber kedaulatan yang paling tinggi (mutlak) dan kuasa jurisdiksi (al-hakimiyah). Tidak ada sesiapapun yang berhak melanggarinya hatta haiwan sekalipun. Segala ketetapan telah diatur dengan sempurna sesuai dengan fitrah dan naluri makhluk itu sendiri. Seperti firman Allah dalam surah al-Baqarah (2) : 107;


Maksudnya : tidakkah Engkau mengetahui Bahawa Sesungguhnya Allah Yang Menguasai Segala alam langit dan bumi.

5.2       Hak Kebebasan Umum Manusia

Setiap orang mempunyai hak kebebasan umum manusia seperti kebebasan untuk beragama, mengeluarkan pendapat, hak pengadilan dan hak menggunakan prasarana yang disediakan kerajaan. Islam mengambil berat tentang kebebasan manusia tanpa membezakan antara muslim dengan bukan muslim, warganegara atau bukan, lelaki atau perempuan, orang berkulit pulit atau berkulit hitam.

            Semua orang yang hidup di negara Islam mempunyai hak untuk beribadah mengikut agama masing-masing. Hak ini diberikan kepada mereka selagi mereka tidak mengganggu atau menghalang aqidah-aqidah agama, kesucian ibadahnya dan berpegang pada perjanjian yang dibuat. Seperti firman Allah dalam surah al-Baqarah (2) : 256,

Maksudnya:  tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).

            Ayat ini menjelaskan bahawa di sana tidak ada paksaan dalam agama, setiap manusia bebas membuat pilihannya sendiri. Sebagaimana Islam tidak memaksa seseorang untuk menganut agama tertentu, demikian juga ia tidak menghalang seseorang untuk menukar agamanya.

            Selain itu, Islam memberi kebebasan mengeluarkan pendapat kepada seluruh manusia yang ada di negara Islam. Semuanya di beri kebebasan untuk menyetujui atau membantah apa-apa masalah kenegaraan selama pendapatnya tidak bertentangan dengan kebatilan. Oleh itu Islam menyarankan untu manusia mengeluarkan pendapat berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Islam juga memberi hak kepada kaum muslimin untuk menggunakan segala prasarana di dalam negara seperti jambatan, sekolah dan perkhidmatan umum yang lain. Hak ini juga diberikan kepada orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam seperti sabda Rasulullah, “mereka mempunyai hak dan kewajipam seperti hak dan kewajipan ke atas kami”.

5.3       Hak Persamaan Di Antara Manusia

Seluruh manusia sama kedudukannya dalam syariat Islam, tidak ada keutamaan bagi bangsa Arab ke atas bangsa yang bukan Arab dan tidak ada perbezaan antara kulit putih dengan kulit hitam kecuali apa yang membezakan seseorang adalah kadar taqwa (Arifin Ladari 2004 : 35). Firman Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat (49) : 13,

Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya).

                Dengan keutamaan prinsip asal-usul manusia dan persamaan yang diserukan Islam, ia dapat menyatukan barisan kaum Muslimin dan menyamaratakan seluruhnya, tidak ada jurang perbezaan di antara mereka dari segi pangkat dan keturunan. Atas dasar prinsip ini masyarakat dapat maju dan berkembang kerana setiap individu merasakan persamaan dengan orang lain, dia mempunyai hak dan kewajipan, tidak membezakan seseorang kecuali dengan kadar ketaqwaan dan amal soleh yang dilakukannya untuk kemanfaatan diri dan masyarakat.

5.4       Hak Perundingan Bersama

Perundingan bersama atau Syura merupakan salah satu prinsip penting dalam Isam. Metod untuk melakukan Syura tidak dinyatakan di dalam al-Quran mahu pun as-Sunnah. Namun manusia haruslah merangka sendiri bagaimana Syura itu dapat dijalankan seseuia dengan keadaan, masa dan tempat.

            Menurut Kamus Dewan, edisi keempat (2005), syura bererti mesyuarat untuk mencapai keputusan menurut suara terbanyak. Maksud bagi kalimah al-Shura, al-Tashawur, dan al-Mushawarah ialah membincangkan sebarang perkara yang berkait samada dengan kepentingan individu ataupun masyarakat, oleh kalangan cendikiawan yang mempunyai kepintaran dan pengalaman serta mampu memberikan suatu pandangan mengenai sesuatu perkara (Abdullah Ahmad Qadiri 2002 : 1).

            Semua manusia memerlukan perbincangan bahkan secara keseluruhannya, ianya boleh disifatkan sebagai suatu kemestian kerana wujudnya perbezaan pandangan, pengalaman hidup, dan kebergantungan hidup manusia sesama mereka sejak dari zaman dahulukala. Al-Quran sebagai kitab petunjuk telah menjelaskan kepentingan syura. Penjelasan al-Quran terhadap keperluan dan kepentingan syura dijelaskan dalam ayat berikut:

(a) Firman Allah s.w.t dalam surah ali-‘Imran (3) : 159

Maksudnya : Bermesyuaratlah dengan mereka dalam sesuatu urusan…

(b) Firman Allah s.w.t dalam surah al-Syura (42 (: 38

Maksudnya : Mereka bermesyuarat di dalam urusan di kalangan mereka..

Ketiga-tiga ayat tersebut membayangkan syura dari tiga dimensi, iaitu (Zulkiple Abd Ghani & Ahmad Redzuwan Mohd Yunus 1999 : 85) ;

              i.      Rasulullah s.a.w diperintahkan oleh Allah s.w.t melaksanakan syura dalam melaksanakan pentadbiran hal ehwal keislaman dan masyarakat Islam. Perlaksanaan perintah ini penting supaya ia menjadi contoh kepada para sahabat baginda dan generasi kemudiannya dalam urusan kepimpinan ummah.
            ii.      Adalah menjadi sifat umum umat Islam yang menjalankan urusan mereka sama ada dalam urusan keduniaan mahupun agama berasaskan prinsip syura. Perlaksanaan prinsip syura ini juga melambangkan kesatuan umat Islam dalam tindakan.
          iii.      Perlaksanaan syariat Islam memerlukan organisasi dan kumpulan manusia (ummah) yang sentiasa melakukan mesyuarat di antara sesama mereka dalam menggerakkan usaha-usaha tersebut.

Syura juga merupakan perbincangan secara lebih mendalam bagi mengenal pasti suatu permasalahan seterusnya mencari penyelesaian di dalam masalah yang berkaitan dengan politik, sosial dan ekonomi. Dapat penulis simpulkan di sini bahawa perbincangan sangat diperlukan dalam apa jua keadaan supaya ia tidak menyeleweng jauh dari permasalahan yang sebenar dan dapat mencapai tujuan asal.

5.5       Hak Keadilan

Islam sangat mementingkan keadilan kerana keadilan adalah asas yang menjadi sandaran kepada bangsa-bangsa dalam mencapai kemajuan yang berkekalan. Oleh itu, perintah untuk berlaku adil datang dengan berbagai bentuk di dalam al-Quran. Allah berfirman dalam surah an-Nisa’ (4) : 135;

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.

            Maka perintah berlaku adil di sini datang dalam bentuk mubalagah (berlebihan) iaitu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan. Allah juga berfirman dalam surah al-Nahl (16) : 90;
¨bÎ) ©!$# ããBù'tƒ ÉAôyèø9$$Î/ Ç`»|¡ômM}$#ur
Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan.

            Perintah menegakkan hak dan keadilan menunjukkan wajibnya setiap orang itu berlaku adil kepada manusia seperti menolong orang yang teraniaya dan orang yang dizalimi. Sesebuah negara akan berkekalan keamanannya meskipun ia adalah sebuah negara kafir jika semangat keadilan ini dapat dilakukan. Keadilan dalam undang-undang islam merangkumi dan mengawal semua jenis hubungan dalam kehidupan termasuk antara pemerintah dan rakyat, orang-orang yang menuntut di hadapan hakim, dan juga hubungan dalam hal ehwal diplomatik.

6.0       KESIMPULAN

Sebagai sebuah negara, setiap satunya mempunyai haknya yang tersendiri serta ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Setiap hak dan tanggungjawab yang telah digariskan ini adalah untuk memastikan keamanan, kestabilan dan keadilan bagi negara berkenaan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memastikan kedaulatan bagi negeri berkenaan agar negeri berkenaan memiliki kebebasan dan kuasa dalam mentadbir negerinya. Keadilan yang dinyatakan dapat dilihat apabila berlakunya pertelingkahan yang melibatkan dua negeri, serta hak persamaan yang tidak membezakan antara negeri dan turut menjadi salah satu undian yang akan dikira tanpa mengira saiz dan kekuatan negeri berkenaan.

            Persoalan hak dan tanggungjawab ini bukanlah sesuatu yang baru memandangkan Islam telah menggariskannya dengan teliti di dalam al-Quran dan telah diperjelaskan di dalam hadis-hadis serta perlaksanaannya dapat dilihat di dalam kepimpinan baginda Rasululah, di ikuti oleh para sahabat, seterusnya pemimpin negara Islam yang lain. Oleh itu, mungkin boleh diperkatakan apa yang diperkenalkan pada masa ini pada asalnya adalah apa yang telah diajarkan di dalam Islam, dicedok, kemudiannya diberikan nama baru kemudian mengiktirafkan ia sebagai suatu pandangan yang baru.